Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, October 21

Kidzania merealisasikan impian Dania tahun ini :-)

Me gunakan sepasang tiket Kidzania yang me menang dari Oreo. Kebetulan sekolah rendah agama dan sekolah kebangsaan Dania cuti sehari sebelum Hari Raya Haji. Ramai juga yang beratur pagi Isnin ni. Masa tengah beratur, ada kawan sekolah Dania tegur Dania :-)



Masa nak dapatkan tiket, kemain lama sebab tiket tak dapat print. Padahal orang lain boleh je print. Heran jugak. Tak percaya cuba tengok muka Dania yang nampak boring tu....sebenarnya dah tak sabar nak gi main tuh...


Dah settle cash kan duit kat CIMB. 


Dania main kat Pharmaniaga dulu. While me duduk kat family lounge. 


Lepas tu ke Lifebuoy pulak. 


Dania belajar eksperimen sabun agaknya. 


Lepas tu turun bawah dan masuk kelas belajar magik. 


Dania jadi Unifi Engineer siap bawak tool box. 


Mula-mula beratur kat cuci tingkap tapi bila nampak TNB dah clear, Dania pun beratur kat TNB pulak. 


Dania dipilih untuk tukar fius dari 5 orang kanak-kanak ni. Go Dania go!!!!.....That's my girl. Berani pulak Dania padahal memang gayat kalau tempat tinggi. Tempat ni tak le tinggi sangat sebenarnya tapi kena naik tangga jugak. 


Tengah tunggu Dania main, tetiba ada orang panggil dari atas. Kak Ezna....Kak Ezna....tercari-cari jugak me. Me terus naik atas while Dania main kat CIMB kat bawah. Abaikan tudung me naik ke atas gitu. Me galas beg pink yang berat itu berisi I Pad. Me jumpa Ayu....:-) 


Tengah chit chatting dengan Ayu, Dania nak masuk Cadbury sebab nak dapatkan chocolate Cadbury. Anak Ayu tak boleh masuk sini sebab tak cukup umur lagi. Kena umur 8 tahun ke atas. 


Ke stesyen minyak BP kita yek. Dania jadi pam attendant :-)


Siap makan kat depan acting academy ni, siap solat sebelum jam 3.15pm, me and Dania dah ke sini sebab Dania nak main play Dora Goes Camping. Dia pilih 5 orang ajer. Last minute ada lagi 2 orang join. Me bawak bekal nasi goreng dari rumah. Pandai-pandai la nak letak kat mana sebab ada staff Kidzania check yer. Ok....play ni kena ambik undi. 


Tepat je setiap jam mesti ada lagu dan tarian Kidzania ni. 


Bola undi Dania menunjukkan Dania kena jadi harimau. :-)


Masa play, satu babak di mana Dania termasuk perangkap. 


Dania nak jadi Dora sebenarnya tapi nasib Dania dapat undi jadi harimau sebab baju Dora sangatlah tidak kena dengan penampilan Dania. 


Sambung lagi jadi reporter NST.  


Berdekatan situ ada hospital KPJ jadinya Dania jadi ahli perubatan. 


Nak memandu kereta kena check mata kat Hoya Eye Care Center. 


Dania ambik driving test. Kalau lulus boleh bawak ummi jalan jalan yer? hehehe :-).


Hari yang sangat menyeronokkan buat Dania dan memenatkan buat me. Kidzania tempat kanak-kanak. jadinya ibu bapa let them enjoy dan explore pekerjaan kat sini yer. 

Terima kasih Oreo kerana merealisasikan impian Dania. Dania would like to say....thank you Oreo!!!

7 comments:

  1. sronok la dania..mcm2 dpt explore...mmg nk bw tisya p kidzania tp tktau bila

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari timing bukan cuti sekolah. Tak cuti sekolah pun ramai, inikan cuti sekolah.

      Delete
  2. wahhh seronok je tgk bebudak masuk kidzania

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok!!! zaman maknya dulu mana le ada kidzania bagai...hehehe :-)

      Delete
  3. congrats ummi and Dania.. bestnyer tengok Dania. memang n ampak sangat Dania enjoy! dia ada gaya jadi engineer la ezna

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe....gaya jer tu mira....dania nak jadi dentist :-) dengan alasan nak letak kapas kat gigi orang lepas cabut...hehehe :-)

      Delete
  4. WAHHHHH, dah buat entry kidzania kak ezna? lajuuuu gitu...tapi dania memang sporting...semua dia nak main...insyallah next time nak bawa both damias gi lagi Kidzania ni..cover balik yang spoil mood si aleesya haritu...hik hik...

    happy dapat jumpa kak ezna kat situ...hope kita dapat jumpa lagi ya...

    ReplyDelete