Nanas ke Nenas?. Dalam kamus dewan 'nanas' ya.....
Ok ni nanas yang saya beli kat UPM. Ada saya cerita masa Dania membaja pokok jagungnya, kebetulan pekerja ladang tengah mengambil nanas di ladang. Saya beli la nanas MD2 tu 2 biji berharga RM5.
Ok tengok apa yang saya masak ni.
Ayam masam manis. Letak nanas sekali dalam ni. Resipi sama je macam ikan tiga rasa cumanya tak masuk daun limau purut dalam ni.
Menu yang lain pula saya buat ikan siakap masak tiga rasa.
Ikan siakap dilumur garam, serbuk kunyit dan tepung jagung dulu. Sebelum tu kena keringkan badan ikan dengan tisu dapur dulu. Biarkan dulu sebelum digoreng garing. Kelar ikan dulu untuk cepat masak ikannya dan rangup di bahagian dalam. Ikan ni beli size yang kecik je.
Ikan siakap masak tiga rasa dengan bahan-bahan banyak. Kita masak sendiri boleh la masukkan bahan-bahan lebih sikit. Bahan yang saya masukkan dalam ikan ni selain nanas, buah tomato, timun, lobak merah, cili api dan cili merah. Sos pula sos ikan, tomato, sos tiram dan sos cili. Kalau ayam masam manis saya tak masukkan daun limau purut.....kat ikan siakap tiga rasa ni saya masukkan daun limau purut. Ada 2 batang serai juga saya masukkan selain bawang putih, merah dan halia. Daun sup dan daun bawang ditabur atas ikan.
Dah jadi dua masakan simple dengan nanas. Ada sebahagian nanas buat makan gitu je sebab Dania pun suka nanas. Nanas yang saya beli ni manis....
XOXO,
Ezna
dapnya..kalau manis makan mcm tu je pun sedap kannn
BalasPadamAh ah ada nanas tinggalkan untuk makan begitu sahaja....Manis nanasnya....dan tak rasa tajam kat lidah.
PadamSy beli nenas juga hari tu, masak pajeri. My all time favorite :)
BalasPadamYa tak ya juga....terlupa pasal pajeri nanas....next boleh masak kalau ada nanas.
Padamsedapnya siakap 3 rasa. memang abis licin kalau isteri masakkan menu ni...
BalasPadamMemang feveret nampaknya tu.....
PadamMeriah siakap tu tengok memang menyelerakan. Mesti sedap ni. Hihi. Selamat berkenalan. Baru follow sini.
BalasPadamSelamat datang ke blog ni dan selamat berkenalan.....
PadamJus nenas pun sodap!
BalasPadamBetul juga UG. Jus nanas pun saya suka juga.
Padam2 lauk boleh terus buat. Nanas ini kena guna cepat-cepat. Tidak boleh simpan lama.
BalasPadamYa betul, bila lama2 jadi lebam pula.....
PadamSaya terkadang menulisnya, nenas 🤭😄. Macam2 memang, padahal yg benar Nanas.
BalasPadamSukaaaa sangat buah ini, apalagi kalo maniiiis. Dimakan gitu saja sedap. Tapi dimasak dalcha pun sedap 😍😍🤤
sedapnya masakan ikan tu ezz...terliur i!!! i suka nanas tp hanya nanas yg masam hahah tak suka nanas yg masak or nanas yg manis (pelik2 jer i ni)
BalasPadamNak beli nanas nk buat masak lemak ikan masin sampai tahun baru tak buat buat lagi. Hehe...
BalasPadam