Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, January 6

Travelog Umrah Ziarah Part 5 - Madinah

Alhamdulilah pagi ni boleh berjemaah subuh di Masjid Nabawi. Saya siap2 dulu sebelum kejutkan suami dan Dania. Tiba Masjid Nabawi dalam pukul 4.30 pagi sebab subuh pukul 5.35 pagi. Masa saya tiba tu pun Masjid Nabawi dah ada ramai jemaah perempuan. Hubby pergi lewat sikit. 

Pagi ni jam 7 dah kena berkumpul kat ground floor sebab hari ni ada ziarah dalam. Sebelah saya tu abang ipar Ustaz Zawawi. 


Ni lepas dah masuk raudah. Kami jemaah perempuan ramai-ramai masuk raudah dengan ditemani ustazah dari Indonesia. Ramai sangat nak masuk Raudah. Terdengar la petugas masjid perempuan berteriak ibu ibu melayu duduk duduk. Sabar sabar. Bila jemaah berdiri di tempat nak menunggu giliran tu. Nak tunggu tu boleh tahan ramai jugak. Yang menunggu giliran tu ramai sangat. Bila dapat masuk tu ustazah suruh menghimpit ke kiri kerana di sanalah makam rasullullah S.A.W. Saya sampaikan salam rakan-rakan yang berkirim salam. 

Lepas tu solat sunat di situ. Mintalah apa-apa yang terlintas di hati. Insyaallah permintaan kita akan ditunaikan kerana raudah ni adalah salah satu tempat mustajab untuk berdoa. Tips nak berdoa lama sikit kat sini, berdoa masa dalam sujud. Kalau berdoa lepas solat, petugas masjid tu akan suruh kita cepat-cepat. Kalau tengah solat, petugas masjid tak kacau. Kalau nak tau kita dah tiba kawasan raudah, carpet berwarna hijau. Sebelum saya keluar ajer carpet hijau tu saya berdoa lagi apa yang terlintas di hati. Suasana kat dalam tu memang agak sempit. Ada adegan bertolak-tolak juga tu. Masa solat pun silap haribulan ada orang boleh langgar kita. Itu digalakkkan kita jadi barrier di belakang kawan atau ahli keluarga kita yang solat. Jadi take turns la nak solat. 

Satu lagi, kalau nak bawak kamera, pandai-pandai la nak sorok kat mana sebab ada petugas masjid akan check beg yang dibawa masuk. Saya siap beli kamera kecik besar tapak tangan nak pergi umrah ni.Bawak DSLR mana nak disorok tu?.... Waktu saya pegi petugas masjid tu tak la raba-raba baju kita. Pandai-pandai la yer. Saya juga letak kasut saya dalam uncang kasut dan bawa dalam masjid. Saya takut insiden kasut hilang berulang kembali. 


Yang warna orange tu uncang kasut la tu. 


Dua gambar di bawah diambil oleh jemaah Indonesia. Ramai ajer yang keluarkan kamera. Idak le saya tanya kat mana mereka sorok. 


Tag nama selalu kena pakai kot la kita perlukan bantuan dari jemaah satu kumpulan. 


Kat luar pagar Masjid Nabawi ni ada jual kayu sugi. 


Ada butik ternama kat sini. 


Depan hotel kami ni. 


Ni le suasana Masjid Nabawi selepas solat fardhu. Macam-macam gaya dari telekung yang berwarna biru dan ada logo syarikat umrah/haji dan macam-macam gaya lah. Saya cam rakyat malaysia melalui beg sandang yang dipakai. Rayhar, Andalusia.....etc...


Dania tukar mini telekung pulak. Masa nak beli telekung mini ni Dania kata ni bukan telekung Dania la ummi ni telekung baby. Dania tak tau wujudnya tekekung mini. Senang nak manage. Takde la kena tarik ke apa...fokus saya dalam gambar ni payung Masjid Nabawi yang cantik ini. Ustaz kata 1 payung berharga 1 juta. Kat sini ada banyak sangat payung. 


Mari mari mari kurma... 


Selepas solat fardhu ada ajer penjual kat luar pintu masjid. Harga murah murah. Kelakar juga penjual akan menjerit halal...halal.....sampai baju pun 10 riyal halal. Penjual ni pandai bahasa kita. Saya tanya berapa ni?. Tak payah cakap Bahasa Arab pun. Kain-kain siap dibaling-baling lagi. 



Ni rasanya waktu maghrib ni. Payung kuncup pula. 


Saya curi-curi ambik gambar dalam Masjid Nabawi. Nak ambik gambar kawasan terbuka ni. Selalunya atas ni ada kubah. Kali ni kubah dibuka. Sikit ajer gambar dalam Masjid Nabawi. Takut petugas rampas kamera. 


Besok kami akan ziarah luar. Kalau ziarah luar, baru saya akan bawa DSLR saya. Tunggu selepas ni pula tempat yang kami akan lawati. :-)

2 comments: