Isnin, Januari 12

Travelog Umrah Ziarah Part 8 - Madinah ke Mekah

Hari ni Hari Jumaat. Ni ambik gambar banyak-banyak kat Masjid Nabawi ni sebab nak meninggalkan Madinah dah hari ni. Ambik photo ni waktu subuh. Dania pakai tudung syria hitam ni je terus solat. 


Baju saya dah siap-siap pakai baju untuk buat umrah. 


Pagi ni cuaca sejuk sikit kat Madinah ni. Tapi bagi saya tak le sampai nak pakai baju sejuk. Saya ok lagi pakai baju biasa. 


Cantiknya ada bulan pulak tu. 


Pagi ni ada ziarah perkuburan Baqi'. Jemaah perempuan tak boleh masuk. Hubby pun masuk dengan jemaah lelaki. 


Belakang tu lah perkuburan Baqi'. 


Tak lama kemudian, polis Arab tutup gate nak masuk ke Perkuburan Baqi'. 


Photo saya pulak. Belakang tu makam Rasullullah. 


Ada juga gerai kecik-kecik jual macam-macam barang. 


Kat sini memang dekat sangat dengan Makam Rasullullah yang terletak di bawah kubah warna hijau ni. 


Lepas solat Jumaat, kami semua nak bertolak dah ke Mekah. Perasaan sangat teruja. Kami tak makan lagi tengahari sebab hari sebelum tu kata makanan kami akan di packed. Tengok2 packed makanan pun takde. Saya tapau la air dan kek buat lapik perut. 


Kami berniat di Masjid Bir Ali. Besar juga masjid ni. Hubby dah siap pakai ihram kat hotel lagi. Kalau nak pakai kat masjid ni sape pulak nak tolong pakaikan dengan tangan sebelah berbalut lagi. Sambil tu beli keropok buat lapik perut yang lehai lapar sangat.  


Sepanjang perjalanan menuju ke Mekah. Lepas ni saya terus terlelap. 


Tau tau dah berhenti kat R&R. Makan nasi arab yang portion alahai banyaknya. 


Ni lah tempat makannya. Saya rasa ok lagi tempat makan kita.  


Boleh bersila makan kat sudut tu tapi kaki hubby nak duduk bersila sakit jadinya kena la duduk kat kerusi. Lepas ni, solat jamak. Toilet kat sini jangan la expect macam R&R kita. Hubby cakap macam toilet zaman kita takde tol. Bangunan boleh buat canggih-canggih tapi toilet.....hmmmm....


Tiba hotel dalam jam 12.00 tengah malam. Kena berkumpul dulu kat dewan makan untuk ustaz Zawawi bagi kunci.


 Lepas dapat kunci masuk bilik. Rehat kejap terus berkumpul ke bawah untuk buat umrah yang pertama ramai-ramai. BTW, Hotel ni sangatlah selesa dengan lif yang banyak. Kami menginap di Anjum Hotel. Mulanya kami dijadualkan menginap di Al Jiwar tapi akhirnya tak dapat menginap kat situ kena menginap kat Anjum. Anjum ni 5 star jadi kena tambah sikit.


Ambik gambar washroom dulu. 


Ada TV dan kettle nak buat air. 


Amboi Dania syok lepak atas katil ye. Lepas buat umrah kita landing yer...


Ambik gambar kat sini lepas dah siap tawaf dan buat solat sunat. Kalau solat depan kaabah ni memang cepat ajer penuh. Saya pilih tempat yang ada  jemaah perempuan la. Lepas tu disunatkan minum air zam zam untuk mengembalikan tenaga. 



Gambar ni saya ambik lepas dah tahallul. Lepas tahallul selesailah umrah kita dan kita terkeluar dari pantang larang ihram yang 13 perkara tu. Ramai jemaah kat sini tapi tak seramai masa tawaf. Jemaah kami tawaf kat bahagian bawah sekali. Kami start tawaf dalam jam 1 pagi. Baru saya dapat rasakan betapa jauh juga saie ini. Saya kuatkan semangat bila nampak lampu hijau. Maknanya makin dekatlah dengan bukit samada Safa atau Marwah. Di setiap bukit saya berhenti untuk baca doa. Mustajab baca doa di setiap bukit. Ada juga air zam zam diletakkan di sepanjang safa dan marwah untuk jemaah minum. Dania saya tengok ikut ajer saya tanpa buat perangai. Alhamdulilah. Hubby ikut jemaah lelaki. Saya ikut dengan Dania dan ada seorang jemaah perempuan sebab jemaah Eiman Travel yang lelain dah terpisah dah. 


Mekah pada waktu subuh. Alhamdulilah selesai umrah saya. Jam besar Mekah. 


Belakang Dania tu boleh nampak ada orang solat. 


Ni tempat shopping berdekatan dengan Masjidil Haram. 


Masa ni try air mangga tapi bagi saya tak sedap pun. Makan roti canai juga tapi roti kat sini keringlah takde kari ke apa ke. 


Ni keadaan dalam Masjidil Haram. 


 Nak berjalan balik ke hotel. 


Basement ni la kami lalu nak balik hotel. 


Kena naik escalator sebab hotel ni terletak di atas bukit. Ustaz Zawawi kata hotel kami ni terletak di tapak rumah sahabat nabi bernama Saidina Omar. 


Barulah tiba hotel. 


Ada kerusi dan meja untuk berehat di luar. 


Ruang lobi. 


Reception Counter. 


Lif yang sangat banyak dan luas. Berbeza sangat dengan kat Madinah. 


Ada juga diletakkan kerusi dan meja kat depan lif. Sementara nak tunggu lif boleh duduk dulu. Tapi lif kat sini bila tekan ajer tak payah tunggu lama. Bersyukur sangat tak payah berhimpit dan berebut lif macam kat Madinah. Takde insiden makanan bertabur dalam lif. 


Nanti saya update lagi tempat-tempat yang kami ziarah. 

6 ulasan:

  1. Allahuakbar...baca entry akak ni buat meronta ronta hati saya nak kesana jugak...

    Doakan saya semoga dapat jejakkan kaki ke sana juga kak..

    BalasPadam
  2. ya allah...allahuakbar..seronoknyer kak... moga allah mudahkan urusan ila dan family nak ke sana mac ni....amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah. Moga dipermudahkan Iela di sana nanti ya. Jangan lupa banyak2 berdoa...insyaallah akan dikabulkan :-)

      Padam
  3. hotel ila kat mekah kecik sangat tapi dekat dgn baitullah.. tapi ila selesakat situ.makan pun boleh bawak masuk bilik.. .. kurang 5 minit dah sampai..
    kat madinah hotel best and dekat sangat dgn masjid nabawi

    BalasPadam
  4. rindulakak nak pegi mekah madinah lagi...
    ila doa sangat mcm mak ila dapat pegi mekah selalu
    ila rasa mak dah pegi lebih 10 kali

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...