Ahad, September 28

Menghitung hari nak berhenti kerja

Nak masuk semester baru pada 13 Oktober ni dah semakin menghampiri. Dania dah hantar pun surat berhenti kerja. Last kiranya pada 30 September 2025. 

Ni Dania bagi tahu ada jiran lama saya, ambik gambar Dania kat kaunter Bethany Roma. Dania jarang duduk sini. Selalu kat Swiss Polo. Mulanya Dania ternampak ada seorang jejaka lelaki tengah tengok-tengok Dania so Dania tengok la. Rupanya Aiman Haziq. Dania cakap Hai...sorang je ke?. Aiman cakap datang dengan mama. Lalu, Aiman pun bawa mama dia ke sini. Ni gambar dari phone mama Aiman la ni. Thanks Huzey bagi gambar ni.

Hubby Huzey dan hubby saya kerja sekali. Kami dulu duduk kawasan yang sama dan hubby Huzey dan hubby saya ni gang surau dulu kat kawasan rumah lama. Huzey excited la nak ambik gambar Dania sebab Huzey pun tahu ummi Dania macam mana. Hehehe....suka nau ambik gambar. 😅. Anak Huzey lagi seorang pun nama dia Dania jugak. Huzey ni ambil masa nak bonding time dengan Aiman sebab sebelah malamnya Aiman nak balik ke UK dah untuk sambung belajar. Final year dah kat UK nun. Tajaan Bank Negara ya Aiman ni. Aunty Ezna as usual memang tumpang happy untuk Aiman & Family ya....soon adik Aiman pun nak fly lepas habis IB nanti. Insya Allah. Gambar Aiman nya tak ada la....kalau Aunty Ezna gambar semua kena ada 😁. 

Huzey pula guru Matematik ya untuk Sekolah Menengah. Manis Cikgu Huzey ni. 


Tq Huzey...sepanjang Dania kat Parkson Alamanda ni memang ramai betul jumpa orang yang dikenali, aunty Ema dengan sepupu Sofiah la, sepupu Adlina la, Timbalan Dekan Fakulti Pertanian Dr Ju la, lecturer yang pernah mengajar Dania subjek Amali Ladang yang tanam pokok jagung tu....Dr. Martini, jiran kami lah, eh eh kawan sekelas pun ada baru-baru ni....katanya nak tukar kursus jadi Dr. Veterinar pulak...., kawan sekolah menengah la....admirer Dania lah...haa yang ni saya malas nak elaborate...hmmm...

Sebelum berhenti akan ada 3 hari straight Dania kena kerja 10 jam sebab full time nama Nik tu cuti. Penat sikit la tapi banyak sikit la gaji bulan September ni ya. Tinggal beberapa hari je lagi nak kerja. Dania akan ada 12 hari la untuk berehat sebelum masuk balik semester baru. 




XOXO,
Ezna





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Menghitung hari nak berhenti kerja

Nak masuk semester baru pada 13 Oktober ni dah semakin menghampiri. Dania dah hantar pun surat berhenti kerja. Last kiranya pada 30 Septembe...