KUD ni short form untuk Karnival Usahawan Desa. Berlangsung di Anjung Floria Putrajaya. Saya dan Dania berkesempatan pergi. Pergi pun selepas Dania jumpa lecturer dia. Saya pun ada cakap dengan Dania nak pergi sini. Ok nanti saya cerita kenapa saya nak sangat pergi sini.....
Sebenarnya saya mencari gerai yang satu ni tapi takpe kita round dulu tengok apa yang ada kat sini ya. Walaupun kami pergi ni hari jumaat tapi orang agak ramai juga. Nak parking punya susah tapi akhirnya dapat jugak berdekatan dengan KUD ni.
Banyak betul produk desa yang dijual kat sini. Ini salah satunya.
Unik pulak nama sate ni.
Ini pula kawasan orang asli. Unik betul ada pondok yang didirikan.
Pintu masuk...
Ada jual bunga ros jugak. Cantik betul sihat-sihat je nampak.
Ini pula di bawah Ketengah, Terengganu. Cantik betul gerai berkayu ni.
Boleh makan juga kat sini. Ada diletakkan tempat makan berpayung. View cantik kat sini.
Bila masa pulak ayah Dania jual air mangga ni?. Hehe....kawan2 suami panggil suami saya Pak Lah.
Ada pula yang bawa burung kakaktua. Cantik warnanya.
Ok dah jumpa dah.
Kenapa saya nak sangat cari gerai yang ni? To be exact Dimsum halal Cik Nor dan Pau Gebu Pokde?
Sebabnya yang depan tu Rohaizad (Pokde) merupakan anak kepada sepupu papa saya arwah Pakcik Lan. Memang arwah papa saya dan arwah Pakcik Lan ngam dan baik. Tu lah sebelum Pakcik Lan meninggal saya ada pergi melawat masa tu Pakcik Lan sihat je. Banyak yang beliau cerita masa arwah papa dan Pakcik muda-muda dulu. Makcik Ani isteri Pakcik Lan memang pandai masak. Kalau raya je selalu saya dan family makcik saya akan serbu rumah Makcik Ani makan tengahari. Memang sedap dan berselera lauknya. Saya pun baik dengan isteri Rohaizad bernama Nor. Nasib baik masa datang sini Rohaizad kenal....Kak Ezna...hehe....Nor pun of course la kenal.
Kat sini tak sah la kalau tak beli pau gebu Pokde dan Dimsum Halal Cik Nor. Memang agak terkenal juga kat Perak ni. Oh ya saudara saya ni tinggal kat Siputeh, Perak. Kalau perasan rumah banglo bumbung biru besar tu tu memang rumah arwah Pakcik Lan la tu.
Bab pau dan dimsum tu nanti saya review....best ke idak???.....
Kat sini pun ada gerai kiah pekasam. Che Ta tak nampak la pulak...Hehe.....Che Ta kan pernah berlakon dalam siri TV Kiah Pekasam....
Ini macam pintu utama kalau you alls semua pernah ke Floria ni....
Berdekatan sini ada arch berbunga macam ni. Nampak tak rumah kayu tradisional kecik tu?.
Close up rumah ni.
Rupanya ini rumah lebah kelulut....lebah ni baik dia tak sengat.
Actually ni pentas. Nampak penari-penari kat sini. Tak silap ni negeri johor.
Ni kat Desa Lestari. Tumpang ambik gambar kat depan ni je.
Ingat kot nak balik tapi Dania kata nak singgah Laman Ternakan dulu. Suka sangat haiwan kan....
Landak ni nampak dulu. Sedap tidur tu ha....
Comelnya arnab warna putih ni. Pernah bela arnab dulu buat pagar tak tinggi sangat lepas tu arnab hilang. Rupanya arnab boleh melompat tinggi jugak.
Ada jual ikan laga.
Ikan laga yang ni mahal sikit sebab ada hiasan dalam bekas.
Ini hedgehog dalam bahasa malaysia apa ya....dalam wikipedia terjemahannya 'landak susu'. Ohhh spesis landak jugak. Nama hedgehog ni 'Sonic'. Macam nama kartun tu je.
Ini spesis 'dragon'. Namanya Sailfin Dragon.
Skunk ni boleh mngeluarkan bau busuk kalau rasa terancam.
Ini burung gagak albino.
Banyak sangat barang-barang / makanan yang boleh dibeli kalau ke KUD ni. Saya cuma jalan-jalan je la. Ada juga set rahmah dijual iaitu dalam tu ada beras, minyak etc. Tujuan utama nak support saudara saya tu.
Malamnya kami tak makan nasi tapi makan yang ini ajer. Dim sum halal Cik Nor. Sedap ke? Ya Allah memang sedap ya. Nak nak dicicah dengan sos tu ha. Rasanya persis kat Mohd Chan. Sedap...memang sedap....Dania kata rugi la ummi kita beli sikit je.
Makan juga pau gebu Pokde ni haaa....Memang gebu. Kata Nor, berat 1 pau ni dalam 100g. Memang kalau pegang tu penuh tangan ni.
Ni isi pau kaya ya....memang penuh kaya. Siap melimpah lagi isinya. Sangat jarang saya jumpa pau kaya yang isinya semewah ini. Pau Gebu Pokde ni memang isinya ✅✅✅ mewah.
Kalau ternampak mana2 Pau Gebu Pokde atau Dimsum Halal Cik Nor support la ya. Kat agent2 pun ada. Kadang datang juga saudara saya ni kalau ada event di Kuala Lumpur.
XOXO,
Ezna
Che Ta dok mandi sungai pakai dress ropol² haha....
BalasPadamSeronok kan dapat ke karnival2 usahawan macam ni. Kdg tu amze tgk produk yg ditawarkan 👍
wahh menarik niiii i suka pau ;) nanti if ternampak kat mana2, insya Allah i try beli ;) biasanya i beli pau kat cafe uia jer ;)i suka inti rendang daging
BalasPadamcantik ikan laga yg ada hiasan tu...ptt la mahal ye....pi karnival mcm ni mcm2 nk di beli
BalasPadamserigala ni bkn je besar tp jahat jugak.. bocor poket kita dibuatnya.. hehehe
BalasPadamOhhhh td saya sempat pikir KUD ini apa sama dengan di Indonesia? Ternyata beda kalo di sini KUD = Koperasi Unit Desa kak.
BalasPadamKUD di sana mirip bazaaar ya 😍😍😍😍. Duuuuh saya paling suka kalo datang ke event seperti ini. Banyak jualan, dan makanan ❤️😄.
Pau yg dijual ada yg isi savoury tak kak? Saya paling suka Pau kalo isinya ayam atau yg gurih lah. Manis suka juga, tapi favorit ttp yg savoury , 👍.
Saya tuh penasaran sangat seperti apa bau skunk kalo dia kluarkan gas nya itu 😂