Kebetulan cuti tambahan Hari Kemerdekaan tu Dania off day. Petang tu kami keluar untuk keringkan baju kat laundry kemudian jalan kaki menuju ke taman berdekatan.
Dah tiba Taman Canselori dah.
Daun dengan dua tona warna. Masa ni bawa kamera sekali. Sambil brisk walk tu sambil snap gambar.
Tak tau pokok apa tapi ambik gambar je ni.
Ada seekor burung warna hitam dengan ekor yang panjang kat sini tapi terbang pulak dia. Bising kemain mulutnya bernyanyi riang mungkin.
Ada seekor anak monyet memerhati saya sebab saya ambik gambarnya. Lepas tu buat la monkey business dia panjat-panjat pokok. Banyak ekor ya.
Bunga ni macam berbulu pula dan berwarna putih.
Monyet ni dengan anak kat bawahnya. Dania nampak monyet ni cium anak dia. Ya....haiwan pun sayangkan anak.
Bunga kertas ni ada dwi warna la. Agaknya dikacukkan agaknya.
Bunga ni pun dwi warna juga. Putih dan merah jambu.
Bunga kecik kat pokok yang ditanam di tepi jalan.
Berjalan la kami tepi bangunan ni nak pergi balik ke kereta dan laundry tu.
Masa ni dah dalam 6 lebih kot.
Singgah minum kat Q Bistro dulu la ya. Haaa kali ni naik kereta la. Minta la hubby bergambar tepi ni. Sebenarnya nak ambik gambar Since xxxx. Tertutup pula tahun Q Bistro mula buka Restoran ni. Bila google ianya bermula tahun 1968 bila Muhammad Dulkif buka warung di Batu Gajah, Perak yang menyajikan hidangan India Muslim. Sekarang ni anak Muhammad Dulkif yang bernama Riyasutin meneruskan legasi bapanya dibantu juga oleh sahabat karibnya bernama Haja Najmuddin.
Order kami. Dania dengan air kosong je.
Roti stim ni share bertiga. Nak mengunyah je. 😅
Bila brisk walk je memang terasa lenguh badan ni. Kami berjaya brisk walk 1.4 km hari ni. Jadilah dari tak ada....tapi malam bila nak tidur memang lena la...
Ezna
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.