Awal lagi dah bagitau hubby nak tengok Fattah & Amira kahwin. Hehe. Nanti nak buka TV nak kena click apa benda tak tahu ya. Kalau buka Netflix atau Astro tahu. Unifi TV ni jarang-jarang buka. Hehe.
Sebelum hubby solat Maghrib kat surau, dia teringat nak pasang Unifi TV ni siap-siap. TQ hubby. Tapinya bila azan waktu maghrib berkumandang, suara hubby kedengaran. Dania kata eh macam suara ayah la. Ye lah suara suami ummi la tu. 😅. Solat dulu gais. Suami dah mengalunkan azan tu.
Lepas tu tunggu2 tak start pun lagi asyik ulang-ulang benda yang sama je. Tangan saya gatal pergi click apa entah....udah terkeluar dari channel inspirasi ni. Haaa padan muka. Mintak tolong Dania udah dia kata ummi tekan apa ni?. Nak masuk channel ni loading lama oi. Rasanya sebab ramai yang masuk. Akhirnya boleh juga tengok. Nasib baik sebelum Fattah & Amira nikah.
Ada bacaan doa yang panjang dari imam masjid Shah Alam tak silap saya. Kemudian bila nak akad nikah, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri yang jadi jurunikah berwakilkan wali ayah Amira Othman. Panjang juga doa beliau.
Masa akad nikah ni tak adalah kelibat anak Fattah Amin, Nur Fatima Aisya tu. Tapi bila selesai tu ada nampak Fatima (Nyamma) pegang tangan Fattah Amin kalau tak silap dia tanya papa / daddy pergi mana?. Alahai.
Masa berjalan ke pelamin pun Fattah ada stop kat meja adik beradiknya. Maybe nak suruh Fatima duduk situ tapi Fatima menangis lalu Fattah Amin pun dukung Fatima ke pelamin. Ni rasa macam daddy sangat ni. Walaupun nak kahwin baru tapi anak tetap tidak dilupakan.
Kat pelamin Fatima duduk kat tengah. Nampak macam awkward sikit la tapi yang bagusnya Fatima kat tengah diantara Fattah & Amira. Takde la pulak Amira suruh Fatima duduk hujung kan. Masa nak sarungkan cincin Fattah ada tanya Fatima kemudian nampak Fatima angguk-angguk kemudian ada juga geleng-geleng dan memegang erat daddy. Kemudian bila time sarungkan cincin, Fatima tengok dengan mata sayu pula. Alamak part ni sedih sikit la. Mungkin tak mengerti apa yang sedang berlaku sebenarnya. Time Awal Ashaari & Sissy Iman kat pelamin, Awal Ashaari ada tanya Fatima nak cakap apa-apa ke?. Fatima cakap 'Nyamma nak daddy'. Alahai....😔
Bila family Fattah naik stage nak bergambar nampak Fatima happy sebab kehadiran dua orang sepupunya. Rasanya anak saudara Fattah la. Kesian pulak rasanya sebab kita yang dewasa ni faham la kan. Sebesar Fatima tu mungkin tak faham apa sebenarnya yang sedang berlaku kan?.
Bila nak makan pun ada meja berdua disediakan dan cuma ada dua kerusi tapi ada yang berikan kerusi ketiga untuk Fatima. Rasanya mereka macam tak makan pun. Makan pun time tu dah jam 9 lebih malam ya. Cute je Fatima kecik je nampak duduk kat kerusi tu.
Kemudian Fattah & Amira berpindah ke bahagian luar yang mengadap laut. Rupanya ada surprise birthday cake Fattah. Bila menyanyi lagu Happy Birthday Fattah, Fatima macam happy-happy. Ye lah bebudak dengan cake kan. Kemudian Amira suruh Fatima potong cake dengan Fattah. Rasanya impromptu je ni sebab tak jangka kan ada Fatima pulak kat tengah. Mesti plannya Fattah akan potong cake dengan Amira kan?.
Bagi saya ni macam petanda buat Amira bahawa dia bukan hanya berkahwin dengan Fattah Amin sahaja tetapi juga Nur Fatima Aisya. Dah bersetuju nak kahwin dengan duda anak satu kan....Moga baik-baik ajer keduanya....apa yang netizen cakap benda yang tak baik tu kita jadikan sempadan la. Kita ambil yang baik-baik ajer. Kena berdamai dengan takdir kan. Walaupun cakap memang la senang tapi nak menghadapinya itu bukannya senang.
Dekorasi islamic kat majlis perkahwinan ni rekaan Reka Teemor bagi saya cantik la. Tulisan huruf jawi Fa, Alif dan Ain tu dah macam majlis perkahwinan Neelofa pulak. Setahu saya pereka dekorasi majlis Neelofa pun Reka Teemor juga. Scallop kat siling kemudian bawahnya ada tempat duduk ala ala negara Arab. Macam ada suntikan ala ala 1001 malam pula saya rasa. Pelamin pun cantik.
Selamat pengantin Baru buat Fattah Amin dan Amira Othman. 💜💛💚💙💗
XOXO,
Ezna

Selamat Pengantin Baru buat keduanya.
BalasPadamSy mmg admire hasil kerja Reka Teemor, semuanya outstanding kan
Cantik betul PH. Saya pun suka.
PadamKalo bc Komen kt media social mcm dh bergado antara fans2 ..smoga yg baik2 aje utk pengantin baru
BalasPadamYe lah....biarlah mereka nak bergaduh, kita biar matang je kan. Kita doakan yang baik2 ajer. Bila doa yang baik2 untuk orang lain....yg baik2 juga akan datang kepada kita. Insya Allah.
PadamTahniah atas perkahwinan yang baru buat Fattah Amin dan Amira. Rasanya lebih meriah dari perkahwinan pertama dulu kan. Apapun semoga keluarga dieorang bahagia selalu, hubungan dia dgn bekas isteri pun harap baik2 aje lepas ni.
BalasPadamYa itu yang kita harapkan Carneyz. Bagus betul kawan2 blogger saya ni. Semua mendoakan yang baik2 ajer.
PadamKat FB memasing duk bergaduh. Tak faham ada je benda nak komen -ve. Macam mereka pulak yang tersakiti. Doa yang baik2 jela. Semuanya Allah dah aturkan.
BalasPadamYa lah Nurtizen namanya tu. Macam2 nak dikomen. Benda baik komen, benda jahat pun komen....entah la. Tak boleh nak puaskan hati semua. Berdamai la dengan takdir.
PadamBetul tu sis..Kita amik yg baik2 je...Kdg2 fans ni yg over sgt..Both side rasenya dh faham peranan masing2...
BalasPadamYe lah ada la tu tak puas hatinya....bila bergaduh kat laman media sosial apa yang mereka dapat?.
PadamCantik keduanya kan.
BalasPadamYa setuju Mulan....
PadamSaya hanya tahu fattah amin Krn pernah main di film Indonesia. Yg pengantin wanita saya tak tahu. Berarti memang anaknya Fattah amin ini tinggal dengan ayahnya ya kak? Bukan dengan ibu kandungnya?
BalasPadamOh ye ke?. Anaknya Fattah ni tinggal dengan ibunya Fazura...tapi bila ayahnya kahwin baru ni....Fazura izinkan anaknya Fatima ke wedding ayahnya.
Padamyes....sama mcm ezna, tercari2 fatima awalnya..bila nampak tu..ok, bagus la fazura kasi fatima hadir sama di hari berbahagia daddy dia, walaupun diaorang dah berpisah...
BalasPadamYa la bagus juga ibunya bagi green light nak menghadiri majlis bapanya. Nak bagi first step tu supaya serasi dengan keluarga baru. Apa pun nanti Fattah ada giliran jaga Fatima kan....
PadamHappy for them. Semoga perkahwinan FA kalini kekal hingga akhir hayat.
BalasPadamTak suka betul baca komen yang bitter pasal dorang. Yang tulis komen tu menulis as if dorang kenal rapat sangat dengan FA, AO mahupun Faz. Aduhaiii
Thanks sharing. Baca sini je review tentang perjalanan majlis FA & AO.
BalasPadami memang fans fatah and now team fattmira plak :) ari tu i tgk love jugak kat hp, unifi i hang tp i tgk kat tiktok ada yg share ala2 live streaming
BalasPadam