Sebelum bergraduat, salah satu yang wajib pelajar ambil ialah Kokurikulum sebanyak 2 kredit. Macam Dania kena ambil 2 semester. Setiap semester kokurikulum menyumbang kepada 1 kredit. Pada sem 1 ni Dania ambil Bakti Siswa jadi kena plan nak kena buat aktiviti kesukarelawan selama 14 jam jadi salah satu aktivitinya ialah di Pusat Islam Masjid UPM.
Pagi-pagi lagi dah hantar Dania ke Pusat Islam. Aktiviti pagi ni akan berakhir jam 4 petang. Mereka kena pakai baju warna hitam sebab ada lagi 2 group juga yang ada kat sini berbaju ungu dan berbaju hijau. Jadi nak bezakan kumpulan Bakti Siswa kena pakai baju warna ikut kumpulan. Berdiri sebelah Dania yang tengah sekali nama Nadia ni anak kepada kawan saya Asma. Kami sama-sama bersekolah di SMKA Simpang Lima (tukar nama kepada SMKA Sabak Bernam kemudian bertukar nama kepada SMKA Tun Rahah) masa Form 1 - Form 3. Nadia ambil Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Jerman dengan Kepujian. 😊
Kat depan masjid UPM ni diadakan free market. Boleh beri apa yang kita tak pakai dan orang lain pun boleh ambil barangan dengan percuma tapi ambil sekadar perlu la ya. Targetnya 'Back to school'.
Saya rasa kokurikulum ni memang bermanfaat kepada pelajar dan juga orang awam sebab jika pelajar melibatkan aktiviti dalam kokurikulum ni boleh tambah dalam resume dan berguna jika nak apply scholarship kerana kebanyakkan scholarship nak pelajar yang pernah buat aktiviti kesukarelawan.
Kepada orang awam pula, dengan melibatkan diri dalam kokurikulum Bakti Siswa ni akan dapat memberi kepada masyarakat in terms of sumbangan dalam bentuk sukarelawan seperti membersihkan kawasan masjid, kawasan perkuburan.....etc. Ada juga aktiviti Bakti Siswa yang membawa anak-anak yatim ke Sisfec dan buat aktiviti kat situ. Sisfec ni Sultan Idris Shah Forestry Education Center. Ia merupakan hutan simpanan kekal yang dianugerahkan kepada UPM melalui perjanjian jangka panjang.
Bila Dania balik Dania cerita kena bakar naskhah Al Quran (mungkin Al Quran yang dah rosak/uzur), yassin selain membersihkan sekitar kawasan. Bakti siswa ni juga melibatkan yang bukan islam jadi mereka bakar dengan memakai sarung tangan.
Kokurikulum Bakti Siswa ni pun ada juga kat Universiti yang lain.
Apakah itu Bakti siswa yang saya copy dari website UPM :
"Khidmat komuniti adalah terma sinonim bagi Mahasiswa UPM yang aktif melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan. Antara khidmat komuniti pelajar yang aktif dijalankan di UPM adalah Kursus Bakti Siswa, iaitu kursus yang wajib diambil oleh setiap mahasiswa bagi melengkapkan kriteria kelayakan untuk bergraduasi.
Kursus Bakti Siswa ini mencakupi kecemerlangan holistik yang menerapkan elemen-elemen kemahiran insaniah di mana para peserta mendapat bimbingan untuk melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan sekaligus membentuk nilai-nilai kepimpinan sebagai ahli komuniti yang serba boleh. Intipati kursus ini antara lain merangkumi perancangan komuniti, kaedah pengendalian, pelaksanaan dan penilaian aktiviti bakti siswa."
Mungkin next sem Dania nak masuk kokurikulum lain kot... 😊
XOXO,
Ezna
ooo kiranya dpt markah dan kena lulus lah yer utk program ni? all the best dania!
BalasPadamYa Suzz dapat markah untuk kokurikulum ni. Mereka kena create 1 - 2 aktiviti kesukarelawan. Pulak tu kena selama 14 jam tak silap I. Jadi mereka buat 2 hari. Rasanya ada 30 group Bakti Siswa ni kat UPM. Jadi, setiap group aktiviti lain atau mereka akan gabung bersama buat program. Menarik juga bagi I.
PadamBab yg bakar Alquran, dikarenakan dah rusak, saya masih takut ngelakuinnya..😅. Padahal sebenarnya gapapa , Karena toh tergantung niat kita kan ya kak? Maksudnya kan bukan untuk merusak, tapi memang sudah tak bagus dipakai. Tapi tuhlah, kadang karena ini kitab suci, jadi masih ragu bagaimana memperlakukan yg baik 😅. Padahal banyak Bbrp kitab di rumah saya yg dah tak terpakai.
BalasPadamAda yang mengawasi Fanny dari Pusat Islam UPM jadinya mengikut yang dibolehkan. Mereka bakar yang dah rosak....bukan yang baru....
PadamMungkin Fanny boleh beri di Masjid atau surau di kawasan Fanny. Mereka tahu untuk buat apa dengan kitab itu.