Hari ni gi Tadika Dania kat Puncak Jalil. Nak bayar fees Dania sebelum bukak sekolah next week. Ummi dan ayah beli jugak 2 uniform baru sebab seluar uniform lama amatlah senteng.....hihihi.....:) Dania dah meninggi dengan jayanya.......Selepas tu singgah rumah kami kat Puncak Jalil nak ambik surat kat peti surat.Nampaknyer ada bil api.......
Bila sekolah dah nak buka ni sibuk la kita sebagai ibu ayah mencari apa yang patut ya. Kemudian kena put aside la yuran, uniform segala mala berkaitan education untuk anak kita ya. Makin lama education pun bukannya murah kan.
Ni baru tadika ya...bayangkan bila bersekolah pulak nanti kemudian belajar kat universiti. Nak kena ada tabungan juga bermula dari anak kita kecil. Tak boleh harap jugak dengan biasiswa ni. Kita kena ada juga duit kita kan. Bantuan biasiswa ni tahu je lah kalau ramai yang minta peluang tu tipis la jugak kan?.
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.