Thursday, January 22

Travelog Umrah Part 12 - Mekah

Hari ni acara bebas buat kami para jemaah. Bagi mereka yang nak buat umrah boleh ke Tan'iem untuk berniat umrah. Ada van yang disediakan untuk para jemaah. 

Ada sesi motivasi oleh Ustaz Zawawi Yusoh kat surau di dalam hotel. Kali ni mesti tokey Anjum takde sebab kalau tak surau ni berkunci. Sebelum ni kan saya cerita yang orang Arab ni tak suka orang berkumpul-kumpul ni. Sampai ustaz kata haa kunci pintu tu nanti orang Arab suruh kita keluar pulak. 


Ada nyanyian lagu Sahabat Sejati kumpulan Brothers. Rasa sayu pulak lagu ni dinyanyikan bila kita kena nyanyi bersama ahli keluarga kita sambil berpelukan. Senikata menyentuh jiwa.... 


Waktu zohor masa solat di Masjidil Haram, saya berdekatan dengan seorang warga emas yang saya agak beliau orang Turki yang tiba tiba rebah. Apa yang mengejutkan, warga emas itu tadi muntah darah yang agak banyak. Darah beliau mengalir jauh dari tempat beliau muntah. Heran saya bagaimana darah tu boleh berjalan jauh. Nasib la saya jauh sikit dari warga emas tu. Jika tak, terkena pula darah beliau. Ini pertama kali saya menyaksikan orang muntah darah yang sangat banyak. Siap ada ketulan berwarna hitam lagi. Ahli keluarganya menolong memapah beliau dan tukang bersih masjid cepat-cepat membersihkan kawasan ini. Sangka saya beliau terus meninggal di situ kerana sebelum itu beliau langsung tak bergerak. Muka beliau sangat pucat. Scary sungguh. Jemaah perempuan yang berdekatan dok berkerumun tengok beliau. 


Cuaca yang sangat panas terik. Saya berdoa supaya cuaca tak terlalu panas sebab saya dan Dania solat kat luar kawasan yang berbumbung. Alhamdulilah saya terasa bagaikan ada shield kat situ jadinya matahari tak terasa panas sangat. Ikutkan logik kalau matahari direct memancar ke arah kita mestilah panas kan....alhamdulilah dipermudahkan. Doa saya Allah dengar kat Masjidil Haram. 


Lepas solat janji nak jumpa hubby sebab kami nak buat tawaf sunat. Ya allah ramainya umatMU yang tawaf kat sini. Bayangkan musim haji macamana...lagi la packed. Saya dan Dania pegang beg hubby supaya nanti tak terpisah bila jemaah cuba masuk ke dalam kawasan tawaf. Ambik photo ni pun lepas tawaf. Mintak tolong jemaah yang satu group dengan kami ambik gambar. Cuaca memang agak panas. Tengok la berpeluh-peluh hubby. 


Kat bawah ni suasana dalam Masjidil Haram. 




Ni suasana dalam shopping mall ni. 


Singgah kedai ni nak makan aiskrim. Katanya vanilla tapi rasa macam susu lembu. Tak sedap la pulak tapi saya habiskan jugak aiskrim ni. Dania ni merajuk dengan saya masa ni. Hehehe...



Ada sekali tu, hubby nak cari jam solat kompas. Pergi kat satu kedai Arab ni. Beliau ada menunjukkan katalog jam. Saya pun meneliti harga jam. Kemudian beliau ada menujukkan satu jam ni berharga 210 riyal. Saya tengok nombor siri kat belakang jam tersebut dan saya buat akal2 nak tengok katalog. Sah....jam yang dia kata 210 riyal tu sebenarnya dalam katalog 100 riyal ajer. Dia boleh cakap jam dalam katalog tu dah habis. Dalam katalog tu jam perempuan. Hello sir....kalau nombor siri sama takkan lah jam jenis lain pulak. Bentuk semua sama. Kaki kelentong pulak pak arab ni. Dia simpan terus jam tu tak nak bagi kami beli. Saya cakap ngan hubby dah dah tak payah beli sebab dah sedar Pak Arab tu kelentong. Hati hati la kawan2 ye. Jangan sampai terkena. Jam solat kompas ni ada jumpa kat Malaysia tapi function lagi best yang kat Arab. Kalau nak travel senang kita nak tau masa solat dan kiblatnya.     


Bergambar depan jam besar ni. 


Malamnya diadakan majlis tahlil di padang Muzdalifah. Zaman dahulu Muzdalifah ni tempat tentera bergajah berkumpul. Saya ada buat tahlil untuk kedua mama dan papa saya. Moga pahala dapat terus kepada mereka. Ustaz kata sebelum kambing disembelih, pahala terus dapat kepada mereka yang telah pergi sebab kita dah niat nak sedekah duit untuk diadakan majlis tahlil. 


Kambing ni katanya dimasak di dalam tanah. Saya jamah sikit je kambing. 



Ustaz Zawawi Yusoh. 



Jemaah semua sibuk makan. Nasi arab yang dihidangkan ni sangat sedap. 


Hubby makan dok atas kerusi sebab kaki masih lagi dalam proses penyembuhan. 


Van aiskrim dah datang dah. Saya beli aiskrim untuk Dania dan saya. Tak silap saya 2 riyal. 


Sepatah dua kata dari Ustaz Zawawi Yusoh. 


Akhir sekali sesi berpelukan sesama jemaah. Part ni paling sayu sebab esoknya kami akan meninggalkan bumi Mekah ini. Ada yang akan balik ke Malaysia dan ada yang akan menuju ke Madinah. 


Ustaz Zawawi berpelukan dengan jemaah.  


Padang Muzdalifah ni tempat orang Arab berpiknik waktu malam. Padangnya memang luas. Malam le orang Arab keluar sebab waktu siang cuaca panas. Walaupun umrah musim sejuk, panas juga di Mekah ni tapi di Madinah sejuk macam ada aircond. 

4 comments:

  1. terima kasih ezz share pengalaman.. moga i pun ada rezeki untuk jejak ke sini dengan husband i..

    ReplyDelete
  2. tq kak! seronok baca / dengar pengalaman mereka yg dah sampai sana.. in shaa Allah, moga ada rezki kami plak utk jejakkan kaki ke tanah suci nnt ameennn...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah setiap yang bernama Islam itu pasti ingin sampai ke Mekah dan Madinah. Terima kasih kongsikan pengalaman bersama kami.

    ReplyDelete
  4. ya allah kak..setiap kali baca entry akak pasal umrah ni mesti bulu roma saya meremang..rase nak nangis sgt-sgt..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails