Alang-alang nak menghantar beg kepada anak-anak saudara saya....tahun depan dah tak payah dah beli beg baru. Nampak tengah harga menarik kat AEON ni jadi saya pun teringat la kat anak-anak saudara yang 6 orang tu. Belikan beg berwarna-warni. Semua anak-anak saudara akan dapat beg warna lain-lain. Kak Dania la kena bawa beg Zharif, Zharfan, Sofiah, Adlina, Musyafee dan Eerfan. Tak nak plastik punya pasal.
Rumah adik saya kat Cyberjaya saya dah hantar beg ni cuma rumah adik saya Elza yang baru nak hantar. Kebetulan Pesta Serigala jahat yang besar kat Tropicana Gardens Mall kat Tropicana Petaling Jaya jadi Dania ajak le ke sini selepas hantar beg.
Kat bahagian bawah Tropicana Gardens Mall ni ada pameran sempena Christmas jadi dihias indah. Nampak ada carousel dan keretapi juga.
Ha ni dia Pesta Serigala Jahat yang besar. Big Bad Wolf. Selalu buat kat Mines dekat sikit ni jauh sikit sampai Petaling Jaya. Ni first time masuk Tropicana Garden Malls ni.
Ada tiga tingkat Big Bad Wolf ni jadi kita mulakan dengan tingkat yang pertama sehingga membawa ke tingkat atas.
Ni diantara buku yang menarik di mata saya. Harga asal dah tentulah ikut pound kalau convert duit kita jadi harganya murah sangat-sangat. Memang berbaloi la beli kat sini.
Kat sini nak cari buku Dania je. To be exact novel dia je.
Kat sini bahagian kanak-kanak.
Haaa Dania mula mencari-cari tu.
Tengoklah harganya ya. Berbaloi-baloi.
Harga buku kanak-kanak pulak.
Masa ni dah keluar dah Big Bad Wolf. Dania dah senang hati ayah dia belanja novel. Ada rezeki boleh pergi lagi errr BBW yang lain la ya....
Lepas tu nampak ada Gula Cakery. Kalau kat IOI City Mall ada Gula Petite by Gula Cakery.
Tengok-tengok apa yang nak beli. Banyak kek la kat sini.
Ha semua ni yang Dania borong tadi. Semua ni dalam RM60++ which is so cheap. Maksud saya selalunya kalau RM60 tu boleh dapat 2 buku atau 1 je tapi kat Big Bad Wolf dapat 5 buah buku. Semuanya tebal-tebal kecuali Gossip Girl tu. Melalui pembacaan novel English ni la yang Dania boleh tambah vocabulary in English. Berguna untuk buat assignment university nanti.
Kami order signature cake ni. Pandan Gula Melaka. Kami bertiga menyukainya. Hehe. 1 cake share bertiga untuk lapik perut je sebelum makan malam.
Ramai juga yang makan kat sini.
Kat dalam ni ada projection bunga ni. Lawa pulak saya tengok.
Sebelah Gula Cakery ada Ainul Cookies & Coffee. Kedai dia comel je. Tempat duduk nampaknya agak terhad kat sini. Kedai berwarna pink dan ada macam belon berwarna ungu.
Lepas ni kami pun bertolak ke Taman Tun Dr. Ismail untuk makan malam. Kat mana?. Sambungan selepas ini la ya....
Selamat bercuti untuk warga Selangor hari ni sempena Keputeraan Sultan Selangor. Dania pun masih cuti lagi sebab Universiti Putra Malaysia cuti. Hooray....esok baru mula kelas selepas bercuti semester seminggu. Nak kena cari 1 hari untuk membaja jagung kali ketiga....final dah ni sebelum tuai bulan Januari nanti.
XOXO,
Ezna
selamat bercuti ezz!!! cute tajuk entry u ni hahahha
BalasPadamSerigala yang paling best untuk ditemui haha...
BalasPadamDulu² rajin gi BBW ni, memang borong sakan la buku² murah belaka :)
Seronok anak2 buah dpt beg baru.. baik makcik nya smpai ke cyberjaya mnghantar..
BalasPadamBagus baca novel english.. RM60 kira murah sbb dpt byk buku.. bagus parent galak kan anak2 mmbaca..
rezeki anak2 saudara dapat beg baru.ye la elok da beli time ni kan..nanti sesi persekolahan tahun depan xde la nak kalut membeli ngn pkaian sek bagai...kos tggi semua tu
BalasPadamTahniah Dania rajin membaca tangga kejayaan.
Saya agak bingung awalnya baca serigala jahat 🤣. Ternyata BBW toh 😅🤭.paliiiiing suka kalo bbw ini dah bermula, saya beli banyaak buku biasanya. THN lalu sampai bawa koper, karena banyaaak sangat buku nak saya beli. Buku anak2' juga murah . Mereka pun senang pas diksh hadiah buku. Memang Hrg jadi jauuh LBH murah
BalasPadamTapi terkadang tak kuat kalo datang di waktu weekend kak. Jadi Krn bbw buka 24 jam, saya dan suami LBH suka datang jam 1 pagi 😂. Sepiiiii lebih fokus unyk memilih buku 😄
Wahhh.. beruntung anak-anak buah dapat beg baru. Bertambah sayang kat auntie diorang ni.
BalasPadamBBW ni pun kegemaran husband tapi beberapa tahun kebelakangan ni dia tak pergi sebab ada buku-buku yang sebelum ni beli pun tak habis baca. Malahan ada yang terpaksa letgo bila kami makeover bilik study.
Alamak.. temptingnya nengok kek tu.
Owh.. Dania cuti sebab UPM cuti. Tadi baca entry latest dulu 😁
ulat buku kalu g sini kompem x jumpa jln balik🤣🤣🤣🤣 member sy laa tu... best nyaaaa lepak kt GC. kek2 diorg mahal tp syedappppp
BalasPadam