Rabu, Disember 27

Singsing lengan......

Balik dari The Exchange TRX, singsing lengan pulak keluarkan ayam untuk defrost sebelum masak. Hujan pulak kat luar. Lepas tu sekarang ni ramai yang demam kan jadi saya decide since dah beli ayam kat Pusat Penyembelihan Ayam Presint 20 tu saya nak buat sup ayam. Letak rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga), kentang, lobak merah, cili merah dan cili api. Saya tak letak serbuk ayam pun....buah tomato saya letak fresh gitu bukan masa tengah masak sup tu. Selain tu daun sup dan daun bawang la....bawang putih dan bawang merah juga bawang besar memang saya letak lebih sebab saya dan Dania suka bawang....

Hirup sup ketika kat luar hujan lebat memang nikmat. Rasa lega hirup sup kan....


Lepas tu pairkan dengan telur dadar je tapi style saya ni saya masukkan lobak merah, daun bawang, bawang besar, buah tomato tapi isi dalamnya saya tak masukkan sekali sebab takut lembik telurnya jadi isi dalam saya makan. 😀


Ini je lah lauk untuk kami bertiga. Ini pun dah bersyukur sebab keluarga kami kecik je. Bersyukur juga dapat sediakan makanan untuk keluarga walaupun penat juga berjalan tu. Simple simple je pun....

***Hari ni Dania ada LAX Day. LAX ni bahasa inggeris yang kena ambil mengikut Muet yang anak dapat. Takde kredit tapi wajib ambik untuk bergraduat. Jadi Dania selalu akan ada perjumpaan dengan kawan2 LAX dia 6 orang secara maya. Dania ambik LAX Poetic Society. Kemudian kena record dan submit kepada lecturer yang incharge. Kena bagi pendapat. Ada seorang ahli group Dania orang cina dari China ni susah juga nak bagi pendapat. Satu....satu keluar dari mulut dia. Macam takut...takut nak bagi pendapat. Saya selalu tengok la video yang telah diedit. Dania kiranya group leader. Bertugas untuk menghantar tugasan, ingatkan kawan2 pasal perjumpaan online dan akan bercakap pada permulaan video. Jawatan kecil je tapi memberi impak yang besar macam mana nak pimpin group untuk hantar tugasan sebelum dateline. Dania juga yang kumpul semua ahli group masa awal dulu sebab kalau tak cukup ahli macam mana nak mulakan perbincangan. Apa pun all the best ya....sebab ini perjumpaan / task last sekali untuk semester 1. Nak kena bagi pendapat pasal LAX ni....janji semua bagi pendapat. Idak kalau lecturer tak puas hati...nak kena hadap lagi next sem. Next Sem pulak on top of kena repeat LAX ni...kena ambik English yang lain pulak. Jadi nak kena buat betul2 jugak la....





XOXO,
Ezna




 

5 ulasan:

  1. i pun masak sup ayam kerap jugak minggu ni sbb mr hubby suka sup ayam. anyway, all the best to dania!!

    BalasPadam
  2. nampak menyelerakan sungguh sup ayam tu..
    all the best to Dania on her LAX tu..you can do it!!!

    BalasPadam
  3. Semalam pun Pak Zain masak sup ayam...ada banyak kaki ayam...nanti SA share gambar tapi xde la condiment lain..kosong je sup nya...

    BalasPadam
  4. sedap sungguh makan lauk sup ngn telur dadar.. feveret ni.. selain dr tomyam n telur dadar..

    BalasPadam
  5. Saya nak masak sup ayam juga lah besok 😄❤️. Memang sedap kalo dimakan saat sedang hujan kak kak. Anget dan sehat rasanya. Kalo telur dadar, memang tak pernah failed. Pilihan kalo dah tak tahu nak masak apa 🤣

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...