Wednesday, January 13

Oh Pemandu Malaysia

Sajer nak sentuh topik ni sebab geram jugak dengan pemandu Malaysia ni.


Situasi 1 : Di traffic light, baru je hijau kereta belakang dah bunyikan hon. Pernah tak anda experience begini? Padahal bukannyer i tunggu tunggu, baru nak letak gear N kepada D....dah kereta belakang bunyikan hon.

Situasi 2 : Jalan Sehala. Sah2 tulis Jalan sehala tapi kita kena tengok kanan dan kiri dulu sebelum melintas. Di Malaysia ni pemandu main belasah je. Sehala jadi dua hala. Pernah i nak melintas, kereta dari arah bertentangan meluru dengan lajunyer. Nasib takde apa2 sebab masa tu tengah pimpin tangan anak. Dah lah bertentang arah, Laju pulak tu.....

Situasi 3 : Memandu di Federal Highway. Kalau perasan kan ke ada jalan motosikal. Elok je motosikal tu nak kongsi jalan ngan kereta. Pastu bila kita nak potong siap angkat tangan lagi kata 'apalah?' aik.....i yang salah ke?....

Situasi 4 : Rimas dengan kereta yang potong ikut lane kecemasan. Bila kat depan dah tak boleh jalan lagi...mulalah kelam kabut nak himpit kereta kita. I memang tak bagi chance punya orang gini. Selalunya kaum Adam le....

Situasi 5 : Kita dah bagi signal nak masuk ke kanan atau kiri tapi kebanyakkan kereta tak bagi laluan atau bila kita bagi signal, kereta belakang jauh tetiba laju je tak nak bagi kita masuk kanan atau kiri.

Situasi 6 : I paling pantang kalau kereta nak potong kita tapi tak bagi signal. Selalu tertanya tanya dorang ni letak signal kat mana?....dulu masa ambik test kereta tak belajar ke?.

Situasi 7 : Ada ke patut berlawan lumba kereta dekat Federal Highway?....siap sulam menyulam lagi. I siap sumpah kalau accident PADAN MUKA!!!....Membahayakan diri sendiri dan pemandu lain. Ni pun kes kat Federal Highway.

Situasi 8 : Lampu hijau untuk pejalan kaki, tapi masih ada motosikal yang tak paham bahasa jalan jugak. Dah tentu lampu untuk pemandu lain merah. Ni i pernah experience depan Bangunan DBKL masa kerja dulu. Dengan mengandungnyer berlari-lari anak melintas jalan takut dengan motosikal...

Situasi 9 : I dalam hujan lebat pimpin anak nak cross jalan, boleh takde 1 kereta pun prihatin bagi i dan anak i lintas jalan?........Sampai hati kan?...Kalau Mat Salleh memang prihatin tapi bukan di Malaysia....

Situasi 10 : Nak masuk kanan / kiri seeloknyer bagi la signal awal, ni tidak....nak masuk terus bagi signal dan terus masuk kanan / kiri. Tak bagi chance orang belakang kereta ni bersedia....ish ish...

Situasi 11 : Double Park. Ni paling rimas....Contoh kat Bandar Puteri Puchong. Sah-sah ada parking, nak jugak park tepi. Kereta lain tak dapat nak masuk parking sebab kena block. Hehehe selalu jer i kena macam ni.

Situasi 12 : Bengang betul ngan pemandu yang bawak kereta lampu putih tu (Lampu normal kan warna kuning).....Silau oooo waktu malam. Agak2 JPJ ada kenakan tindakan ke?.....

Situasi 13 : Ada pemandu yang tak mengendahkan tanda Berhenti di pusingan U atau simpang. Nak jugak jalan. Kereta i kat jalan utama, laju pulak tu...terpaksa brek mengejut......

Situasi 14 : Kita ikut belakang kereta ni, lambat jer....rupa2 nyer tengah cakap dengan handphone. Tu lah pasal polis tak bagi cakap handphone.....tak paham bahasa....Kalau cakap pun cakap le kejap bagitau orang tu kita tengah memandu...nanti tak boleh concentrate....

2 comments:

  1. oo..saya memang tersangat lah bersabar dengan sikap pemandu no. 14 ..rasanya nak amik gambar dieorang tu lepas tu hantar kat suratkhabar..huishh

    ReplyDelete
  2. Ish...lembab je kete depan...igt buat apa?....rupanyer cakap kat phone....geram je....tu kalau kita kat belakang dier...kalau kat sebelah..kekadang makan jalan kita :-) uishhhhhhh

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails