15 September 2025, Dania masuk kerja petang jadi paginya sibuk la nak mengikut ummi ke IOI City Mall. Saya ada appointment di Thai Odyssey. Masa tengah treatment, Dania pun berjalanlah dulu dalam IOI City Mall tu. Hubby willing nak hantar. Ada kerja kena buat (cuti-cuti pun kena buat kerja) jadi hubby tak ikut sekali. Katanya senang nanti nak makan boleh terus pergi sekali. Ye lah.....
Sebelum ke bilik terapi kena basuh kaki dulu. Tak adalah gambar kaki ya.
Selesai 1 jam 30 minit, jalan-jalan sekejap dengan Dania. Dah lama tak pergi IOI City Mall ni sebab asyik ke Alamanda je.
Tomei ada buat pameran kat tengah ni. Ada jual wafer emas Kuromi. Comel memang la comel tapi bila beli wafer ni terlalu nipis dan harganya kalau nak jual balik pun nipis je dapat nanti. Nak buat koleksi boleh la.
Comel sebenarnya....
Lepas tu ada jalan-jalan jugak kat mana tak ingat tapi 2-3 kedai jugak sebelum Dania kata nak masuk Uniqlo nak beli baju kemeja ni. Dania pilih warna dark brown sebab belum ada dalam wardrobe lagi. Ada juga Dania offer nak belikan ummi tudung collab Naelofar dengan Hello Kitty. Cantik memang cantik tapi macam takde hati nak beli pulak. Dania nak belanja pun ummi tak nak. 😅. Baiklah tudung gitu Dania je yang pakai cun sikit.
Akhirnya ummi suruh belanja ice cream je berharga RM3++. Tu je ummi mintak 😃. Hubby pun ambik kami selepas ni dan kami akan makan kat tempat baru la....post lepas ni lah....
XOXO,
Ezna






emas pun ada kuromi
BalasPadamAda...kat Tomei.
PadamBest nya ke Thai Odyssey tu. Best nak kena urut, badan lemau ni.
BalasPadamYa best betul. Memang Me Time. Tak dibenarkan call ummi masa ni. Hehe.
PadamBagus Dania nak belanja Ummi...
BalasPadamSy pun kena pi berurut juga ni, rasa berat je badan. Banyak angin kot
Mungkin la PH. Badan pompuan ni sensitif juga. Sesekali diurut memang lega sangat. Alhamdulilah.
Padambestnya.....memanjakan diri
BalasPadamIya MA. Best....
PadamTudung yg Dania pakai ini, warnanya sesuai sangaaat dengan tone kulit Dania 👍👍👍.
BalasPadamOh yg tomei jual tuh gold ya kak... Saya pikir tadi wafer betulan yg pakai warna gold. Makanya saya heran kenapa nak dijual balik 🤣🤣🤣.
Saya sempat ada gold bar dengan motif Disney. Kalo tak salah 5 dan 10 gr. Waktu itu beli memang untuk koleksi. Tapi dah lamaa, saat masih kerja di HSBC. Sekarang dah naik berkali2 lipat walaupun dia edisi khusus. Tapi memang tak saya jual. Gold bar saya beli rutin tiap bulan, untuk bekal masa pensiun 😄
Tq Fanny. Dania suka sangat pakai yang warna earth tone. Tomei jual gold betul tu Fanny....999 gold. Ayat Fanny yang last....ya kakak praktik itu juga setiap bulan. :)
Padamme time dengan anak gadis ye Ezna :)
BalasPadamYa....bila ada masa terluang. Sekarang ni sibuk kerja Part Time pula.
PadamHaaa.. kat Tomei memang banyak wafer kartun² comel.. sama macam Poh Kong. Kalau nak buat gift bagus juga cuma banyak yang guna tulisan cina. Mungkin Chinese suka bagi as a gift.
BalasPadamYa yang ni seleksi kartun Sanrio ni. Comel memang comel kalau nak buat koleksi. Kalau nak buat investment kena cari 0.5g ke atas baru berbaloi. Chinese rasanya suka gold ni sebab bagi ong.
PadamBestnya outing mother-daughter. Tunggu anak2 dara saya besar sikit boleh la bawak healing dekat spa / urut kaki sama2 hehe. Wah, dapat wafer emas dari Dania 😍 Semoga murah rezeki Dania belanja mama dia emas.
BalasPadamSeronok. Time ni boleh curhat juga atau nak cerita apa2 :). Eh tak la wafer emas ni tak dapat pun cuma tengok2 ajer sebab comel sangat. Dania nak belanja ummi shawl Naelofar x Hello Kitty. Ummi tak nak....hehe
PadamEmas yg ada corak2 ni mmng cantik. Tapi bila nipis sgt, kita fikir 2-3 kali nak beli sbb koleksi camni harganya mahall
BalasPadamu dh berkali2 repeat gi spa tp i ni lom kesampaian hajat hehhehe insya Allah nak kena cari masa nak gi massage2 laaa
BalasPadam