Jumaat, September 26

Bukan earth hour ni tapi.....

Ni bukan tema earth hour ni ya. Kan ke earth hour ni kadang kita akan tutup lampu dalam masa sejam kan....ishhh bukan tu....ni kisah masa tengah kami sibuk menikmati hidangan makan malam kat rumah tiba-tiba....aik.....blackout...

Jangan panik....ni pun boleh dijadikan cerita ni 😅. Sebenarnya 2 lampu dari phone kami pasang tapi sebab saya nak ambik gambar jadinya 1 phone je la yang berlampu. Gambar dari phone hubby. 


Gambar dari phone saya pulak. 😁. Lepas ambik gambar terang sikit la sebab ada lampu dari 2 phone. Kejap je tak sampai 5 minit ada lampu balik. Kami continue la makan. 


Tak lama ada lampu....dia blackout balik. Pulak.....kami cepat2 makan dan saya kata jom la kita ke Alamanda. Sejuk sikit. Lagi pun kan ke nak ambik Dania balik kerja. Ikutkan hubby akan ke surau untuk solat Isya'. Ni kat surau pun gelap memang tak la kan. Rupanya kawasan kami sampai ke pusat latihan bank-bank, IPG Bangi pun blackout. Hubby call TNB pun lambat nak dapat mungkin ramai kot yang mengadu tentang gangguan bekalan elektrik ni. 

Elok je saya siap-siap, lampu ada balik. Terus la hubby bukak pintu pagar. Idak camne nak keluar?. Kena bukak pulak skru kat pagar sebab kami menggunakan pagar elektrik. Tapi...kami ke Alamanda agak awal sikit la. Jam 9 malam dah tiba Alamanda.....ok...boleh sambung pembelian MYSara ya....




XOXO,
Ezna

 

4 ulasan:

  1. haha.. kan.. kalau takde elektrik memang tak boleh buka pagar. Kami pernah balik dari kampung black out. Barang dah la banyak, kereta tak boleh masuk pagar. gigih malam malam menukang pagar dengan bantuan flashlight handphone

    BalasPadam
  2. Makan malam romantik di rumah 😄

    Kalau rumah saya ni selalu letrik trip bila kilat petir. Jadinya sebagai langkah berjaga-jaga kami sediakan lampu rechargeable di sudut tertentu.

    BalasPadam
  3. aritu blackout time anniversary ..feel2 mcm candlelight dinner ..sejam juga la blackout..nasibaik ezna kejap je ni

    BalasPadam
  4. alaaa... ingat candle lite dinner tadi.
    kelemahan pagar elektrik tatkala black-out.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukan earth hour ni tapi.....

Ni bukan tema earth hour ni ya. Kan ke earth hour ni kadang kita akan tutup lampu dalam masa sejam kan....ishhh bukan tu....ni kisah masa te...