Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, December 5

Tempat jatuh lagi dikenang | Pusat Asasi Sains Pertanian

Masa ke sini saya temankan Dania nak bagi lecturer dia gift. Lepas tu lalu la kat bangunan asasi Dania dulu. Mengimbau kenangan Dania sebab kat sinilah tempat Dania bermula untuk Pra Universiti. Kat sinilah Dania punya makmal kimia, tempat Dania makan kat Rasa Asper dan koop Asper. Pejabat asasi pun kat dalam ni lah.

Alang-alang tiba kat sini, Dania pick up transkrip asasi. Dah email dah person in charge sebelum nak pick up. Tulisan kat transkrip ni halusnya la....


Ni lah gift nak bagi lecturer Dania tu. Gift kecik ajer pun. Dua-dua ni beli kat Typo. Saya rasa lecturer bernama Miss Y akan menggunakan kedua barang ni. Kalendar 2024 dan buku nota Blackpink. 


Kalendar ni setiap bulan gambarnya macam ni. Dania kata comel sangat. Ada banyak tema la diantaranya Spongebob, Harry Potter, pelakon friends. Dania sendiri ada kalendar 2024 Care Bears. Haaa yang ni memang alaaaa comelnya. Saya sendiri menonton kartunnya masa kecik. Kalendar Typo ni kena beli awal2. By the time tahun baru selalunya dah takde stok dah. 


Masa masuk UPM ni dah nampak tanda-tanda nak konvokesyen sebab nampak banner dan bendera setiap negeri berkibar. Sultan Selangor berkenan mengurniakan scroll pada sidang 1. 


Saya tunggu dalam kereta je la. Dania yang pergi jumpa personally. 


Saya ambik kesempatan explore la Asasi Dania ni. 


Ada jalan atas menghubungkan dengan bangunan sebelah. Dania kata selalu kalau nak solat kat bangunan Introp sebelah bangunan asasi ni. 


Oh ya ni lah Miss Y ni. Actually gift ni sempena Dania dapat A untuk physics masa asasi, sempena Miss Y jadi referees Dania. Bila Dania whatsapp Miss Y nak minta Miss Y jadi referees dan minta details Miss Y. Terus Miss Y bagi melalui whatsapp ya. Terkejut juga Dania. Ada la Dania explain untuk apa tapi agaknya Miss Y percaya kot....terima kasih Miss Y on behalf of my daughter...Dania. 

Dania cakap paper bag je Naelofar tapi dalamnya bukan....

 

Ada 2 lecturer nak jumpa sebenarnya. Lecturer lagi seorang ada meeting tergempar di Bangunan Canselori Putra jadi kami ke sini pula. Masa Dania pergi jumpa Miss Ami, saya pun jalan-jalan tengok persiapan konvokesyen depan bangunan ni. 


Pokok-pokok pun siap dipotong nak bagi nampak kemas. 


Ni lah bangunan Canselori Putra. 


Sesambil ru saya pun ambil la gambar Richiamo yang baru buka kat sini. Wahhh ada ada beberapa tempat boleh makan kat UPM ni. 


Richiamo ni betul-betul sebelah koperasi UPM. 


Ni bahagian dalam. Tema english sangat dalam ni. 


Ni pula kaunter depan....nampak ada beberapa pastries dan cake juga kat sini. 


Lepas tu Dania telefon ummi ada kat mana...hehe....
Miss Ami pula Dania lupa ambil gambar sebab tergesa-gesa nak pergi masuk meeting balik. Dania cerita Miss Ami yang isi sendiri bahagian referees tu.  Miss Ami pun dapat gift sempena Dania dapat A untuk Keusahawan dan Pemasaran Produk Pertanian, sempena Miss Ami sudi jadi referees dan hadiah kahwin Miss Ami. Patutnya kami pergi tetapi tak jadi sebab hari tu merupakan hari first kokurikulum jadi Dania tak nak la ponteng. Majlisnya kat Kluang nun. 





XOXO,
Ezna


5 comments:

  1. tq kak selalu share gambar² di upm... mengimbau memori sungguh.. rindunya campus life di upm

    ReplyDelete
  2. congrats dania..keep it up & moga terus success..mesti lecture tu suka dpt tu...comei.
    wah...seronok nya budak2 u sekarang ni..mcm2 ada yer

    ReplyDelete
  3. all the best dania utk fasa degree plak :) u can do it!!

    ReplyDelete
  4. Bagus Dania, ingat dekat lecturers dia. Moga sentiasa sukses ye Dania 🤲

    ReplyDelete
  5. Saluuut Kat dania 👍. Dekat juga dengan banyak lecturers yaa. Saya dulu tak berani rasanya nak akrab dengan lecturers di kampus 😅😂. Tapi memang saya introvert sangat , bahkan untuk ngobrol dengan students lain pun terkadang tunggu liat respon mereka 😅

    Sukaaa liat layout richiamo di kampus ini. 👍 Enak juga bisa hangout dengan teman di situ yaaa

    ReplyDelete