Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, January 5

Travelog Umrah Ziarah Part 4 - Istanbul ke Madinah

Berdebar-debar juga hati ni sebab akhirnya masa bercuti dah berakhir. Tiba masa yang dinanti-nantikan selama ini. Kami check out dari hotel pagi. Jam 9 pagi dah gerak menuju airport Istanbul. 


Saya pakai sweater ajer. Baju sejuk masuk ajer dalam cabin bag. 


Masa ni bas dah tiba dan cepat ajer saya naik bas sebab nak booked tempat hubby bagi duduk depan. Senang nak turun bas nanti. 


Checked in bag ramai-ramai sekali harung. 


Sementara tunggu boarding pass dapat kami makan dulu kat cafe ni. Jemaah lain ada yang duduk kat lantai ajer. Takkan nak duduk ajer kat cafe ni kan. Kami makan la dulu. 


Roti keras ni pilihan saya. Hehehe....plus cay. Cay ni teh Turki lah. 


Lagi satu beli ni. 


Total Lira 28.50. Lepas tu saya tanya aunty meja sebelah saya. Pasangan Turki yang nak ke Madinah juga. Beliau memberi 3 roti dan 1 soda water. Saya terima dengan tangan terbuka. Later, bila aunty dan uncle tu bangun dari situ, saya pula bagi 2 roti tu kepada makcik pakcik Kelantan yang duduk sebelah kami termasuk 1 soda water. Kami kan dah beli 2 roti kat cafe tu. Nak makan semuanya kenyang pulak. Kami ambik 1 ajer roti pemberian aunty uncle Turki tu. 


Kebetulan masa menunggu ni, ada sepupu saya yang akan transit selama 3 jam kat Istanbul Airport ni sebab lepas tu sepupu saya tu nak pergi jenguk anaknya kat Houstan, USA. Takde rezeki nak jumpa sebab Turkish Airlines delay kat Malaysia. If not boleh ajer jumpa kat Airport ni. 


Turkish Airline ke Madinah dijadualkan pada jam 12.15 tengahari. 


Hubby dan saya....


Kami kena naik bas untuk menaiki Turkish Airline. Takde jalan terus ke flight kita yer. Macam sardin la bas ni heh....


Macam terasa naik Air Asia pula kena naik tangga ni. 


Ni la flight ke Madinah yang mengambil masa 4 jam ++ dari Istanbul. Yang angkat tangan tu tau saya ada blog lepas tu dia sesaje angkat tangan. Hehe. 


Ada doa kat screen Turkish Airlines. 


Makanan yang dihidangkan pasta ataupun ayam. Saya pilih pasta sebab ada terung. Saya suka terung. Entah kenapa saje pulak pilih Light Coke. Selama ni tak pernah pun nak minum Coke atas flight. Selalu saya mintak juice. 


Orang sebelah saya pilih ayam. Err...sebelah saya ni ada 2 anak. Anak perempuan dia yang duduk sebelah saya tu aduhaiiiii menangis sepanjang perjalanan. Actually dah berdoa supaya tak duduk sebelah dia sebabnya masa naik flight KL - Istanbul pun saya duduk dengan family ni. Tak tenang sungguh. Anak dia menangis satu hal. Masa minum susu tu dia kaki anak dia tendang-tendang saya. Hmmmm........ada sekali tu saya selubung muka saya dengan selimut. Dania memang duduk sebelah ayah dia je. Saya praktis nak bersabar ni. Hehehehe....kalau you alls dapat bersabar ke?...


Lepas tu ada dihidangkan teh panas. 


Tibalah kami kat Airport Madinah. Check in kastam Arab smooth. Saya siap ucap Shukran lagi. Tapi....insiden keluar dari Airport Madinah yang buat geram tu. Ada orang Arab main ambik ajer passport saya, hubby dan Dania. Dia suruh kami semua ikut dia. Saya nak ambik balik passport dia boleh rentap balik. Sekali saya cari budak Arab tu dan rentap balik passport saya, hubby dan Dania. Passport ni hak kita. Jangan biarkan sesiapa pun ambik dari kita. Dalam kes ni mungkin dia nak jemaah semua ikut bas dia jadinya boleh la dia dapat komisen ke apa kan. Saya pun mana la tau dia nak ambik semua passport kami kan. Saya, hubby dan Dania tunggu la mutawwif yang akan membawa kami ke bas kami. 


Kami tunggu kat Airport Madinah tak la lama mana cuma nak tunggu kesemua jemaah lepas kastam ajer. Saya antara yang terawal. Cuma mutawwif tu kejap kata bas ini, jap kata bas tu. Tapi akhirnya dapat juga jumpa bas yang sepatutnya membawa kami ke hotel. 

Kami menginap di Madinah Mubarrak Hotel. 3 bintang hotel ni. Ada 4 katil dalam bilik kami ni. Ok je la hotel kami ni. 


Bilik air. 


Takde bath tub cuma ada tempat shower ni. 


Kami berjalan ke Masjid Nabawi. Cuma 50 meter ajer dari hotel kami. Saya sempat buat solat sunat kat Masjid ni tapi nak dijadikan cerita kasut saya hilang sebab saya letak kat luar. Kebetulan masa saya simpan kasut kat luar masjid, memang ada rak kasut kat luar masjid terdetik di hati saya tah tah kasut saya hilang dia ambik. Sebabnya saya nampak seorang jemaah sedang mencari-cari kasutnya. Mungkin juga orang lain ambik kasutnya. 


Kebetulan saya jumpa seorang isteri kepada student orang Malaysia dengan baby dia kat luar Masjid Nabawi. Sedang borak2 hubby dia datang. Saya beritahu kasut saya hilang. Bila nampak suami saya datang dengan tangan berbalut udah dia tawarkan diri nak temankan hubby beli kasut saya. Bila hubby datang bawak kasut, tak ngam pula dengan kaki saya. Akhirnya saya dengan hubby ke kedai yang hubby beli tu. Saya pinjam kasut ustaz muda tu. Satu size la pulak. Hehe. Lepas dah tukar size yang selesa, terus la pergi balik Masjid Nabawi nak pulangkan kasut. Doa di Masjid Nabawi sangat makbul. Jadi saya doakan ustaz muda tu lulus peperiksaannya dengan cemerlang. Sweet sangat ustaz muda dan isterinya tu. Pegang tangan ajer. Isterinya pakai niqab. Baby mereka pun comel sangat. Isterinya teman ustaz tu study kat dalam Masjid Nabawi. 


Tengah la kami jalan-jalan nak balik hotel, ada satu kedai tu hadiahkan Dania make up set ni. Kedai tu nak tutup dah pun. Tersengih Dania dapat hadiah make up set tu. 


Ni lah make up set yang Dania dapat tu. Ni betul-betul punya ni. eye shadow, lipstick semua yang real. Bila tengok made in china terus la hubby cakap jangan pakai. Takut ada effect ke apa kan. Tapi, Dania sempat la pakai bedak. Hehe. Adehhhh nak make up dah ke anak ummi ni. Girl kan....nak melawa...2 coklat tu isteri ustaz tu bagi kat Dania. 


Ok. rehat dulu sebelum esok paginya nak try bangun solat jemaah subuh kat Masjid Nabawi. Kalau kat Malaysia rasanya tak pernah la berjemaah subuh kat Masjid. Kalau waktu lain tu pernah juga. Inilah keistimewaan bersolat di Masjid Nabawi kerana pahalanya berganda-ganda. Rugi kalau tak mencarinya di sini. 

3 comments:

  1. wahhh byk kejadian yg menguji kesabaran tu..

    ReplyDelete
  2. wah thanks for sharing suke sgt baca. boleh buat panduan untuk umrah bulan 3 nnt.
    semoga Allah permudahkan kami untuk kesana juga

    ReplyDelete