Friday, January 16

Mengintai sekolah anak

Minggu ni agak sibuk la nak bayar yuran itu ini kat sekolah kan. Saya bayar yuran untuk Sekolah Rendah Agama Dania masa hari pertama. Bayar yuran kat kelas Dania yang terletak tingkat atas sekali. Phew nak naik tangga tu. Hari pertama ni agak lambat datang sekolah. Ingatkan Dania dapat tempat belakang tapi tup tup ada kosong kat depan sekali tepi tingkap. 



Ni kawan sekelas Dania la ni. Hari ni tak belajar pun. Yuran untuk Darjah 5 RM413. Boleh bayar one shot atau ansur-ansur. 



Kelas ni ramai perempuan. Lelaki cuma 1 row ni ajer. 


5 Taubat kelas tahun ni. Tahun 4 pun 4 Taubat juga. 


Sekolah ni ada 2 blok. Blok sekolah yang baru ni siap awal tahun 2013. Kalau tak sekolah ni guna bangunan lama. 


Datang lambat tapi dapat tempat depan. Ok la kan. 


Ni pulak kat Sekolah Kebangsaan Dania. Masa ni saya datang nak ambik duit bantuan RM100 tu. Saya antara orang yang terawal. 


Banyaknya bendera kelas Dania ni. 


Dania duduk baris kedua hujung sekali. 


Kelas Dania dari arah depan. Ada 7 kelas untuk murid darjah 5 kat sekolah ni. 


Dekat ajer nak gi toilet perempuan. 


Dania nak bersiap-siap nak balik dah. Lepas ambik duit bantuan boleh terus balik. Yang ibu bapa tak datang lagi kena tunggu sehingga habis waktu sekolah. Kol 11 pagi dah boleh balik. If not waktu balik kol 1.20 petang. 


Ambik gambar dulu kat pekarangan sekolah sebelum balik. Dania pakai uniform Tunas Puteri. Setiap hari rabu kena pakai uniform persatuan Ko Kurikulum. 


5 comments:

  1. Dania makin besar makin comel.. bayangkan Dania hari hari naik tingkat 3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq aunty Mira. ikutkan Sek Keb dan Sek Rendah Agama 2-2 kelas paling atas. jenuh nak panjat tangga. ;)

      Delete
  2. seronok anak dah bersekolah. sampai mak pun pergi sekolah :) singgah sini ya

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails