Isnin, September 22

Simpanan untuk masa depan

Masa Dania kerja F.O.S. lepas SPM dan masa sem break Ijazah, Dania ada la simpanan gold bar emas ni @ charm gelang pandora. Memang saya minta sebahagian dari duit gaji untuk Dania beli ni. Since Dania ada akaun emas Public Gold yang buat under Uncle Dania (hubby adik saya Elza). 

Happy Graduation dan Congratulations tu beli masa Dania kerja kat F.O.S masa sem break Ijazah. Bawah pula masa Dania kerja Parkson, Alamanda. Nak withdraw ni memang pilihan Dania la. Ikutkan je kad mana yang Dania nak keluar. Masa kerja F.O.S. lepas SPM, Dania beli charm untuk gelang pandora emas. Jadi nampaklah hasil kerja kan....

Actually Dania ni obedient bab ni. Dia akan terus transfer je kat akaun ummi untuk beli gold bar ni. Ummi la tolong manage kan. Jadi nampak la apa yang dibelanjakan masa dapat gaji kan. Tolak siap-siap untuk gold bar dan selebihnya beli la apa yang nak dibeli.


Mickey kat bawah ni saya belikan masa Dania dapat result SPM. Memang standby awal-awal. Tak kisah la result macam mana pun tetap dapat gold bar ni tapi Alhamdulilah result Dania membanggakan ummi dan ayah. Alhamdulilah. 


Unik dan kebetulan pula no siri dia bermula DY iaitu pangkal nama Dania Yasmine. 


Ini pula saya belikan masa birthday Dania jadi semua gold bar ni ada kisah masing-masing. 


Gold bar atas ni semuanya berat 0.5g. Kalau kita nak beli gold bar kena beli berat 0.5g ke atas barulah ada harganya beberapa tahun akan datang nanti. Sikit-sikit menyimpan. Nanti Dania nak kahwin nanti ummi akan bagi la semua gold bar ni. Siap pesan jangan jual...kalau nak ar rahnu kan boleh la. Kalau ar rahnu....gold bar ni masih milik kita. 

Harga emas ni untuk jangka panjang memang naik. Masa Dania kecik...harga emas 916 ialah RM80/g. Tengok la sekarang berapa harganya?. 

Ada yang simpan gold bar jugak?. 




XOXO,
Ezna



 

28 ulasan:

  1. cantik gols certificate tu...kita ada gold bar under public gold juga sbb adik & ayah kita agent dulu kala

    BalasPadam
  2. seram dengan harga emas sekarang..hari nie PG , 1g RM542

    BalasPadam
  3. Saya masih rutin sampai skr. Mulai start beli 2014. Tiap bulan pasti saya beli gold bar. Ada beberapa limited edition, di atas gold bar nya dicetak tokoh Disney. Bukan di kartunya. Jadi memang harga lebih mahal. Tapi tetap saya untung, sebab saya beli THN 2018, yg mana harga emas msh murah 😁. Cuma sampai skr emas2 bar ini saya simpan saja. Pernah beberapa kali saya bagi utk teman dan adik saya saat menikah . Teman yg saya pernah kasih,sempat bilang, sejak saya kasih gold bar buat dia, itu memotivasi dia untuk mengumpulkan gold bar juga . Good for her.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cetakan di atas gold bar tu uniknya Fanny. Hadiah yang sangat bermakna jika bagi gold bar ni.

      Padam
  4. Saya lambat sikit join simpan emas ni. Setakat ni belum ada simpan gold bar, tapi saya baru je bukak akaun emas dekat bank. Beli sikit2 bila harga emas turun.

    BalasPadam
  5. Ada gold coin. Tapi lama dah tak menyimpan. Akaun PG pun ada je tak topup2 pun dah. Memang makin mahal emas sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya emas, makin lama makin naik....tapi nak tunggu dia turun makin naik pula....

      Padam
  6. bagusnya dania ada byk savings GB tu! i ada jugak simpan GB sikit2 utk razeen ie plan nak jual semua/convert cash bila razeen nak masuk uni nanti insya Allah (now razeen umur 11 tahun)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok lah you. Nak masuk Uni pun banyak kosnya kan....

      Padam
  7. SA ada seketul 0.3g..ntah bila nak tambah x tau la

    BalasPadam
  8. Akak sekarang asingkan 1/3 dari duit sewa rumah untuk beli GB. Nampaklah duit tu ke mana.
    Teringin juga nak buka akaun PG tu tapi masih belum buat walau dah follow FB & Telegram beberapa orang. Beli fizikal je setakat ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila beli gold bar ni dia akan beli lagi. Macam magnet. Jadi setiap bulan siap2 asing untuk beli gold bar. Akaun PG ni macam akaun bank juga. Kita tambah sendiri je dalam akaun. Cukup 0.5g / 1g kita boleh keluarkan melalui online je jadi senang la. Kalau nak simpan je dalam tu pun boleh. Tak dikenakan upah simpan pun.

      Padam
  9. Bagus beli gold bar ni, untuk masa depan.

    BalasPadam
  10. lawanyaaa~ kita nak collect semua hijau. hiii....
    kita join PG kawan sekolah dulu, seronok.
    kita baru berjinak kak, semoga Syasya istiqomah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga istiqomah. Sikit2 dulu...tau tau eh eh ada 2-3 dah.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ziarah rumah sepupu yang meninggal

Dapat berita dari sepupu di Ipoh mengatakan Kak Nina dah meninggal. Baca lagi nama yang meninggal....tak sangka jugak nama yang dibaca tu. H...