Tuesday, January 13

Travelog Umrah Ziarah Part 9 - Mekah

Ni view dari bilik kami ni. Bilik kami ni tak mengadap Masjidil Haram. Kalau mengadap Masjidil Haram kan best sebab tengok ajer dah dapat pahala. Bukit ni dipanggil Jabal Al Kaabah. 


Ni lah dewan makan sepanjang kami kat Mekah. Dewan makannya sangat luas. 


Chef Adnan ni sedang masak telur dadar saya. 


Ada tomato yang diletakkan cheese juga. Makan sikit saya dah muak. 


Makan dimulai dengan telur dadar dan keropok. 


Hummus ni saya tak cuba. 


Roti ni memang saya suka makan dengan butter. Err keropok lagi....



Duduk kawasan ni tenang sikit sebab tak ramai orang. 


Umrah kami ni umrah bermodul maknanya ada ceramah tapi kat Mekah ni tidak dibenarkan untuk berkumpul begini. Orang Arab tak suka kita berkumpul macam ni. Time ni boleh berkumpul sebab tokey Anjum ke luar daerah. Hehe. Ustaz Zawawi dikelilingi peminat yg nak bergambar. 


Ustaz Zawawi bagi taklimat. 


Foul ni saya tak terasa nak cuba sebab bentuknya kurang menarik. 


Hari ni ada ziarah dalam. Sementara nak tunggu cukup para jemaah. Kita ambik gambar Ustaz dulu la. 


Ayah dan Dania. 


Ni Dania yang ambikkan gambar. 


Lepas tu kami berjalan ramai-ramai untuk ziarah dalam. Masa Ustaz cakap ni tak lama kemudian ada orang Arab datang cakap jangan berkumpul macam ni. Entah kenapa mereka tak suka orang berkumpul macam ni. Lepas orang Arab tu jalan, Ustaz sambung bercerita memperkenalkan bangunan yang berdekatan. 


Ni Hilton Suite. 


Hubby siap bawa kerusi lagi sebab tak boleh nak solat macam biasa. Kena solat duduk atas kerusi. 


Air zam zam yang disediakan di luar Masjidil Haram. 


Ramai yang tengah tawaf tu.  


Lampu di dalam Masjidil Haram. 


Ruang solat di dalam Masjidil Haram. 



Kat sini tangga nak pergi ke perpustakaan. Katanya perpustakaan ini dibina atas tapak rumah kelahiran Rasulullah. Tapak rumah tu nak dipindahkan tapi Allah tak mengizinkan. Akhirnya Kerajaan Arab bina perpustakaan kat atas tapak rumah Rasullullah. 


Ada je mesin mencuci lantai kat sini. 


Ambik kesempatan pose kat setiap sudut di Masjidil Haram buat kenang-kenangan. 


Pintu masuk Masjidil Haram yang baru nanti akan menyambungkan Hotel Anjum. Bila dah siap nanti, harga Hotel Anjum akan naik. Pintu Masjidil Haram yang baru belah kanan. Hotel Anjum yang saya menginap tu belah kiri. Masa tu hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram akan jadi jauh sebab pintu masuk dah berubah. Pintu masuk yang ada sekarang pula akan ditutup apabila pintu masuk yang baru dah siap. 


Sepanjang ni ada burung merpati yang banyak. Ada wanita berjubah hitam jual paket makanan burung. Bila makanan tak dimakan, mengotorkan laluan pejalan kaki ini. 


Kat tepi jalan ni lah yang kami lalu untuk ke Masjidil Haram. Kena berhati-hati sebab orang Arab ni bawak kereta lelaju. Malahan lagi teruk dari orang Malaysia bawak kereta. Ustaz kata mereka ni bawak kereta tak tekan brek. Main tekan pedal minyak ajer. Kusss semangat....  


Esok kami akan ziarah ke Bukit Kasih Sayang dan beberapa tempat lagi. :-) 

1 comment:

Related Posts with Thumbnails