Ini hari kedua Dania datang ke Masjid UPM. Kali ni aktivitinya ialah membersihkan kawasan kubur di UPM. UPM ni ada perkuburan cina dan perkuburan Islam. Ianya terletak berdekatan dengan pintu masuk utama dan bersebelahan dengan Muzium Warisan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPM.
Dania dah bersedia dengan topi dan kasut Phua Chu Kang.
Lepas hantar Dania, saya balik dulu ke rumah kemudian keluar balik. Singgah la pusara kat UPM ni. Sebelum tu ada seorang kawan sekelas Dania melambai saya. Farisha (kiri sekali). Saya panggil la suruh posing lepas tu Farisha cakap dengan kawan-kawan kata Aunty ni suka ambik gambar. Hehe. Farisha ni dengan gang Pengakap juga turut sama membersihkan kubur sebab salah satu aktiviti dalam program perkhemahan mereka. Farisha cakap Dania mungkin ada kat atas.
Perkuburan kat sini macam bertingkat. Perkuburan yang lama paling atas.
Ni prof kat Fakulti Pendidikan. Sempat la juga berborak-borak sekejap.
Ternampak Dania di sebalik pokok-pokok ni. Nak kena cari yang baju merah. Hari ni nampak ada yang pakai skaf pengakap, baju hitam, baju putih biru, baju merah. Baju biasa tu bila saya tanya kariah kawasan Serdang yang sukarela nak membersihkan kawasan ni. Jadinya banyak group juga membersihkan.
Saya juga ada menanyakan ex jiran lama saya tentang lot kubur suaminya (kawan suami) kat UPM ni tapi....errrr rupanya nombor lot yang diberikan tu salah. Patut la tak jumpa 😅. Jika ada, Dania dan membersihkan dah kawasan tu. Jiran saya kata yang betulnya 2000++ bukan lot 7000++. Tak silap Dania bersihkan tu lot 1000++ dan 2000++. Lot kubur yang atas sekali tu lot kubur lama-lama agak semak tapi tu lelaki je yang bersihkan. Perempuan lot yang bawah ajer. Saya ada juga pergi naik ke atas tapi lepas tu turun sebab nampak cam suram je.....
Tanah perkuburan Bukit Kiara tempat persemadian Mama dan Papa saya tu memang ada tukang bersihkan kubur jadi kuburnya terjaga. Kat sini kata Dania cuma 3 kali je penyelenggaraan kubur dalam setahun. Pegawai mana yang briefing kat peserta sukarelawan ni.....Bayangkan la rumput akan naik tinggi mana?....
Saya pesan dengan Dania jangan beria sangat buat kerja ni kang nak kena ke ladang jagung pulak. Jadi tenang-tenang sahaja dah la.
Dania dengan Nadia.
Setelah selesai aktiviti pembersihan ni saya pick up Dania dan 2 kawannya iaitu Nadia dan Rusyda untuk ke Tealive UPM ni. Lepas tu berpisah la kami kat sini. Dania dan saya makan kat food court sebelah Coop ni. Tak sure apa nama Food Court ni. Kemudian....Dania kata yang makan belakang meja kami tu exchange student dari Korea yang masuk kelas Introduction to Malaysian Agribusiness System. Ada 2 student perempuan dari Universiti di Jepun dan ni dari Korea. Masa Han Tae Joon lalu depan saya apa lagi saya tegur Annyeonghaseyo. Tae ni pakai earphone jadi tak berapa dengar lalu dia kata Nae...(translation : Ya). Saya cakap Dania dan dia sekelas masa PPT (kod program). Elok ambik gambar sama. Hehe. Saya tanya dari universiti mana....rupanya dari Kangwon National University (KNU). Tak silap UPM pun ada exchange ke KNU ni.
Dania.....pun ummi yang tegur tu buat apa?. Hello kalau tak tegur sampai sudah takde kawan2 ke apa dengan dia. Dah la exchange student pulak tu. Bukan selalu jumpa exchange student dari negara lain. Kat UPM ni memang masa ijazah akan jumpa student dari negara lain tapi....masa Dania asasi ada 3 pelajar luar negara juga. Satu dari Jepun (ayah dia kerja kat UPM. Usahasama Jepun dan UPM), Arab dan Mauritius.
Ok jika tak disebabkan ummi takde la Dania nak up close and personal dengan pelajar dari Korea Selatan ni....😅. Dania ni dia cepat kenal orang....tapiii mulut dia berat sikit....
Tamat sudah aktiviti kesukarelawan Dania.....cuma 1 kelas kokurikulum je kena attend hari sabtu iaitu Post Mortem untuk aktiviti kesukarelawan Dania dan kawan-kawan selama 2 hari berturut ni. Lepas tu boleh la concentrate belajar pulak. Phewww.....
Ok lepas ni saya akan buat post 'Blue Moon' pula. 'Blue Moon' apa?....tunggu.....
XOXO,
Ezna
naseb baik ada umi, dpt jugak Dania kenal kawan baru...hihihi...dr korea pulak tu
BalasPadamIdak memang Dania buat tak tahu je. Haha....ummi dia peramah sikit.
PadamSeronok tengok aktiviti dekat U sekarang, macam² dan ada yg wajib jadi semua perlu terlibatkan...
BalasPadamYa banyak aktiviti kat Universiti ni sekarang. Nak bagi balance dengan aktiviti luar dan belajar. Tidak la hanya belajar sahaja....
PadamBagus Dania, cepat mesra dan kenal ramai orang tak kira bangsa. Bila tengok aktiviti Dania ni rindu pulak zaman uni dulu...
BalasPadamCepat mesra Ummi dia Carneyz. Dania berat mulut cumanya dia memang cepat kenal orang.
Padamtengok gaya peramah akak teringat zaman remaja saya dengan mak..mak saya pun macam akak tolong tegur orang bagi pihak anak...anaknya pemalu sangat kawannya cuma dengan mak
BalasPadamYe ke?. Entah la akak camni kot. Jadi diri sendiri je bukan sebab memang saje2 nak cuba jadi peramah. Ye ke Afzan pemalu.....macam Dania juga...tapi kalau kena caranya orang tu pandai menegur....ha baru la Dania bukak mulut.....hehe
Padambagus aktiviti gini! ari tu ariff pun ada jugak terlibat dgn aktiviti bersihkan masjid area gombak
BalasPadamYa Suzz. I pun suka Dania terlibat aktiviti macam ni. Ni group Bakti Siswa yang rancang aktiviti ni lepas tu bergabung pulak dengan group lain. Dania pilih kokurikulum untuk Sem 1 ni Bakti Siswa. Bakti Siswa ni kesukarelawan.
Padamgood program...masuk ipt ni memang mcm2 projek & program kan..
BalasPadamwah dpt kawan oppa...
Kawan oppa pun ummi dia yang bukak mulut. Hehehe....
Padam