Hello eznakhalili.com readers!!

Saturday, January 23

Aktiviti Hari Jumaat & Sabtu - 22 January 2010 & 23 January & Hadiah contest



Hari ni hubby tak kerja jadinyer selepas hantar Dania pergi Tadika, me and hubby pergi warehouse sale dekat Jalan Tandang, PJ. Ada jualan gudang barang elektronik. Kamera Digital dan telefon bimbit. I gi tengok jer.... :-) Takder yang menarik pun......tapi macam handphone Samsung Corby harga biasa RM699, dekat sini RM599. Kejap je kami kat sana pun terus balik ambik Dania. Lepas ambik Dania kami makan dekat kawasan rumah baru kami kat Puncak Jalil. Selepas itu, kami baliklah rumah. Balik rumah ada piece of paper dari courier Skynet kata datang nak hantar parcel tapi takde orang kat rumah. Petang dalam pukul 5pm, kami pun pergi ambil parcel kat Skynet. Dekat je ngan umah kami. Near Tesco Puchong rupanyer. Pusing2 baru jumpa pejabat Skynet. Parcel ni sebab i menang contest MOBS - End of year contest. Gambar yang menang :-


Gambar ni masa celebrate birthday Dania kat Pizza Hut Taman Tun Dr Ismail KL. Family i sahaja.
I dapat :-

5th Prize (RM80)
VOUCHER RM60 from Little Cutie World
VOUCHER RM20 from Cupcake Chic Boutique


Parcel yang tiba dari Skynet tu, i redeem voucher dari Cupcake Chic Boutique. I order panties sweet untuk Dania. Harganya RM10 satu. Jadinyer i order 2. Hehehe....yang lain mahal. I kena tambah banyak pulak....ni lah pantiesnyer :-




dari Gymboree. Imported from US tapi Made In China. Selepas tu kami sekeluarga ke IOI Mall. Ayah nak tengok GPS...ehm.....ummi dan Dania jalan ke kedai Mini Toons. :-). Selepas tu pekena air dan roti canai kat mamak Di Kayu IOI Mall.



Dania pun beraksi la macam Princess...ishhhhhhh..........




Yang mana idaman kalbu teh o suam atau teh tarik???

 

Roti canai kosong i share dengan Dania



Masa nak bayar duit parking kat machine, takder duit kecik pulak. Sudahnyer beli donut dan blueberry cheese pie kat La Boheme JJ



Esoknyer,

Pagi, pintu rumah kami diketuk. Dapat 2nd parcel dari kemenangan i kat MOBS...Yay.....hadiah untuk Dania lagi. Untung Dania. Ummi masuk contest, Dania dapat present....ummi takder...uhuk uhuk...Blouse Ice Cream dan skirt Nissen dari Little Cutie World. Thank you ya Little Cutie....



Dalam tengahari, kami pergi survey kitchen cabinet untuk rumah baru kami kat Summit USJ. Kedainyer dalam premis kilang yang kecik. Kami pergi pun sebab ada advertise kat paper kitchen cabinet harga murah. :-)



Lepas survey, kami gi makan kat Geylang Kopitiam USJ. :-) Kedai dier amatlah cantik....



Kat luar kedai ada lanskap taman. Ada buaian dari kayu lagi......



Dalam kedai Geylang. Cerminnya ada air turun......





I order bihun goreng Singapura



Ayah order nasi lemak lauk paru goreng. Paru sedap tapi bagi i pedas sikit...



Air sirap limau ais.....menyegarkan tambahan masa cuasa panas

 

Teh O Ais Limau ayah share dengan Dania



Lepas tu ke perjumpaan komuniti penduduk Puncak Jalil Fasa 10A. I dan Dania dalam  kereta je. Ayah yang dengar penerangan tu. Ummi sampai tertidur dalam kereta sebab tidur lewat pagi tadi. Tengok citer ayah download dari  internet..... :-)

6 comments: