Khamis, Disember 28

Segalanya untukmu

Setelah hantar Dania ke kelas, kebetulan ada test jadi tiba 15 minit awal. Lepas tu saya ke Bandar Baru Bangi. Nak balik rumah cam malas sebab Dania pun kelas ni 1 jam je. Jadi saya decide ke Parkson dalam Evo Mall Bandar Baru Bangi ni je. 


Awal-awal lagi lepas belek2 baju nampak baju yang sweet ni warna mint green. Memang lembut je warna dia. Saje la cari seluar panjang warna mint green jugak tapi fikir-fikir balik Dania ada seluar warna mint green. Tak jadi la seluar ni. 

Kalau beli time Dania takde....idak la itu tak nak ini tak nak.....kalau beli terus bagi ok pulak.....


Lepas tu ternampak kain waffle ni. Dania ada satu baju material waffle warna light pink jadi saya pun belek la nak beli warna apa untuk Dania. 


Siap gantung lagi nak bandingkan. Hehe. Kalau you alls buat macam ni jugak ke?. Janji kita puas hati. 



Close up baju mint green ni. Kalau hiasan bunga banyak warna selalunya Dania tak suka tapi kalau yang ni Dania suka la sebabnya pattern bunga ni tak serabut, warna senada dan bunga ni kecik je. Manis la untuk perempuan. 


Ni pula baju waffle yang dipilih. Actually warna asalnya grey yang gelap macam atas sekali. Dalam gambar ni nampak lighter dari asal pulak. 


Lepas shopping terus la ke Fakulti Pertanian. Dari Evo tu nak ke Fakulti Dania dalam 6.1km je. Tak jauh la. Fakulti Dania kiranya opposite jalan dengan Park Inn by Radisson Putrajaya (sebelah Uniten). Nak ke Fakulti Dania kena lalu bawah terowong. Atas tu highway. 


Seronok dapat baju baru. Hehe. Senang dress code kat UPM. Jangan mencolok mata jadinya yang lain2 tu diterima. 


Mulanya dah ikut jalan balik jadi Dania ingatkan balik ummi nak singgah food fest kat Kolej Tun Dr Ismail (KTDI). 


Macam tak banyak yang buka kemudian yang makan berat tak banyak pun. 


Ini Dania nak churros kemudian Dania pilih sos dia Biscoff. Jalan-jalan kat sini terjumpa pulak kawan sebilik Dania dulu....


Dania order Shawarma ni untuk makan tengahari. 


Ada air mangga jugak. Sedapnya. Rasa manis buah dan tak rasa manis gula.....Sedap.....siap ada buah lagi dipotong kecik jadi boleh kunyah-kunyah. 


Saya pula beli Bakso. Isinya saya pilih suhun. Ada satu daging besar yang dibuat bebola tapi uniknya dalam tu diletak beberapa biji telur burung puyuh. Nama bakso ni 'Bakso Beranak'. Mungkin ya lah bakso ni beranak....😆


Asal nampak baju je teringat anak.....teringat anak je beli baju. Untungnya anak le....😅





XOXO,
Ezna

 

6 ulasan:

  1. Untung dania;) my zharfan cerewet bab2 baju so dia kena pilih dan beli sendiri ie time dia ada laa🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sebenarnya Dania macam tu tapi bila tengok dia punya gaya tu....I tahu jenis macam mana dia suka.....beli yang tak suka memang tak pakai you...

      Padam
  2. dulu masa kecik memang mcm ni..kuar lunch pun mesti beli apa2 for Ian & Iris..now masing2 dah besar, memang kena bawa & suruh masing2 pilih..cerewet

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa kecik2 mereka tak kisah sangat sebab takde pilihan sendiri kan...masa tu memang tak reti lagi. Dah besar ni memang mereka ada pilihan sendiri kan?.

      Padam
  3. Samalah macam anak bujang saya, pandai pilih gaya mana yang dia berkenan..
    Apa pun, semoga Dania berjaya dalam setiap bidang yang diceburi..

    BalasPadam
  4. Saya suka style Dania saat kuliah 👍. Simple , khas students. Dulu masa saya kuliah, mungkin Krn jurusan business, banyak sangat students, terutama yg Chinese dan beberapa foreigners dari Mongolia dan China, yang style baju mereka saat kuliah bagai nak ke Club 🤣. Baguuus, tak salah, tapi saya yg fashionnya macam Dania, terkadang jadi overthinking, saya yang terlalu simple dalam berfashion, atau mereka yg berlebihan 🤭😂

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ice Cream Treats

Masa makan tengahari saya masak ketam bercili.  Kacang buncis dengan telur.... Masa ke IOI City Mall ni nak mencari paper bag / plastik untu...