Isnin, Disember 25

Aktiviti hari Sabtu dan penutup perkahwinan tahun 2023

Pagi, hantar Dania untuk kokurikulum last dah ni. Yayyyy no more aktiviti kokurikulum hari sabtu. Ye lah hari Sabtu ni kalau ikutkan kokurikulum Dania 12-3 petang. Hari last ni lecturer kata nak buat pagi 8.30-11.30 pagi which I rasa ok sikit berbanding tengahari bawa ke petang tu. Kalau pagi ni macam-macam aktiviti boleh buat kan selepas habis tu.

Apa yang saya nampak kat sini, kelas dalam kabin ni telah dicat dengan warna yang ceria. Mungkin juga kumpulan kokurikulum yang mengecat 'kabin' ni. 


Saya dan suami selepas menghantar Dania kokurikulum, kami berdua breakfast dulu kat Line Clear Putrajaya. Lepas tu singgah beli ayam kat Pusat Penyembelihan Putrajaya Presint 20 ni. Ayam disembelih terus hari yang sama kat sini ya. Katanya rasa ayam ni lain sikit la berbanding yang dah di'frozen'kan. Kiranya macam fresh juga la. Semenjak tahu tempat ni....bila ayam dah habis je kami beli kat sini. Dah beberapa kali dah repeat dan insya-Allah kat sini la kami beli ayamnya....


Lepas zohor, kami gerak pula ke Kuala Lumpur. Kat mana?. Day Hotels and Suites Wynham Fraser Business Park.  


Lauk pauk yang disediakan. Sayur tu ambik lebih sikit. Ayam tu kecik je tapi saya request kuah ayam masak merah ni. Sedap. Daging cuma 1 keping u je sebab saya kurang makan daging. Nasi pula kalau ada yang putih...saya tak ambik nasi minyak. 


Sebelah Dania tu adik saya. Datang seorang je. Anak2 semua kat rumah. Suami pula (adik ipar saya) kat tanah suci. 


Majlis kat dewan terbuka boleh nampak langit. 



Saya dan adik saya Erma. Adik saya Elza tak datang pula sebab suaminya tak berapa sihat. 



Ini pula bergambar dengan adik beradik tuan rumah. Kiranya sepupu arwah papa saya. Yang kahwin ni kiranya dua pupu saya. Haishhh jenuh gak bila banyak peringkat ni. Saya rasa memang dua pupu saya yang kahwin ni. Dalam gambar ni Aunty Norizan. Kalau tak silap saya la ya....memang baik juga dengan arwah papa. 


Wefie lagi. Kali ni dengan Aunty Noren tuan rumah majlis ni dan Aunty......(tak kenal) sebab adik beradik Aunty ni seramai 9 orang kalau tak silap saya. 


Saya suka gambar ni. Ambil gambar kat cermin. Dania la jadi mangsa...hehe. 


Ingat kot lepas ni boleh la balik ya....udah Dania ajak pergi.......since memang takde plan pun selepas wedding ni kami ke......sambung post lepas ni pulak....

***Hari ni Christmas jadi cuti lagi.....maybe tak kemana pun....dok je kat rumah diam2. Selamat bercuti ya....oh ya nak wish kawan saya Happy Birthday sebab dia kata asal birthday dia je mesti kerajaan bagi cuti.....😆 haaa ye lah tu Yan.....






XOXO,
Ezna

 

5 ulasan:

  1. memang cute gmbr dania dlm cermin tu ;) some of the pics tu u nmpak cengkung lah ezz

    BalasPadam
    Balasan
    1. Efek gambar tu Suzz....sesungguhnya muka tembam. Haha....

      Padam
  2. saya suka dewan mcm ni. tak kira laa event apa... sbb terasa mcm luassss sangat hehehe... tertunggu2 sy pic pengantin😀

    BalasPadam
  3. Cantik dewan nya...nampak really expensive...

    BalasPadam
  4. Adik nya kakak miriip dengan kakak 👍.

    Cantiik venue wedding dia ❤️. Saya blm merasakan nasi minyak . Di sini biasanya banyak dijual di Palembang, sumatera selatan. Ada menu nasi minyak juga yg biasa disajikan saat event. Tapi tuh lah, belum pernah rasa 😄

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...