Hello eznakhalili.com readers!!

Saturday, January 3

Travelog Umrah Ziarah Part 3 - Turki

Kebetulan anniversary saya yang ke 11 tahun saya berada di Turki. Alhamdulilah. Memang tak plan pun. Umrah Ziarah kami memang Eiman Travel dah plan awal lagi. Paginya sebelum breakfast ambik photo bertiga sementara lif tak tiba lagi our floor. Hari ni kami pakai baju berwarna ungu. Saje beli baju warna ungu khas untuk hari ni. :-) Siapa yang plan? Siapa lagi...hehehe...hubby ikutkan ajer bini dier ni. 


Tema lawatan hari ni makam. Ada 2 makam yang akan kami lawat. Makam yang pertama terletak di atas bukit. Ni makam Nabi Yushak. Makam ni panjang. Ia panjang kerana tak tahu secara tepat lokasi kubur Nabi Yushak jadinya makam ini dibiarkan panjang. 


Dania dan hubby kat luar kawasan makam Nabi Yushak. 


Kat luar makam ni permandangan sangat cantik. Kat belakang ni boleh nampak tanah eropah atau tanah asia saya tak berapa pasti. Istanbul ni terbahagi kepada tanah asia dan tanah eropah. 


Ada orang bagi manisan ni. Orang Turki ni suka makan manisan. Ada kacang kat atasnya. 


Dania kena ambik gambar lovey dovey ummi dan ayah. 



Dania dengan security orang Turki. 


Hubby, Dania dan Latif tour guide kami. Masih pramugara MAS lagi ni. Sangatlah friendly orangnya. Belakang tu masjid sebelah makan Nabi Yushak. 


Kita mintak Latif ambik gambar family pula yer. 



Kat sini pulak. Beykoz Belediyesi ni Latif kata maknanya majlis perbandaran. 


Dania dengan tourist guide orang Turki. Yang tua ni saya tak berapa nak faham bahasa inggerisnya tu. Belah kanan tu pelajar degree universiti kat Istanbul. 


Saya ada beli strawberry Istanbul. Kecik-kecik ajer buahnya. Rasanya manis dan masam. 


Gerai kat luar makam Nabi Yushak ni ada jual macam-macam dari makanan, kain dan yang paling kelakar ada jual kambing. Hehehe. 


Ni my favourite photo :-)


Kemudian, bas pun meneruskan perjalanan dan berhenti kat tempat ni untuk kami ambik gambar. Hubby tak turun hanya saya dan Dania ajer. Tempatnya tepi pantai. 


Kebetulan kat sini ada ramai peminat kelab bola Turki buat perjumpaan. Havoc sangat. Ni Dania ambik gambar dengan budak Turki yang handsome. Bapak budak Turki ni pakaikan Dania kelab bola Turki. 


Giliran saya dan Dania pose berlatarbelakang jambatan. Nama jambatan ni tak sure apa ke namanya. 


Singgah pula kat masjid Nabi Ayub. Solat dulu kat sini. Saya solat kat belakang tu atas tikar. Tak menyempat lepas habis je solat terus orang Turki tu tarik tikar dan gulung. 



Saya minta izin mak budak comel ni ambik gambar dengan Dania. Pandainya senyum ya allah cutenya. 


Akhirnya mak budak tu suruh budak comel tu bagi Dania, saya dan seorang makcik jemaah kami tu coklat. Tq tq. Sambil bagi coklat pun tersenyum je budak ni. 



Kami bertiga di hadapan masjid Nabi Ayub. 


Doner Deryasi ni tak jauh pun dari Masjid yang kami singgah solat. Keluar ajer masjid jumpa la restoran ni. Elok benar la tu perut dah lapar nih. 


Nasi daging yang dihidangkan. Peliknya kan kalau kat Malaysia saya kurang makan daging. Kat Turki, daging ni semuanya habis saya makan. Hehehe. Seriously sangat sedap. Dengan cili hijau tu habis saya makan. 


Restoran ni boleh menampung ramai jemaah umrah ziarah. Yang berdiri tu kakak Ustaz Zawawi Yusoh. 


Yang saya perasan tangga kat restoran di Istanbul ni jenis gini. Curam dan tangganya berliku. Gayat juga nak turun tangga ni. 


Singgah beli aiskrim pulak. Ada pertunjukkan aiskrim. Tetiba tukang aiskrim tu bagi kon je. Aiskrim takde. Err saya yang kena tu. Aiskrim mereka pula rasa liat-liat bukan smooth creamy macam aiskrim kita. Ada perisa masam-masam pulak aiskrim ni. 


Kucing kat Turki gemuknya lehai. Tak nampak lagi kucing yang kurus. 


Ni katanya kawasan perkuburan orang yang baik-baik. Perkuburan Ammar pun ada berdekatan tapi bila tanya Latif tak sure pulak exactly kat mana perkuburan Ammar. 


Next stop, Panorama Topkapi. Muzium perang zaman Konstanstinople. 


Bila naik ajer tangga menuju tempat seakan perang ni ada muzik bunyi bom. 


Ada gambar peperangan dan barang peperangan. 


Tak lama dalam muzium perang terus keluar sebab ramainya orang. Unik sangat pokok yang tak berdaun ni. 


Maghrib kami di Masjid Sultan Fatih. Lampu kat dalam masjid Sultan Fatih ni sama ajer macam kat dalam masjid biru atau Masjid Sultan Sulaimaniye. Tepi ni ada perigi boleh minum airnya. Saya tak minum sebab takut pulak kualiti airnya. Dah nak bertolak ke Madinah dah esoknya. 



Kat luar ni ada perkuburan kaum kerabat Sultan Fatih. Heran saya kemain banyak kucing dalam ni. Sihat-sihat belaka. 


Ni makam Sultan Fatih. Ada dalam bangunan sebelah Masjid Sultan Fatih. Bangunan ni berkaca. Tak sure boleh ke masuk dalam ni. 


Bangunan yang ini pula makam isteri Sultan Fatih. Masa kami datang tu dah berkunci. 


Lepas tu terpaksa berjalan jauh sikit nak pergi ke bas kami. Banyak juga tempat yang kami lat hari ni. Agak relax juga hari ni sebab banyak naik bas kemudian bila tiba tempat tu turun dan melawat. Trip kali ni takde shopping dah. Takde juga tunggu menunggu orang. 

Lepas ni kami akan ke Madinah.....berdebar-debar sebenarnya....

No comments:

Post a Comment