Credit : Google
Pelakon :
Beritan Balci sebagai Mavi
Sinan Gulec sebagai Can
IIknur Boyraz sebagai Aynur
Sekan Coyuglu sebagai Kent
Mavi seorang arkitek dan Can seorang Peguam dari Jerman. Keduanya hangat bercinta. Kemudian mereka akan bercuti ke Turki dan sebenarnya Mavi terkejut sebab beliau merupakan satu-satunya pewaris kepada harta neneknya yang kaya di Turki. Selama ini ibu dan ayah Mavi merahsiakan hal ini kepada Mavi. Kita dapat saksikan rumah neneknya yang besar dan kehidupan orang kaya-kaya di Turki. Neneknya agak tidak menyukai Can kerana neneknya ingin menjodohkan Mavi dengan Kent. Beliau ingin mewariskan syarikatnya kepada Mavi. Jadi mereka merancang untuk memisahkan Mavi dan Can. Ada juga scene di Cappadocia di atas belon udara panas. Ada la scene nenek Mavi memperkenalkan Mavi dalam majlis keramaian dan tidak mempedulikan Can. Can akhirnya ditawarkan cek kosong dan Can dikehendaki menulis berapa yang diperlukan di dalam cek tersebut.
Adakah Can memilih duit dari Mavi yang dicintainya?. Adakah Mavi akan berkahwin dengan Kent?. Neneknya kata jika Mavi memilih Can maka Mavi tidak akan mewarisi hartanya.
Dari movie ni saya beri 3/5. Ada juga adegan yang tak sesuai untuk anak-anak. Kena berhati-hati jugak la ya. Netflix ni kadang takde tapisan sangat. Bahaya juga. Bagi saya ia adalah simple love story dan takde la kena fikir sangat movie ni.
Dah tonton?
XOXO,
Ezna
i suka genre citer gini :)
BalasPadamadddd my list dah tapi lum tgk lagi
BalasPadam