Jumaat, September 5

Tak plan tapi eh eh singgah buat.....

Alkisahnya, pasport saya dah expired tahun 2023 lagi. Last travel ke Switzerland tahun 2022. Nak jadi cerita....depan bangunan Alamanda ni Bangunan Shaftsbury yang terletaknya Pejabat Imigresen. Imigresen kat Shaftsbury ni mula dibuka pada Februari 2024. 

Kalau masuk melalui pintu di bahagian belakang (bukan yang mengadap Alamanda)....cari 7-11 ni. Depannya ada lif. Tekan terus tingkat 2. You kena imagine ya...bila keluar lif je terus ke kanan dan kanan lagi sehingga hujung. Tapi kan....tingkat yang ada Imigresen tu lengang betul la. Pejabat macam kebanyakkan tutup. Entah la sunyi je. 


Pejabat Imigresen sini katanya kena buat online KECUALI warga emas je boleh datang terus ke Imigresen sini. Selain daripada itu kena buat online siap2 ya. Ni saya siap dah bayar semua dah ni. Kena bawa slip pembayaran dan dokumen seperti IC & Pasport lama. Tudung bagi yang memakainya kena pakai siap2 tudung warna hitam / biru gelap ya. Idak...kena pakai tudung yang mereka sediakan. Alahhhh saya dah siap2 pakai warna emerald green pun kena reject. So kena pakai tudung serlum warna hitam yang disediakan di Imigresen. 😅. Nak selamat pakai terus warna hitam dari rumah. Kalau dah buat online tu pun gambar tu kena reject ke? Ya saya dah buat online kemudian pegawai imigresen reject sebab katanya gambar tu tudung saya gelembung kat bahagian depan. Tudung saya berscallop depan tu. Ikut je la. Dah nak buat pasport kan...

Masa tunggu tak lama. Ada 8 orang depan saya. Ni ambik nombor pun jam 2.15 petang camtu. Masih ada nombor lagi. Kalau tempat lain entah la...mungkin tak ada nombor dah. 


Kat sini boleh ambik gambar pasport dan mereka pun boleh apply kan untuk kita. Caj yang dikenakan RM40 dan dapat 4 keping gambar pasport beserta gambar yang diambil dia akan whatsapp serta 1 tempat pemegang pasport. Keseluruhan cajnya ialah RM40 + RM200 (harga passport) = RM240. Bayaran samada tunai / QR sahaja. Kad kredit ke debit ke tidak disediakan. 

Kalau kita buat online sendiri tak ada cajnya la cuma RM200 untuk pasport selama 5 tahun tu.  


Ni masa saya nak balik la ni. Terkesima dengan binaan bangunan kat sini. Ni dah macam ala ala kat Singapura kan?. 


Kat sini pun ada beberapa dewan Bizmilla yang boleh diadakan majlis perkahwinan. 


Kat atas ada macam deko ala Singapura. Kat bawah ni deko dia berupa kolam. 


Hari ni Pegawai Imigresen kata ramai orang tapi bagi saya tak seramai tempat lain ya. Ada la dalam 20-30 orang kot. Selalunya lengang je. Dalam masa 1 jam masa menunggu dah siap ambik pasport. Kalau nak datang sini kena datang bukan sehari lepas tu Public Holiday, haaa time ni selalunya ramai orang. 

Lepas ni saya terus parking kat Alamanda pulak. Kering tekak. Ada terasa sakit tekak jugak ni jadi saya order air lemon. Balik pulak simptom seram sejuk pulak datang dengan kaki pun sejuk. Kali ni takde nak skodeng Dania....ummi rasa tak sihat ni 😪




XOXO,
Ezna
 

7 ulasan:

  1. Kalau masa menunggu lama boleh la merayau2 dulu nak hilangkan bosan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak merayau pun sebab kat sini macam tak ada yang menarik je. Kedai banyak tutup. Paling seram dia sunyi je kat tingkat imigresen ni.

      Padam
  2. Wah nak fly ke mana tu Ezna?
    Passport sy pun dah lama tak renew.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak plan pun PH tapi ada rezeki nanti fly la (Insya-Allah)....kebetulan pejabat Imi ni depan Alamanda je dan orang kata memang tak ramai orang pun. Alang2 free terus buat je. Lepas tu balik rasa nak demam....

      Padam
  3. Bizmilla tu, milik Milla Jirin kan? dak AF tu.
    Waaa renew passport, terbang jauh ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Bizmilla milik Milla Jirin AF. Memang banyak dah dewan perkahwinannya. Masa Covid dulu yang business teruk tapi selepas zaman tu business kembali naik balik. Insya Allah....doakan :)

      Padam
  4. Lawa bangunan situ Kak Ezna...tapi best jugaklah takde orang sangat...santai sikit

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Setelah 8 tahun baru perasan DM ni

Setelah godek di bahagian DM Instagram ni kat bahagian request ada 'hidden request' pulak. Pastu nampak DM ni yang kalau tengok nama...