Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, January 28

Weight Loss Secrets From Around The World

I jumpa artikel menarik dalam Readers Digest Feb 2010. Jom kita baca.....

Di Thailand, masakan Thailand adalah masakan yang paling pedas di dunia. Masakan pedas ini dapat meningkatkan metabolisma badan kita. Orang Amerika makan cepat jadi apabila badan memberikan signal kenyang, kita sudah terlebih makan. Masakan pedas membuatkan kita makan perlahan. Makan secara perlahan merupakan strategi untuk mengurangkan berat badan.

Di Brazil, mereka makan nasi dan kekacang di dalam diet mereka. Study dari journal Obesity Research, mengatakan diet nasi dan kekacang mengurangkan risiko untuk berlebihan berat badan sebanyak 14 % berbanding diet pemakanan masyarakat barat yang lain. Ini kerana nasi dan kekacang kurang lemak dan mengandungi serat.

Di Indonesia, berpuasa merupakan kaedah untuk mengurangkan berat badan selain amalan 'Mutih' iaitu makan hanya nasi putih dan minum air.

Di Poland, masyarakatnya mengamalkan makan dari rumah dan kurang makan di luar. Untuk berjimat dan mengurangkan berat badan kerana jika kita selalu makan makanan dari luar, berat badan kita akan mudah naik kerana makanan yang kurang khasiat. Haa.....apa lagi rajin-rajin lah masak eh....hihihi....

Di Jerman, 75 % masyarakat Jerman makan sarapan pagi yang mengandungi serat, roti dan buah-buahan. Pakar pemakanan seringkali menasihatkan supaya jangan 'skip' sarapan pagi kerana mereka yang tidak bersarapan pagi akan mudah mengambil makanan yang tinggi kalori.

Di Netherlands, orang Belanda menggunakan basikal untuk membuat aktiviti mereka seperti membeli belah dan ke tempat kerja. Di dalam  setahun purata orang Belanda mengayuh basikal sebanyak 870 km. Purata mereka yang mengayuh basikal secara sederhana dapat membakar 550 kalori/jam

Di Switzerland, mereka makan Muesli (bubur terdiri daripada oats, buahan dan kacang). Pemakanan semasa sarapan pagi dan lewat malam. Serat yang terdapat pada Muesli akan menyebabkan ia lambat untuk dihadamkan dan kita akan kekal kenyang lebih lama.

Di Malaysia, masakan Malaysia kebanyakkannya mengandungi rempah kunyit. Kunyit mengandungi bahan yang dipanggil curcumin yang akan menolong membakar lemak. Kajian Universiti Tufts, tikus yang diberi diet rendah curcumin mempunyai badan yang kurang lemak dan kurang berat badan berbanding tikus yang tidak diberi diet yang mengandungi curcumin.

Di Hungary, mereka makan jeruk sayuran. Ini kerana asid acetic yang terdapat di dalam cuka akan mengurangkan kandungan gula dalam darah, kurangkan tekanan darah dan mengurangkan pembentukan lemak.

Di Norway, menjadi tradisi masyarakat Norway dari kecil sehingga tua untuk keluar hiking pada musim panas dan ski pada musim sejuk. Aktiviti2 ini sudah tentu akan membakar banyak kalori dalam badan kita. 

Di Afrika Selatan, pengambilan teh Roiboos atau 'Red Bush' boleh dinikmati begitu sahaja tanpa gula kerana secara semulajadinya ia manis. Budaya minum teh merendahkan risiko obesiti. Ini mungkin disebabkan kandungan catechins yang terdapat pada sesetengah teh.

Di India, kaedah senaman Yoga dapat mengurangkan berat badan. Ini disebabkan disiplin rutin Yoga itu sendiri. Kajian yang dijalankan menunjukkan pengamal Yoga mempunyai BMI (Body Mass Index) yang rendah berbanding rutin senaman yang lain. Senaman Yoga baik diadakan jika mempunyai perut yang kosong dan ia akan membina otot2 dan juga akan meningkatkan tahap metabolisma badan.

Di Jepun, amalan tidur sekejap waktu siang selama 20 - 30 minit sehari dapat meningkatkan kandungan hormon leptin yang akan meningkatkan sensasi otak untuk mengatakan yang kita telah kenyang. Berbanding mereka yang kurang tidur. Kadar hormon leptin akan kurang dan menyebabkan kita akan cepat lapar.

Di Russia, mereka akan makan makanan yang ditanam di kawasan rumah mereka. Kebanyakkan makanan yang ditanam tidak mungkin akan menyebabkan anda berlebihan berat badan.

Di Mexico, mereka makan banyak pada jam 2 - 4 petang. Jikalau kurang makan malam, kita akan makan berlebihan pada waktu sarapan pagi. Ini adalah salah satu kaedah penjagaan berat badan masyarakat Mexico.  

Oleh itu, marilah kita mengamalkan cara pemakanan yang sihat supaya kita tidak tergolong dalam masyarakat 3 G (Gemuk, Gebu dan Gempal).....

2 comments:

  1. Hi firahadifa...Thanks ya!!....yes...rasanyer sumer org patut tau.... :-) esp perempuan yg nak menjaga badan...hihihi...termasuklah i...

    ReplyDelete