Selasa, September 23

The Conjuring : Last Rites

Dania selalunya off day Isnin. Ummi dok cakap nak tengok Conjuring sebab ni Conjuring terakhir jadi kita gi lah IOI City Mall nak menonton ya. 

Sebelum tu siap-siap masak untuk makan malam dulu. Barulah senang lenang nak ke IOI City Mall tu. Masak paling simple je masak lemak udang cili api dengan pucuk paku. 2 in 1 katanya. 😅. Nasi pun siap...

Ni dah masuk pawagam la ni. Tiket + popcorn kena beli online siap2 so kita pick up popcorn. Tenang tau masa ni sebab tak ramai orang. Rasanya less than 20 orang kot kat dalam ni. Ye lah hari biasa kan....


Masa ni sunyi je panggung sebab Dania pergi wash room kejap. Saya seorang je. Mulalah fikir macam-macam ni gais. 😅. Kemudian baru ada orang masuk panggung. Haaa legaaa....


Memang ada tengok semua movie conjuring ni. 
 

Pelakon :

Vera Farmiga sebagai Lorraine Warren
Patrick Wilson sebagai Ed Warren
Mia Tomlinson sebagai anak Lorraine dan Ed bernama Judy
Ben Hardy sebagai boyfriend Judy bernama Tony
Steve Coulter sebagai Paderi Gordon

Pada tahun 1964, Lorraine dan Ed ada mengendalikan kes cermin antik dan masa tu Lorraine tengah mengandungkan Judy. Lorraine telah memegang cermin tu dan ketika itu Lorraine rasa nak melahirkan. Setibanya di hospital, Lorraine sukar untuk melahirkan Judy dan tiba-tiba bilik bersalin tu blackout. Ada bunyi menyeramkan dan nampak entiti yang hanya Lorraine je nampak. Judy dilahirkan tidak bernyawa. Kemudian, Lorraine berdoa dan akhirnya Judy menangis. 

Fast forward, ada satu keluarga Smurl tinggal kat satu rumah ni kemudian menyambut pembaptisan Heather....atuk dia membeli cermin antik sebagai hadiah. Scary jugak la cerminnya sebab ada ukiran muka kanak-kanak. 

Semenjak cermin tu ada kat rumah Smurl ni macam-macam kejadian menghantui mereka termasuklah penampakan entiti. Kemudian, mereka menerima kedatangan paderi Gordon yang kemudiannya meminta pertolongan dari Lorraine & Ed tapi Lorraine menolak kerana kata Ed ada penyakit jantung jadi mereka nak berehat dari aktiviti mengusir entiti. 

Bagaimana kesudahannya kisah cermin antik tu dengan Lorraine, Ed & Judy?. 

Saya beri 4.5 ✨ / 5 

Ceritanya banyak jump scare yang saya 2-3 kali hishhhh asyik terkejut je. Eiii sakit hati tau. Tapi ada part la yang agak meleret-leret tu. Saya kalau movie lebih 2 jam mulalah tak senang duduk ya. Ada juga la penampakan Annabelle tu. Seram tengok muka dia dari hantu yang lain 😁. 

Anda dah tonton?




XOXO,
Ezna

16 ulasan:

  1. hehe..dah tgok last week...ada jump scare sampai satu panggung menjerit terperanjat...untuk last episode ni sedikit slow jalan citer dia..

    BalasPadam
  2. tisya pi tgk ngan kwn2 aritu...kita lama dh tk tgk wyg

    BalasPadam
  3. i tak leh tgk movie genre gini nanti jd stress hahahah

    BalasPadam
  4. menarik..saya bukan kaki wayang tapi baca ni terus rasa nak tengok. pernah tengok wayang sekali je zaman umur 18 tahun dulu kot.

    sedapnya udang dengan pucuk paku. menu kegemaran saya tu

    BalasPadam
  5. Dekat rumah sy pun ada conjuring 7 ekor, lagi banyak jump scare nya, hahaha.

    Lama dah tak tengok wayang. Dulu rajin tengok dengan anak hari Jumaat, skrg hari Jumaat dah kerja, hari minggu mmg tak sempat la nak tengok. Kalau dulu² tak sempat tengok boleh beli vcd, skrg nak tunggu tayangan online di nf la nampaknya kalau ada.

    BalasPadam
  6. Sy x tgk cerita hantu...Bleh bwk smp ke mimpi & overthinking yg melampau =D

    BalasPadam
  7. I'm not a fan of Conjuring movies ni. Tapi Annabelle tu pernah tengok, seram 🫣

    BalasPadam
  8. Jarang tengok citer seram-seram ni... nanti teringat-ingat.
    Kalau nak tengok pun ramai-ramai kat rumah without specs... jadi nampak blurr sket 😁

    BalasPadam
  9. Uncle suka tengok cerita kartun... hantu takmo lah

    BalasPadam
  10. Anak2 soleh solehah pergi tengok movie ni dua beradik. Mak nya tak confident hehe.

    BalasPadam
  11. Ooo ni yang final eh. Seram tu nak tengok the conjuring ni. Banyak jumpscares. Kita dari berani jadi takut. Hari biasa tak ramai orang, macam lagi seram kalau tak ramai. huhu...Of course belum tengok lagi. hihi...

    BalasPadam
  12. Saya boleh p tgk...tapi part seram tu tutup muka...

    BalasPadam
  13. blm tengok lagi, biasanya kami masuk cinema pada hari~hari istimewa sahaja.

    BalasPadam
  14. Nak pergi tengok tapi takde geng hihi. Nak tengok sorang2 takut pulak. Biasa tengok dgn suami, senang nak sorok muka dekat lengan dia kalau part yg suspen tu 🫣

    BalasPadam
  15. Nasib la ada juga dalam 20 org.. what if berdua jer dengan dania.. hahaha... Serammm tu 😅

    BalasPadam
  16. Itu juga alasan saya kak tak nak nonton di bioskop. Sebab lebih dari 2 jam, saya tertidur pasti 🤣🤣🤣. Makanya lebih menunggu masuk Netflix, baru saya tonton 😄. Lagipun saya kalo horor, memang lebih suka menonton di rumah, sebab di bioskop terkaget2 🤣

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ziarah rumah sepupu yang meninggal

Dapat berita dari sepupu di Ipoh mengatakan Kak Nina dah meninggal. Baca lagi nama yang meninggal....tak sangka jugak nama yang dibaca tu. H...