Thursday, January 1

Travelog Umrah Ziarah Part 2 - Bosphorus Cruise Turki

Lepas Isya terus berjalan ramai-ramai menuju ke jeti untuk menikmati Bosphorus Cruise.Boleh tahan jugak berjalan kaki selama 20 minit tu. Letih tu kurang terasa sebab berjalan dalam sejuk. Kami akan naik cruise dalam salah satu kapal kat belakang tu. Penumpang dalam kapal ni semuanya group jemaah Umrah Ziarah kami. Kami tak campur group lain. 


Mula-mula ramai yang pilih dek atas. 


Tak lama kemudian kami dihidangkan dengan sandwich ikan. Rasanya ok ok lah. Inilah salah satu makanan di Turki. Sandwich ikan. 


Ada daun salad, mayonis dan filet ikan. Saya masukkan sekali sambal tumis ikan bilis kering yang Latif distribute. Nak bagi lagi umpph ada rasa pedas. 


Sepanjang perjalanan ada bangunan yang klasik sangat. Saya ambik photo tu dari dek atas. Saya ke dek atas kejap je sebab udara sejuk berangin. Merah hidung saya dibuatnya. 


Kami melalui bawah jambatan. Dania kata macam kat San Francisco la ummi. 


Ni lagi satu bangunan klasik. 


Bosphorus Cruise mengambil masa 1 jam lebih. Lepas cruise berjalan lah kami ramai-ramai balik hotel. Tepi laut ni ada banyak cafe untuk bersantai. Hubby sibuk nak minum kopi tapi akhirnya tak gi minum pun. Syok le pekena kopi sesejuk ni. 


Masjid pada waktu malam. Saya tak pasti ni masjid apa tapi yang nyata masjid area Istanbul ni sepesen ajer. 


Saya rasa lagi syok kalau naik cruise waktu siang sebab waktu malam ni tak nampak sangat permandangan kat sini. 


****Post ni schedule pada 1 Januari 2015, hubby akan melakukan pembedahan tangan yang patah akibat kemalangan sehari sebelum berlepas ke Turki. Mohon doa anda ya.....

4 comments:

  1. Dania ni kecik-kecik ni pemandangan dia luas sebab dia dah banyak berjalan tengok tempat orang..

    orang kata dekat Turki apple tea dia sedap.. betul ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak itu i tak try pulak Mira....sayangnya....:-)

      Delete

Related Posts with Thumbnails