Rabu, Januari 14

Hari Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan 2014

Tahun ni Dania dapat anugerah kat Sekolah Kebangsaan ajer. Tahun lepas for both school Dania dapat.
Ni cerita tahun lepas ni. Baru nak update. 


As usual pepagi lagi dah gi sekolah. Masa ni kena beratur ikut kelas dan anugerah yang mereka akan dapat. 


Perhiasan pentas. 


Persembahan tarian melayu. Ingat lagi masa saya sekolah rendah ada juga masuk tarian melayu. Wakil sekolah untuk pesta muzik. Saya tengok yang depan kiri tu agak tak relax posisi dia. Dah la tarian ni kena membongkok macam ni. 


Yang dapat anugerah ni anak kawan saya. Adam Mukhriz namanya. Eh eh macam nama Aaron Aziz dalam Adam Hawa. Tahun 5 ni sama kelas dengan Dania. 



Siapa sangka kan this boy pernah perform sama ngan Dania dalam Little Prince and Princess Pageant Sogo masa kecik dulu. Gambar ni dalam Berita Harian 10 Mei 2011. Adam belakang sekali. Dania yang pakai tudung tu. Masa ni tak kenal lagi mak Adam. Now dah kenal le. :-) 


Yang ni pulak kawan Dania masa tadika lagi. Nama dia Arisya Sufiyya. Darjah 5 tahun ni pun sama kelas ni. Arisya ni wakil Gimrama Wilayah Persekutuan. Bayangkan beliau dapat No. 1. Tak pergi tuition. Lepas kelas berlatih gimrama. Balik malam. Lepas buat homework tidur. Masa kelas je beliau berikan tumpuan sepenuhnya. Tau pun sebab tanya mak dier. 


Ok Ok ummi dah standby dengan DSLR bila Dania nak naik pentas. 


Belah kanan tu cikgu kelas Dania Pn. Siti Munawarah yang ajar subjek sejarah. 


Kena tunduk bila nama disebut. 


Alhamdulilah tahun 5 menginjak ke kelas 'berlian'. Kelas berlian terdiri daripada 2 kelas iaitu Kelas 5 Bestari dan Kelas 5 Cemerlang. Dania masuk 5 Cemerlang. Kelas ni untuk mereka yang mendapat result yang baik. Ummi pun tak sangka sebab masa peperiksaan akhir tahun ada hari yang Dania demam. Ini semua usaha Dania. Ummi dan ayah happy sangat. Dalam keseluruhan darjah 4 tahun lepas Dania dapat No. 24 / 285 dan No. 1 / 32 murid untuk dalam kelas. Sekolah Agama pula Dania dapat masuk kelas No.1 Kelas 5 Taubat. Tahun lepas dapat No. 25 keseluruhan Darjah 4 di Sekolah Rendah Agama. Dania kata nak maintain kelas pertama tu susah juga nak turun tu yang senang. Betul juga kan...



Apa pun tahun ni kena serius sikit sebab tahun depan dah nak naik darjah 6. Sekolah Rendah Agama pula tahun ni ada peperiksaan UPKK. UPKK ni pun kena lulus dengan cemerlang kalau target nak masuk Sek Men Agama. 

All the best sayang!!! 

4 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...