Khamis, September 4

Cuci mata kat Daisy & Sasa

Pernah ke you alls masuk ke Daisy ni?. Kebetulan ada kat Alamanda. Memang Daisy ni selalu saya masuk. 


Blouse putih ni cantik sebab kat depan ada ribbon. Tapi...kalau pakai putih ni kena pakai inner juga sebab jarang kan. 


Outer yang comel sangat dipadankan dengan dalam tu warna peach. 


Fesyen ni dengan outer dia kain net. Jadi bila pakai tu nampak la bahagian pakaian yang dipakai dalam tu. Net ni teringat saya pada kelambu. Jenis macam ni jugak la. Hehe. 


Warna biru ni sangat cantik la bagi saya. Kalau dipadankan dengan seluar warna putih memang cantik. 


Fesyen yang boleh disuaipadankan. 


Seluar ni jenis wide. Saya suka juga beli seluar jenis ni untuk Dania jadi jeans / slack dia tu besar la tak nampak bentuk kaki. 


Kain baju ni macam yang warna biru tadi. 


Ni lagi satu jenis jeans tapi lebar. Dania kalau lebar ni ok la tapi kalau lebar sangat mesti dia kata macam clown kalau Dania pakai. 😅


Dress ni cantik. Simple. Coraknya tak nampak serabut. 


Baju putih kain denim ni sesuai dipakai kat luar. Dalamnya mungkin T-Shirt berlengan pendek. Kemudian, seluarnya pulak seluar jeans. 


Berkenan juga blouse putih kat bawah ni. Kolar dia macam fesyen dulu-dulu atau fesyen Korea.


Seleksi blouse kat Daisy ni. 


Kedai SASA baru buka kat Alamanda. Masuk je ada Sales Girl tegur cari apa?. Kita nak jalan-jalan cuci mata je. Banyak pulak tanya. Saya sebetulnya suka lagi kalau saya sendirian berjalan dengan tenang dalam ni tanpa kena ikut. Lepas tu datang customer tanya-tanya kemudian saya perlahan-lahan keluarlah SASA....Hehe.....

Memang jenis tak suka kena ikut. 


Dua kedai ni yang saya masuk. Selebihnya jalan je. Tiba berdekatan dengan Oud tu tak pandang kat kiosk nya. Kang nak dihulurnya kertas yang ada bau Oud tu. Kalau tiba sini pasti la pandang tempat lain. 😅

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cuci mata kat Daisy & Sasa

Pernah ke you alls masuk ke Daisy ni?. Kebetulan ada kat Alamanda. Memang Daisy ni selalu saya masuk.  Blouse putih ni cantik sebab kat depa...