Hari ni selepas hantar Dania ke kelas, saya pun cakap la dengan Dania bosan la kena menghadap bunyi bising kat rumah. Masuk hari ni dah 2 hari berturut jiran sebelah rumah saya mengetuk jubin lantai sebab nak tukar yang baru. Jubin lantai rumah dia meletup. Jadi bunyi ketuk-ketuk dan gerudi ni agak menggangu jugak la. Ini bukan pertama kali ya 3-4 kali dah. Bayangkan perasaan jiran sebelah rumah dia tu...err saya la tu. Ketuk2 ni mungkin akan disiapkan dalam masa 1 minggu. 1 minggu? Pengsannnn....malas nak cerita lebih lanjut....
Ok Dania bagi idea ummi jalan2 la dulu. Dania pun kena ambik dalam 2.30 petang kot sebab kena buat assignment lakonan untuk subjek falsafah dia. Ok ummi pun ikut la nasihat Dania terus kereta meluncur ke IOI City Mall. Dalam 5.6km je dari fakulti Dania ke IOI City Mall tu. IOI City Mall ni kebarangkalian untuk jumpa student UPM ada sebab mall terdekat....
Saya menuju ke sini tapi sebelum tu dok belek kedai lain dulu 😅
Masuk je ke tempat ni. Wahhhh pewangi bilik la.
Ada sticky memo yang comel berharga RM3.
Ada pewangi Looney Tunes juga...
Bantal ni yang Dania belikan untuk anniversary saya. Harganya RM33.
Tempat letak laundry ni pun boleh pair kan dengan kusyen kat atas.
Ni pula bantal untuk duduk yang Dania belikan untuk ayah sempena anniversary. Harganya RM25. Ohhh patut la dalam akaun Dania ditolak RM58 dari Objet. 😅
Comel-comel bantalnya.
Saya sangkakan ini adalah soft toy tapi bila pegang berat. Eh kenapa berat pulak?.
Patut la berat. Rupanya door stopper. Alahai best juga ada si comel ni tepi pintu.
Ada bekal juga. 2 tingkat bekal ni. Rasanya harganya RM15.
Ada periuk kecil ala ala La Creuset.
Ada saya beli kat sini tapi takde pulak dalam gambar. Masa nak bayar bila tanya cashier baru la tahu yang Objet ni sama syarikat dengan Voir tu...Ingat syarikat luar. Rupanya Malaysia....
Objek yang saya beli ialah alas meja, tempat letak periuk panas dan pewangi rumah.
Keluar je dari Objet tu terlalu kat sini. Ada 1 petite cake pink. Alehaiiii so sweet. Hari ni hari jadi adik saya Erma dan anak saudara saya Eerfan. Hari ni juga saya, Dania dan suami selesai umrah kami pada tahun 2014.
Jadi, saya rasa nak buat surprise la. Saya bayar kek ni dan tulis apa yang akan diletak atas kek...walaupun takde la surprise mana. Nanti adik akan pick up la kat sini. Kebetulan saya call adik kata nak jalan2 IOI City Mall sebab nak beli hadiah si bongsunya....Eerfan. Gambar kek tak ada. Baru nak ambik gambar...aikkk dah diambil mereka dan masukkan dalam peti sejuk.
Happy Birthday Erma & Eerfan
We 💗 You
Inilah rupa tulisan atas kek. Nama tu tak clear la...alaaa yang ni frust sikit. Huruf yang nampak 'n' kat hujung tu....
Credit : Erma
Ni lagi satu yang adik saya whatsapp gambar. Kakak dia siap bagi skima gambar nak macam mana....😅. Tukang ambik gambar anak saudara saya....Sofiah kot. Design kek kecik ni memang sweet sangat.
Credit : Erma
Saje nak seronok-seronok. Adik ipar saya takde kat sini...kat tanah suci jadi mungkin ceria sikit la. 2 in 1 punya kek ni ya Ema....share dengan anak2...hehehe....
Tiba je kat fakulti, Dania tak selesai assignment berlakon dia lagi jadi saya tunggu la kejap....lepas tu balik rumah...guess what menghadap lagi la bunyi bising gerudi dan ketukan. 😭.
XOXO,
Ezna
Harap weekend 3 hari ni takde dah bunyi ketukan.. Mungkin kena pergi bercuti 😁
BalasPadamMacam suspect ada je....dan jalan2 ni memang takde dalam plan pun.....mungkin idea yang baik juga.
Padamseronok nya kedai tu..semua pun comei2....
BalasPadamand kek tu pun..cute sgt!!
Kedai ni harganya ok juga la....nanti nak jalan2 lagi ke sini.....
PadamSA pu memang hangin kalau jiran2 buat renovation x kira waktu..sabtu ahad pun...rasa nak report je...tapi Pak Zain x bagi kan..kita bukan apa..ad a orang tua yang x sihat kat rumah..kalau boleh x nak la sampai dia terperanjat2 kan
BalasPadamFaham SA....jiran ni memang ala ala pentingkan diri juga....tak kisah pasal orang lain....
Padamkalau uncle sayang nak guna tempat letak laundry comel cam tu....
BalasPadamComel nau laundry camtu....kalau letak toys budak pun ok jugak....tapi rumah saya dah takde budak dah.....
Padamwahh sonoknyer dpt kek besday tuuh., hehe
BalasPadamNama Objet agak menarik juga...barang-barang pun macam menarik untuk dibeli sebagai goodies
BalasPadamkedai objet tu tk pernh masuk tp pernh tgk kt instagram....alahai tulisan kt kek tu tk brp jelas...aritu ada tgk org share psl tulisan atas kek yg die tkleh tulis pjg...kesian sgt owner yg trima tu...
BalasPadampart jiran reno rumah tu i dh hadap laa ezz....syukur now it is over...Tuhan jer yg tahu how I felt...tapi no choice laaa...hadap jerrr
BalasPadamalaaa geramnyaaaa dengan periuk periuk kecik tuuuuu
BalasPadamMemang kalau tetangga sedang renovasi atau membangun rumah, dah pastilah yaa Jiran terganggu 🤣. Tapi memang tak bisa kita elak kan 😅. Ntah2 suatu saat kita pula yg butuh renov rumah. As long as mereka tak buat ribut malam2, issoke laah 🤣. Kalo malam tetap buat ribut, memang ngajak bertengkar 😂
BalasPadamLucu2 sangaaaat barangnyaaa. Door stopper tuh cantik pula 🤣. Tapi kuatir kucing2 saya anggab mainan pula 😄