Selasa, Januari 27

Travelog Umrah Ziarah Part 13 - Dari Mekah ke Malaysia

Hari ni dah nak meninggalkan bumi barakah ini. Selepas Zohor kena buat tawaf Wida' (Tawaf selamat tinggal) sebab kami akan bertolak pulang ke Malaysia. Lepas tu balik je bilik, housekeeping ada 2-3 orang dalam bilik. Sangatlah tak privacy. Mereka tengah siap-siap kemas bilik sebab ada group lain nak check in. Sangatlah tak privacy nak guna washroom sebab nak tukar baju. Kalau kat Malaysia takdenya housekeeping main terjah masuk sebelum kita check out unless nak kemas bilik. Itupun mereka kemas bila kita takde kat bilik kan....Nama je hotel 5 star. 


Beg besar dah siap awal-awal keluarkan dari bilik sebelum pergi tawaf. 


Ni airport Jeddah. Tak le secantik airport KLIA atau KLIA 2 kita. 


Ramai juga jemaah nak balik negara masing-masing. Ramainya jemaah dari Malaysia dan Indonesia. 


 Kami dibekalkan dengan nasi arab. Agak kering sebab tak berkuah tapi saya suka kering. 


Makan kat sini dulu sementara nak tunggu check in bag. Lepas makan solat jamak dulu. Surau pulak jenis open gitu. 


Tengok ajer tiket Air Asia X ni rasa hmmmm......semua tak duduk sekali. Hubby yang patah tangan dibaginya duduk belakang nun No. 50D. Kena la tukar suka sama suka kat atas flight nanti. 


 Dania baik sangat dengan Adam Rayyan yang comel ni. Adam siap main kejar-kejar dengan Dania. Pandai Dania jaga adik. Masa ni ibu Adam Rayyan ni panggil pun dia buat dek ajer sebab nak main dengan Kakak Dania. 


Sementara tunggu gate buka, relax dulu kat cafe ni. Rasanya the only cafe kat sini. 


Minum kopi panas dan makan kek. 


Flight kami delay sepatutnya kol 745 malam jadi kol 10 malam pulak. Masa kat tengah tunggu kat gate tu, jemaah perempuan kena buat body check. Ish geli geli sungguh sampai pegawai arab tu tergelak-gelak. Hmmm kat sini boleh la tergelak. Kalau kat US serius bebeno. Nak gelak pun takut. 


Kat atas flight, akhirnya dapat tukar. Kami sekeluarga dapat duduk sekali. Mulanya duduk bukan dekat Hot Seats tapi akhirnya bila nampak Hot Seats kosong 3 deret kat depan tu terus la kami bertiga duduk kat Hot Seats. Ruang kakinya lagi luas. Hubby perlukan ruang kaki yang luas sebab kaki sakit. Bersyukur juga tak disuruh untuk berpindah ke tempat asal sebab adik saya yang naik Air Asia X ke Gold Coast kata pramugara/pramugari akan halau mereka yang duduk kat Hot Seats kalau bukan tempat mereka. Walaupun Air Asia X, ruang tempat duduk yang biasa agak sempit. 


Bye Bye Jeddah. Insyaallah jika diizinkan kami akan ke sini lagi. 


Masa dah kat atas awan....subhanallah....banyaknya bintang malam tu. Berkelip kelip kat awan. Saya tak ambik pula gambar tu. Dania dan saya sibuk tengok bintang-bintang yang bekerlipan. Cantik sungguh malam tu. Akhirnya sebab kepenatan kami zzzzzz....


Tak lama kemudian kami dihidangkan dengan Chicken Satay. 


Close up sikit. Saya tak makan semua satay tu sebab kenyang. Hubby le tukang habiskan. 


Pramugara ada buat pengumuman waktu subuh. 


Bangganya menaiki flight Air Asia X. Flight Malaysia. Kami duduk jauh sikit daripada sayap jadinya luas sikit la permandangan dari tingkap kami ni. 


Macam gula-gula kapas. 


Sejurus sebelum mendarat sekali lagi kami dihidangkan dengan nasi ayam. 


Tak berapa berkenan pulak dengan nasi ayam ni. Saya makan sikit ajer. 



Sempat lagi ambik gambat flight kami. 


Ni first time kat KLIA 2 ni. Jauhnya nak pergi dari pintu ketibaan ke tempat nak ambik beg. 


Banyaknya tempat shopping dan kedai makan kat dalam ni. 


Pengalaman menunaikan umrah ziarah ni memang memberi pengalaman yang menarik buat kami sekeluarga. Apatah lagi nak handle hubby yang kemalangan sehari sebelum bertolak ke Turki. Dengan nak bersihkan luka. Nak pakaikan baju sejuk yang tangannya agak kecik sebab hubby punya tangan kan kena simen. Tangan kanan tak boleh nak pakai sarung tangan jadi saya sarungkan ajer stokin sebab tak nak bagi jari sejuk. Setiap kali nak mandi kena sarungkan plastik untuk cover tangan yang disimen sebab tak boleh kena air. Agaknya tuhan nak bagi pahala lebih untuk saya. Beg yang berat semua saya kena handle. Dr. pun dah pesan isteri kena handle all the bags. Beg yang ringan-ringan hubby boleh handle lah. 

Pengalaman solat jemaah di Mekah dan Madinah. Imam kat sana tak baca doa qunut masa solat subuh. 

Imam tak baca kuat Ø¨ِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ. sebelum Al Fatihah. Tau tau dah baca surah Al Fatihah. Kita kena baca Ø¨ِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ. sebelum surah Al Fatihah. Imam ada baca cuma kita tak dengar sebab perlahan. 

Setiap kali lepas solat fardhu kat Madinah atau Mekah selalunya ada solat jenazah. Ustaz Zawawi kata kebanyakkan jemaah dari Malaysia tak solat jenazah sebab kita tak tahu. Pahala sangat banyak apatah lagi solat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Rugi kalau tak solat. Memang boleh dikatakan selepas solat fardhu ada ajer solat jenazah. Ramai juga yang meninggal kat sana. 

Saya ambil pakej Ustaz Zawawi ni. Boleh tengok kat fb beliau di sini


Insyaallah kalau ada rezeki kami akan ke sini lagi kerana hubby cakap tak puas buat umrah dalam keadaan sakit. Moga kami akan dijemput lagi ke sini.......amin....





3 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Apa yang menarik di Mitsui Outlet Park?

Nak parking kat Mitsui ni kena pusing 2-3 kali jugak la. Mungkin pengunjung ramai sempena cuti Deepavali.  Ada jualan kasut kat ruang tengah...