Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, March 11

Saman Trafik

Tengok la saman i ni. Nama i salah. Jantina i lelaki? Sah sah nama i ada Binti kan....


Lega. Sangat lega sebab me dah bayar saman trafik pada 3 hari lepas they all tutup pada 28 Feb 2011. I tak pergi masa sesak2 tu. Ingatkan i kena bayaran mahal. Tengok2 still dapat 50% off (masa ni kerajaan tak umumkan lagi pembayaran saman akan dilanjutkan sehingga 10 Mac). I pada mulanyer pergi ke Balai Polis Puchong Jaya. Ingat kot semua balai polis boleh bayar. Lepas tu disuruhnya i pergi bayar kat USJ. Dah i kena gi sana pulak. Line beratur panjang juga tapi tak sepanjang masa last day tu. Counter nak check saman sangat lah lambat. I rasa system slow sikit. System nak retrieve saman tu lambat. Nasib system tak down. Dah check saman lepas tu kita diberi nombor. Sambil tungu giliran nak check saman, i dok gossip ngan aunty ni. Topic tu biarlah rahsia. Topic senario politik di Malaysia. Bila dah dapat No, kena tunggu pulak sehingga No dipanggil baru settle pembayaran saman. I kena saman sebab guna handphone masa memandu dan masa polis mintak lesen i, lesen i pulak dah mati. Actually i sangat terlupa nak renew my driver's license. Sudahnyer 2 saman i dapat. Huhuhu...

Masa nak balik tu terdengar sekumpulan polis dok gossip2 kata we all dapat 50% off ke pembayaran saman?. I rasa polis ni tak dapat black and white dari kerajaan lagi masa i gi bayar saman tu. Masa i tengok TV semalam, line punyalah panjang untuk bayar saman. Semalam 10 Mac 2011, tarikh akhir pembayaran saman sebelum disenaraihitam. Ada interview orang ni dia buat alasan bayar saman last minute sebab kerja. Dia kata kerja takde cuti. Aikk? yang dia gi bayar saman semalam boleh jer cuti....Macam2 alasan. Kalau tangguh lagi, i rasa orang ramai suruh tangguh lagi....camne tu??


****you alls yang kena saman tu dah settle ke?...

2 comments:

  1. me dh setel semua--now dh zero saman --2 saman me punya, satu lg adik me yg drive time kena saman tu--total RM melayang RM450 ;;adess

    ReplyDelete