Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, December 12

Makan malam selepas serigala jahat yang besar

Lepas ke Big Bad Wolf berkira-kira la nak makan kat mana. Kat Vicchuda Tomyam, Damansara Utama atau Rasta yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail?. Akhirnya Rasta yang dipilih. Dekat 3 kali juga pusing nak dapatkan parking akhirnya baru jumpa.

Kat Rasta ni memang luas tempat dia dengan konsep banyak gerai. Boleh pilih la nak makan apa. 


Mulanya saya nak makan Quackteow tapi dah habis kuaytiaw dia jadi ke Gerai Butter makan mee sedap dengan set dia ayam butter. Ada sayur-sayuran dan telur goreng juga disediakan. Saya tak campur sekali dengan butter tu. Entah....tak terasa nak makan dengan butter jadi saya makan kering je. Ayam dia sedap. Salutan luar tu yang buat sedap tu. 


Dania pulak makan dengan nasi. Set Dania ni sama je bahan-bahan kecuali nasi tu. 


Gambar sate tulang tak ambik pulak close up tapi ada 3 cucuk sate tulang yang kami order. Nak makan kena berhati-hati sebab ada tulang juga dicucuk bersama sate. 

Lagi satu suami order mee goreng pun takde dalam gambar sebab mee goreng tu order kemudian tapi suami kata pedas betul mee goreng yang order kat gerai tomyam. Pedas la sebab masak style Thai. 


Lepas makan kami pun balik dan melalui terowong dekat Penchala Link ni tapi jam dan nampak jalan cuma 1 lane je dibuka dan nampak ramai polis dan ramai orang. Tak tahu ada apa kat sini. Penggambaran filem ke?, accident macam tak ada tapi banyak kereta polis kat sini. 


 Lepas terowong ni trafik lancar sampai tiba rumah. Alhamdulilah. 

Petang Dania ada test Pengenalan kepada Sistem Perniagaantani di Malaysia dari 2.10 petang - 4.10 petang dan malam ni pulak ada test Kenegaraan Malaysia. Harap semua dipermudah. Dari jam 8.30 malam - 9.15 malam. Time degree ni banyak pula test waktu malam ni. 





XOXO,
Ezna

14 comments:

  1. Salam kunjungan balas....alhamdulillah bertambah rakan blogger..Gud luck untuk Dania for ur test Kenegaraan Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks. Nanti insya-Allah akan berkunjung ke blog lagi....

      Delete
  2. Serigala besar, makan besar aha!
    Rasanya kes yg anak tikam parents tu kan? Kalau tak salah PH 🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe....serigala besar ni bahaya ni PH....sebab mau banyak nak dibelinya....Haaa anak tikam parents?. Ya ke?. Memang ramai kat sini tak tahu sebab apa.....

      Delete
  3. Penasaran pula dengan sate tulang kak 😄😁. Belum terbayang tulangnya ditusukkan ke sate. Pasti sedap tapi yaa.

    Mie sedap tuh pakai butter, tak oily sangat kah nantinya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak oily sangat mee sedap ni Fanny. Tak lalu nak makan nasi yang pilih mee pulak. Sate tulang harus berhati2 makan ya sampai jangan tergigit kuat tulangnya nanti sakit gigi....hehehe

      Delete
  4. Belum pernah jumpa sate tulang pula. Macam menarik untuk dicuba.
    ehh.. Dania tak stay kat kolej kediaman ke atau ini weekend yang dia balik rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dania masa ijazah ni stay rumah. Nak hantar pun dekat je dalam 5.1km je ke Fakulti Pertanian tu. Alhamdulilah. Tu yg nampak selalu ada tu. Hehehe. Lagi dekat daripada sek men Dania dulu dalam 8.6km.

      Delete
  5. ooo sekarang dania stay kat rumah lah yer...best tu hahahah hari2 boleh jumpa uminya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah ah ya Suzz. I yang hantar ambik. Ikutkan Dania kena masuk kolej lain sebab dah tukar course tapi kolej yang baru tu....memang tak berkenan la so beritahu kat bahagian akademik nak duduk luar jadi tak payah la nak kena join banyak aktiviti kolej semata-mata nak kumpul markah merit (sebab nak duduk kolej). Jadi Dania boleh concentrate dengan study ajer. Lagi pun Fakulti Dania dekat sangat dengan rumah tu yang I bersyukur sangat tu. Majoriti Fakulti dalam main campus. Fakulti Dania ni kat luar main campus dan dekat ngan umah I.

      Delete
  6. yang penchala link tu... bukan ke kes yang anak b*n*h mak ayah dia? polis dgn org kg kejar suspek smpi terowong tu

    ReplyDelete