Malam semalam, hubby dapat sms mengatakan salah seorang bapa kepada ahli qariah surau rumah saya meninggal dunia. Sebelum ni bapa beliau koma dan Dr suruh bawak balik rumah kerana bapa beliau bergantung kepada mesin hayat. Semalam mesin hayat telah dimatikan dan bapa beliau meninggal selepas itu. Hari ini bapa beliau akan dikebumikan di Rembau. Takziah diucapkan buat Rashdan dan keluarga ya.
Semalam juga masa saya dah nak ambik Dania dari sekolah agama, sambil nak tutup electric gate tu datang satu kereta. Confuse lak kereta siapa agaknya tu. Sambil buka tingkap rupanya anak kepada jiran saya. Saya baik sangat dengan ibunya tapi now dah jarang jumpa kat surau dah. Kami berbual. Kesihatan bapanya tak berapa ok kerana sakit jantung. In order nak buat operations jantung, berat badan bapanya (jiran saya tu) kena ditambah kerana urat dari badannya nanti akan diambil semasa operations. Mungkin juga nak tukar urat yang dah tersumbat agaknya. Ibunya pula (kawan saya tu) sakit juga. Setahu saya ada 'sesuatu' di badannya. 'Sesuatu' itu masih ada dalam dirinya. Berat pula saya rasa dugaan mereka. Anak kawan saya tu kata dah lama beliau tak jumpa saya. Lalu kat rumah saya , kebetulan saya ada kat luar saje nak tanya khabar. Terima kasih kerana masih ingatkan achik ya. Achik tak pernah lupa ibu awak. Jadi saya pesan kalau nak minta tolong in future please contact saya. Ye lah mana la tau kan. Saya kan fleksibel.
Pagi ni pula di laman facebook, ada seorang kawan saya semasa sekolah menengah bernama Nazim @ Ajim, kehilangan anaknya yang berumur 6 tahun disebabkan anaknya terjatuh dari balkoni kondo rumah. Ya allah gerunnya dengar kan?....Syurga tempatmu nak....Moga Nazim dan keluarga tabah ya.
Moga dipermudahkan urusan mereka yang saya sebutkan di atas.
Alfatihah.. :(
BalasPadamal-fatihah...
BalasPadam