Ahad, Januari 17

Dania my daughter di dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9 - 17 January 2010

Hari Jumaat lepas i dapat call dari Pn. Farah Farhan pemilik butik Sarakids meminta Dania untuk menjadi model kanak2 dalam segmen pakaian kanak-kanak. I seperti biasa akan excited dengan pelawaannya. Sebab sebelum ni pun Dania dah pernah jadi model pakaian kanak2 butik Sarakids di dalam rancangan Wanita Hari Ini (Secara Langsung) dan fotografi dengan Majalah Mingguan Wanita Edisi Bumper Hari Raya 2009 untuk butik ini. Pn. Farah Farhan selaku tetamu jemputan untuk membincangkan tentang fesyen kanak2 terbaru. Mesti berada di Sri Pentas pukul 7.30 pagi. Waaachaaa...pukul berapa i nak bangun dan settlekan anak, nak buat breakfast....hihihihi...Anyway, pelawaan Pn. Farah Farhan i tak tolak tauuuuu....


Pukul 6.00am i bangun dan siap mandi and solat baru bangunkan dania. Dah siapkan Dania, i terus buat breakfast. Masak sardin jer....Dah masak i sapu kat roti Gardenia. Dania breakfast susu jer. Lepas ayah dah siap semuanyer kami pun ke bawah. Well, rumah i tingkat 10.....kat bawah suasana sunyi jer dan gelap. Dania kata ummi malam lagi la....heheheh......
Kami bertolak pukul 7.10am. Tiba Sri Pentas pukul 7.30am. Jalan LDP clear la masa ni. Lengang jer....Tiba Sri Pentas pukul 7.30am. Kami terus ke ruang menunggu. Dalam pukul 8.30am, kami semua menuju ke Studio. Ayah makan dulu nasi lemak yang ditaja oleh Geylang......i tau i tau kami pernah makan kat branch USJ. They all ada branch kat TTDI Jaya Shah Alam Geylang Kopitiam, No. 4-6, Jalan Opera G U2/G, Shah Alam. (012-2118841). USJ pulak kat USJ9.

Dalam pukul 9.00am, Dania pun on air dengan pakai baju pink....Lepas tu, masa iklan....dania kena tukar baju pulak....pakai Dress sendiri. Actually , Pn. Farah Farhan ni nak comment fesyen terkini kanak2. Dania keluar dengan 2 baju. Di sana jugak dapat jumpa ngan artis Bell atau Nasrizal Ngasri. I tak lepaskan peluang menghalakan lensa kamera ambik gambar Bell dan ayah. (Dania kata 'Belle' nama Princess. Hahahahahahaha). Lepas tu i tak lepaskan peluang snap gambar kat mana2 dalam Sri Pentas. Lepas tu we all ke Mamak Makbul minum. Haus sangat....Lepas tu ke 1 Utama. I tukar points J Card i dapatlah voucher tunai RM20 dari JUSCO. Dania beli puzzle Mickey Mouse Club House dan ummi dan ayah beli snorkel set sebab akhir bulan ni kami nak bercuti kat Swiss Garden Damai Laut. Kengkonon nak gi snorkeling kat Pulau Pangkor la.....hihihihi :-) I dan hubby try mengurut kat mesin urut.....Dah settle semua, kami menuju ke Kelana Jaya. Restoran Ani Sup. I order Kuew Tiaw sup. Ayah dan Dania makan nasi dengan Sup Campur. Air i order air epal kasturi. Ayah dan Dania air kosong jer..... :-) Lepas tu balik la kami ke Rumah Tersayang di Puchong......


=========================

Pepehal nak ucapkan Thanks kepada Farah sebab pilih Dania sebagai model cilik. Ada peluang jemput-lah lagi...... :-) 



Awal pagi dah bertolak dari rumah




Di bilik menunggu dengan Nabil. Baju sendiri sebelum bertukar

Baju dari butik Sarakids....Dania amat teruja dapat pakai baju yang berwarna merah jambu


Tayangan live Nasi Lemak Kopi O di bilik menunggu
Pengacara : Farah Adeeba & Sharifah Shahirah

Dania dan Nabil on air.....TV kat dalam Studio TV9

Dania dan kawan-kawan

Farah Farhan bersama Farah Adeeba yang menunjukkan new born babynyer....

Dania kat set Part 1

Dania kat set Part 2. Segmen ni pengacaranyer Farah Adeeba


Commercial Break

Dania kat dalam TV dalam studio berbaju hitam

Dania & her friends bersama pemilik Sarakids, Pn. Farah Farhan (Baju putih) Cantik kan?...

Ibu2 dan anak masing2. Pn. Farah Sarakids dan 2 Princesses-nyer

Pink & Grey Dress ala2 English Style
Hadiah dari Sarakids....sebenarnyer i ada nampak ala2 fesyen macam ni kat Brand Outlet IOI Mall new wing tapi tak jadi beli sebab pricey...tengok2 Sarakids bagi present ni untuk Dania...alhamdulilah. Frankly speaking, lagi cantik....syukur...

Dania dan kawan2 model cilik

Ayah dengan Bell (Nasrizal Ngasri) kecik je orangnyer

Konti Hot Fm

Dengan deejay Fly Fm

Dania dan Nabil. Dua-dua ni belajar kat Tadika Little Caliphs. Sorang kat Puncak Jalil (Dania Yasmine). Sorang kat Ampang (Nabil)

Gelagat 2 kanak-kanak bila pose bersama

Dania dan Nabil kat Taman Sri Pentas....sukanyer bunga kat belakang tu....apa nama tah...

Restoran Makbul Taman Tun

1 Utama my all time favourite shopping spot

Kat mesin mengurut 1 Utama. RM1 untuk 3 minit.......uhhh lega lah...

Voucher RM20...Yay..2,500 point dari J Card boleh tebus RM20 Voucher....

Puzzle Mickey Mouse Club House

Snorkel Set

Ani Sup Utara Kelana Jaya

Time to eat.....Kuay Tiaw Sup Ayam

Set nasi dengan sup

Sup campur

Air epal kasturi...masam masam gitewww

Interior deco Ani Sup. Cantikkan?...cosy jer nak makan kat sini

15 ulasan:

  1. slot sarakids ni kul brape ya...

    masa ain tengok tue dah masuk slot fimie...

    BalasPadam
  2. wah.. tahniah!
    kecik2 dah masuk TV...
    lepas ni mesti ada syarikat iklan offer lak..
    best lah.. boleh bayar yuran sekolah sndiri!
    hehehe..

    baju tu cantik le..
    trendy sgt!
    tapi cira kecik lagi
    x sesuai pakai skrg ni..
    tapi kalau dapat free bagus gak..
    hehehe

    *ari tu ada nampak bell nyanyi kat jgn lupa lirik
    sedap jugak sora budak tu..

    BalasPadam
  3. Ain : slot antara yang terawal lepas Dr Kanak2 tuh. Dalam pukul 9.00am. Slot Fimie tak stay....sebab dah balik....:-)

    BalasPadam
  4. Mama Cira : Alahai biasa-biasa jer....Baju yang Sarakids bagi mmg saya berkenan sangat2....:-) ala...bila si kenit tu dah besar....rambang mata pulak nak pilih baju baju dier.... ;-)

    BalasPadam
  5. Bell terer nyanyi eh?....Bakat terpendam teww....

    BalasPadam
  6. salam, Dania sgt2 cantik n comey...kecik2 dh pandai bergaya

    BalasPadam
  7. Ezna, pic masa commercial break tu yg tak tahan tu. aduhhhh .. betuah nyer anak ! wat malu mama dia jerk (aku ler tu hahhaa)

    BalasPadam
  8. Shafiqa, alahai terima kasih banyak2....welcome to my blog!!!! salam perkenalan...:-)

    BalasPadam
  9. Aisehhh sense of baking, manalah makcik tau ni Yanti.....tetiba ada sense of baking macam tau jer....yes yanti....sedolah sikit...anak awak tu COMEL tau..tak kira apa dier buat!!!!! :-)
    *cayang Nabil Fitri*

    BalasPadam
  10. salam ummi Dania..
    saya pn de tgk model2 cilik time nasi lemak kopi o itu hari..
    gelak sengsorang time slh sorang model pompuan tu mintak nak mkn nasi lemak kat atas meja tu.. alahai.. cute sesangat model2 tu ye.. tp x taw plak yg Dania de skali.. tp, mmg cun kan pemilik sara butik tu.. neway, tahniah Dania.. model cilik.. :)

    BalasPadam
  11. Tau tak....model pompuan tu anak sape?...anak owner tu....hihihi tu yg cute sgt tuh!!!...kanak2 jujur..... :-)

    BalasPadam
  12. ezz...i really like that pink dress..sweet jer...

    BalasPadam
  13. Ayu...i pon suka....pink plak tu...mekasey la kepada owner Sarakids...Farah Farhan. Ada plak yg soh tya baju pink tu berapa RM....hihihi :-)

    BalasPadam
  14. Beshnye dania dpt jadik model n masuk tv!!..=D

    BalasPadam
  15. Hi mama zara,....jumpa Pengacara dan kot2 ada selebriti lain tu yg beshnyer gi Sri Pentas tu...tapi lengang sebab hari ahad...hihihihi

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...