Monday, January 12

Pengalaman mendebarkan di Masjid Nabawi Madinah

Hari yang kami nak bertolak ke Mekah tu ada insiden subuh tu. Saya dan Dania ke Masjid Nabawi nak menunaikan solat subuh. Jadi saya dan Dania masuk le ke dalam. Entah macamana masa saya duduk, cari-cari Dania takde. Tengok kanan kiri tak nampak Dania. Saya keluar kejap pun tak nampak. Jadi apa saya buat?. Saya solat sunat hajat supaya dapat jumpa Dania balik. Lepas ajer bagi salam, saya bangun. Entah macamana saya toleh kanan nampak kelibat budak macam Dania. Saya pun bangun. Masa melintasi cleaner masjid orang Indonesia. Dia cakap dengan saya ada budak hilang mak. Kawan saya dah bawa ke depan. Terus la saya pergi dapatkan Dania. Nampak ajer saya terus Dania menangis. Kakak cleaner bagi coklat kat Dania nak pujuk la tu. Saya peluk cleaner tu ucapkan terima kasih.

Doa di dalam Masjid Nabawi tanpa hijab. Terus ajer dikabulkan. Kebetulan sebelum itu ada jemaah cerita kat saya. Dia lupa hotel mana dia tinggal kemudian dia buat solat sunat dalam Masjid Nabawi. Lepas ajer solat sunat, dia nampak terus jemaah Eiman Travel lalu depan dia. Terus dia ikut sampai ke hotel. 

Dania pulak bagitau saya yang dia nampak ummi jalan kat depan jadi dia ikut je orang tu. Padahal tu bukan saya. Dia terus bagitau cleaner masjid Nabawi yang 'saya hilang mak saya'. Nasib Dania buat tindakan betul bagitau cleaner masjid. Kalau diam takdelah cleaner masjid tolong carikan ummi Dania. Huiii insiden ni buat berderau darah saya. Phewww......




6 comments:

  1. Allahu...

    Allah kak..kepingin sgt hati saya nak kesini bila baca setiap entry akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah kalau niat dah ada, berdoalah supaya Idzwa dijemput. Insyaallah.... :-)

      Delete
  2. ya allah ...

    seram juga..
    tapi rmai yang kata kalau berdoa kat situ mmg dimakbulkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat seram ayu. Err i pun menangis juga....

      Delete
  3. Allahuakbar...me baca pun jd nervous..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails