Rabu, Januari 7

Travelog Umrah Ziarah Part 6 - Madinah

Hari ni pun ada ziarah luar jadinya nak kena berkumpul kat lobi. Lif kat hotel ni ada 5 ajer untuk cater 1 bangunan ni. Of course la tak cukup. Bila time nak solat fardhu atau balik dari solat fardhu ataupun time makan, lif ni kena tunggu lama sikit. Kalau jemaah dari Indonesia tu suka tapau makanan lepas tu masuk dalam lif. Adakalanya air tumpah, lauk-lauk tumpah menyebabkan lif kotor. 


Pagi ni pula ada ziarah luar. Ni  bandar Madinah pada waktu pagi. 


Singgah Masjid Quba' untuk menunaikan solat sunat. 


Air zam zam diletakkan di luar masjid. 


Ada juga kedai-kedai menjual kurma dan lain-lain lagi. Saya tengok ajer. 


Kami bertiga berlatarbelakangkan Masjid Quba'. 



Kami singgah kebun kurma juga. Air teh ni diberikan percuma. 


Kebun Kurma Abdul Aziz yang kami singgah tu. 


Ni kat dalam kedai ni. Walaupun melawat kebun kurma, 1 kurma pun kami tak beli. 


Budak kecik ni la yang dok nangis sepanjang atas flight. 


Keciknya gambar kami bertiga ni. Jadilah dari takde gambar langsung. 


Buah Zuriat ni banyak kat Madinah. Ada juga dijual di luar kebun kurma ni. Khasiatnya untuk mereka yang belum mendapat anak lagi boleh cuba. Cara makannya saya tak pasti. 


Bahasa kat Madinah ni Bahasa Indonesia. Ramai orang Indonesia bekerja di Madinah. 


Para syuhada yang dikebumikan di sini. Batu nisan pun takde. Cuma tanah yang lapang ajer. Kami semua mengucapkan salam kepada para syuhada perang uhud. 


Luas kawasan ni. 


Belakang kami pula Bukit Memanah. Di bukit inilah tentera yang siap dengan peralatan memanah. 


Belakang ni Jabal Uhud. Cuba bayangkan dalam zaman Rasullullah bagaimana mereka memanjat bukit ini?. 


Bila balik ajer dari ziarah luar, cepat-cepat naik bilik sebab nak berjemaah di Masjid. Waktu makan tengahari adalah lepas Zohor. Ni lah dewan makan kami ni. Area sini untuk jemaah daripada Eiman Travel. Kalau datang awal tak le crowded sangat. Kalau lewat penuh la meja makan kat sini. Hubby dan kami asing-asing. Kalau kebetulan nak gi memana baru la janji tunggu kat pintu mana. 


Hari ni makan nasi arab. 


Ni lah lauk yang saya ambik. Sup daging saya taruh sikit ajer. Makan cili tu sikit ajer takut sakit perut. 


2 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...