Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, January 8

Travelog Umrah Ziarah Part 7 - Madinah

Hari ni agak relaks sikit ziarah luar kerana kami akan melawat Kilang Al Quran dan Bukit Magnet. Walaupun destinasi Masjid Quba takde dalam jadual lawatan tapi paginya kami singgah Masjid Quba'. 

Ni kat pintu masuk Masjid Quba' untuk jemaah perempuan. Ambik photo ni lepas solat sunat. 


Ramai jemaah umrah kat sini dari berbagai negara. 



Dania bergambar dengan mutawwif, Ustaz Shafiq yang suka tersenyum. Kawan saya ada kirim nak buat wakaf Al Quran kat Masjid tapi ustaz ni agak keberatan nak ambik duit untuk pembelian Al Quran kerana dalam tangan pun ada lebih 1,000 buah Al Quran yang Ustaz ni kena beli. Masjid Nabawi tak menerima Al Quran yang bukan diikhtiraf oleh mereka yer. 

Kalau kita beli kat luar pintu nak masuk Masjid Nabawi memang ada orang jual Al Quran untuk wakaf, tapi nanti cleaner Masjid Nabawi akan asingkan Al Quran yang tidak diikhtiraf itu. Saya pernah nampak cleaner Masjid Nabawi mengambil Al Quran yang tidak diikhtiraf depan mata saya. Hubby saya pula pernah nampak polis Arab mengejar orang yang menjual Al Quran depan Masjid Nabawi. Mencicit orang tu lari. Nasib la saya tanya dulu Ustaz Shafiq ni. Agak2 kalau nak wakaf untuk Masjid Nabawi wakaf ajer kerusi sebab kerusi amat diperlukan oleh orang sakit dan warga emas. Boleh ajer letak kerusi dalam kotak yang disediakan di dalam Masjid Nabawi. 


Lepas Masjid Quba' singgah lagi Kilang Kurma King Fahad. 



Bendera Malaysia pun ada. 


Dania bergambar dengan anak orang Indonesia yang comel sangat. 

Semacam la bau bila duduk kat sini. Baja pokok kurma ni dari tahi unta. 


Opps gambar ummi dan ayah la pulak. 

Ada announcement juga kat sini suruh merasa kurma yang dijual tapi dalam Bahasa Indonesia. Sila cicipin....sila cicipin ya....Ada jemaah Eiman Travel cakap 'Aku ingat aku kat Bandung tadi'. Boleh dikatakan semuanya pekerja Indonesia kat ladang kurma ni. 


Hubby dengan selamba pakai ajer seluar pakai kat rumah tu sebab kainnya lembut. Tak menyakitkan kaki yang lukanya baru nak sembuh. Nampak tak batu2 yang besar-besar tu?. Pembinaan kat sini agak susah kerana kena korek batu2 yang dipanggil batu panas ni. 


Lepas tu kami ke Bukit Magnet. 


Driver bas ni bawa bas tanpa menekan minyak cuma free gear. Bas ni bergerak sendiri tanpa menekan minyak. Inilah keistimewaan di Bukit Magnet.  



Tiba ajer kat Kilang Al Quran, waktu melawat dah tamat jadinya tengok bangunan ajer la. Waktu melawat pada musim sejuk ni agak pendek. 




Bas kami sempat balik ke hotel sebelum masuk waktu Zohor. Zohor masuk jam 12.18 tengahari. Saya tak cerita lagi sepanjang kami kat sini ada seorang makcik tu asyik la nak ngikut kami. Kesiannya sebab anak menantu cucu tak pulak ikut makcik ni pergi masjid. Udah la makcik ni terkontang kanting sorang2. Aleh aleh ikut pulak saya dan Dania. Ada satu malam tu, saya dan Dania nak masuk Raudah tapi makcik ni sibuk nak balik. Saya kata balik la dulu sebab saya nak masuk Raudah. Dia ikut saya dengan muka masam. Saya kata balik la kalau makcik lapar. Akhirnya makcik tu pun balik. Since hari tu, memang saya cop makcik tu. Boleh dikatakan asyik nak ikut je kami. So agak tak privacy la kalau kami nak singgah mana-mana. Even dalam bas pun dia nak ajer duduk sebelah saya. Dania mesti tersengih kalau nampak makcik tu. Yang herannya tergamak pula anak dan menantu biar makcik ni sengsorang gi mana-mana. 

5 comments:

  1. adoyaii..lawak plak citer psl makcik yg ngikut u tu..to kesian jugak dia kan...emmm

    ReplyDelete
  2. bila saya nak menjejakkan kaki di Madinah..semoga ada rezeki nanti

    ReplyDelete
  3. sebab u kan peramah, orang akan senang dengan u :D

    ReplyDelete
  4. Menarik, harap dapat menunaikan umrah dalam masa terdekat juga

    ReplyDelete
  5. salam ziarah ezna
    alhamdulliah muda muda dah dapat menjejakkan kaki ke situ.
    nak kena duk lama baca blog kamu ni, insya Allah nanti datang lagi

    ReplyDelete