Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, January 21

Travelog Umrah Ziarah Part 11 - Mekah

Perjalanan umrah hari ni ke Masjid Hudaibiyah untuk mereka yang akan berniat umrah. Pada mulanya kami dijadualkan melawat ladang unta di Hudaibiyah tetapi disebabkan unta di Hudaibiyah dah tiada. Ini disebabkan unta-unta dipindahkan ke kawasan yang lain kerana unta terkena penyakit berjangkit. Jadi takdelah nak berjumpa dengan unta. 


Masjid Hudaibiyah ni kecik ajer. 


Bas yang digunakan. oleh jemaah kami. Bas ni luas dan selesa tetapi aspek kebersihan tak diambil kira. Kalau nak compare dengan bas masa travel di US dulu memang bagai langit dengan bumi. Tour guide siap pesan awal2 sampah hendaklah dibuang ke dalam plastik hitam yang disediakan. Bas ni takde pulak nampak plastik hitam atau tong sampah. 


Ni muzium di Mekah ni. 


Banyak barang yang dipamerkan seperti sarung luar Hajarul Aswad. 


Pintu kaabah. 



Kain yang ditenun untuk kiswah kaabah. 


Binaan di Masjidil Haram. 


Mekah dahulu tak sama macam sekarang. Kawasan ni lebih teduh berbanding dulu. 




Telaga zam zam zaman dahulu. 



Matawang yang digunakan zaman dahulu.  


Esoknya ada peristiwa yang saya saksikan di dalam Masjidil Haram. Tunggu entry blogpost lepas 
ni. :-)

4 comments: