Semalam, sempena ambil keberkatan hari jumaat....setelah tengok email UPM Dania, UPM ada kumpul2 barang untuk diagihkan ke mangsa banjir....jadi saya pun cubalah kumpul duit sikit dari orang perseorangan (nama dirahsiakan) dan saya berjaya kumpul satu amount. Tapi....sempat lagi la masak nasi ayamnya hehehe....siap-siap masak dan makan dulu la sebelum shopping barang-barang. Kemudian saya dan Dania pun tak tunggu lama dah dan terus ke Mydin di Presint Diplomatik.
Dania tolong tolak troli, tolong kira harga barang, tolong ambik barang, tolong letak atas kaunter dan tolong kembalikan balik troli ke Mydin. Terima kasih anak ummi ya.....Moga Allah bantu permudah dalam menuntut ilmu dalam pembelajaran nanti. Kena tolak dua troli....satu Dania dan satu ummi la.
Troli biru ni sebenarnya tak boleh bawa keluar tapi cashier kata boleh memandangkan barang saya beli banyak. Mungkin saya ada mentioned juga untuk sumbangan misi banjir kan. Troli besi dah habis.
Barang yang dibeli ialah :
1. 10 mi segera Numee (5 perisa kari dan 5 perisa ayam).
2. 5 botol minyak masak Saji 1kg. Saya tak beli yang paket sebab nanti takut terkoyak pulak paketnya dalam perjalanan.
3. 5 Sabun mandi gel Shokubutsu (Ada bau strawberry dan orange). Saya tak beli yang buku walau murah sebab kalau nak mandi dengan sabun buku...nak kena ada bekas sabun lagi. Kat mana dia nak letak sabun buku tu kalau takde bekas dia?. Ummi ni banyak pulak fikirnya....kata Dania 😅
4. 5 Ubat gigi Mukmin.
5. 5 set berus gigi (Setiap satu set ada 3 berus gigi).
6. 5 biskut gula Munchy's.
7. 5 bihun siam Faiza.
8. 3 beras Myrasa Beras Putih Import 5kg.
Alhamdulilah. Saya susun dalam kereta elok-elok sementara Dania kembalikan 2 troli biru ke Mydin.
Barang semua dihantar terus ke Kompleks Akademik A. Kat Pusat Ko-kurikulum dan Pembangunan Pelajar. Ni pegawai dia dah bawa troli dan barang-barang masuk ke pejabat. Pegawai ni pula baru balik dari misi bantuan banjir ke Hulu Langat. Baru balik je ni sebenarnya. Saya datang pun dalam 3 lebih petang.
Beras tu pegawai lelaki tukang angkat 3 kampit 5kg sekali harung. Elok je dia angkat takde buat muka berat pun. Saya, Dania dan Pegawai perempuan pun bantu juga angkat kat atas troli. Saya tolong susun2 bagi kemas kat atas troli.
Bila saya tanya pasal barang bantuan....pegawai perempuan cakap memang mereka memerlukan barang bantuan lagi. Jika TNC UPM ada menerima panggilan untuk bantuan ke mana2 nanti Pusat Ko-kurikulum dan Pembangunan Pelajar ni akan bekerjasama dengan sukarelawan pelajar UPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi. 2 kawan Dania dari Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) UPM ada ke misi bantuan banjir di Perak. Jadi 2 hari la kawan2 Dania ni tak pergi kelas. 2 kawan ni yang Dania baik kat kelas pun.
Kita bantu beri apa yang diperlukan. Tak banyak....tapi ada....saya suka la buat misi kecil ni....nak tunjuk juga kat Dania kan supaya kita juga perlu memberi bantuan. Tak banyak pun tak apa tapi yang penting tu ada. Alhamdulilah....
XOXO,
Ezna



Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.