Friday, January 16

Travelog Umrah Ziarah Part 10 - Mekah

Ok sambung lagi entry Umrah Ziarah ni. Kali ni tempat yang dituju ialah Jabal Thur. Ambik gambar ajer kat sini. Tak pulak mendaki bukit ni.



Ustaz Zawawi naik bas kami. Best dengar penerangan dan tazkirah Ustaz. 


Kalau tak silap saya Masjid ni diwakafkan oleh owner Al Rajhi Bank. 



Ni lah Jabal Rahmah atau Bukit Kasih Sayang. 


Jom berkasih sayang. 


Boleh nampak kat background ramai orang mendaki bukit ini. Laluan utama jam jadinya nak cepat kena lalu laluan berbatu. Kami naik takat ni ajer. Kat atas sekali ada batu warna putih, tempat pertemuan Adam dan Hawa setelah terpisah sekian lama. Ada juga nampak kertas yang ada tulisan diselitkan kat batu-batu ini. Gambar pompuan pun ada terselit jugak kat batu. Masa saya ngan Dania kat sini, ada seorang perempuan tu cubit pipi saya dan Dania. Heran betul saya.....


Jemaah dari Turki. 


Cuaca yang panas ni syok kalau pekena aiskrim. 


Van aiskrim yang comel. 


Ustaz duduk kat perut bas ajer? Saya nak ambik gambar ustaz. Driver arab ni yang pose baik punya. Udahnya masa atas bas dia suruh ambik gambar dia. Cheh...ambik je le lepas tu saya delete. Sorry. Dania kemain gelakkan saya. 


Dalam perjalanan, ternampak istana di atas bukit ni. 


Khemah putih ni di Mina. Tempat jemaah berkumpul sebelum melontar. 


Ni Masjid di Ja'ranah . Boleh baca niat untuk mereka yang akan mengerjakan umrah. 


3 comments:

  1. allah..allah...bnyk kali saya baca entry umrah akak nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niat Idzwa tu dah ada...Moga dipermudahkan....Insya Allah :-)

      Delete
  2. seronok dapat sampai ke sana. kongsikan pula pengalaman semoga ibadah umrah diterima oleh Allah S.W.T

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails