Majlis perkahwinan pada hari ahad 24 Ogos 2025, bertempat di ISTAC (International Institute of Islamic Thought and Civilisation) Jalan Duta. ISTAC ni ada 2 iaitu di Jalan Duta dan lagi satu di Jalan Damansara. Pastikan alamat tu tepat. Takut tersalah alamat je.
Bangunan ni berdekatan dengan ISTAC. Persis istana inggeris je.
Dah tiba laluan ke ISTAC ni. Kami bertolak awal juga dan tiba jam 11.30 pagi. Kena pergi awal sebab Dania nak masuk kerja jam 2.00 petang. Patutnya masuk jam 6 petang tapi rakan sekerja tercuti pulak hari tersebut.
Ni lah Faris ni yang badan dah sado. Hampir tak kenal sebab ye lah badan sado la katakan. 😅. Ni lah kawan Dania dari Darjah 1 - Darjah 6 ya. Lepas tu berpisah di SMK. Muka Faris ni persis ummi dan Kakak Nawrah. Tak sempat sebenarnya nak dengar Faris baca doa untuk pengantin sebab saya dah balik masa ni.
Masing-masing segan ni. Kat depan ni ada ayah, ummi, kakak, ibu saudara Faris. Ummi Faris cakap mereka dah kenal lama dari sekolah rendah. Hehe. Tapi....Faris dan Dania tak bercakap sepatah pun. Malu....
Ni Faris masa tahun 2023 masa abang sulung kahwin. Masa ni belum berjinak-jinak dengan gym lagi. Kurus masa ni. Baju hitam sebelah Faris tu namanya Putra Aqil dan sebelahnya Ayhan (ayah Ayhan orang Turki). Kesemua mereka bersekolah sama di SK Bukit Jalil.
Saya dan Dania tak sabar nak tengok muka kakak Faris nama Nawrah ni. Nak tengok juga fesyen Kak Nawrah jugak. Lawanya....
Berkenan dengan baju Nawrah juga. Macam tempah kat Jakarta je ni. Memang keluarga mereka ni ada pertalian saudara mara dari Jakarta.
Ni baju Nawrah masa kami pergi kenduri tahun 2023.
Pelamin yang cantik. Penuh dengan bunga-bungaan dan dedaunan.
Dewan yang sangat cantik. Bangunan ISTAC ni mendapat inspirasi dari istana Alhambra di Spain. Railing dan silingnya ada hiasan kayu.
Ada desserts kat bahagian ni.
Ferrero Rocher kat setiap tempat duduk.
Center piece kat meja.
Bila kami nak balik, pengantin pula baru sampai jadi kami tunggu dulu pengantin masuk.
Tahniah Nat & hubby. Hubby Nat ni CEO E-Idaman yang memastikan sampah diselia dengan baik yang berpengkalan di Kedah. Kalau nampak tong membuang sampah warna hijau kat Kedah yang ada gambar daun tu E-Idaman la tu. Kalau balik Kedah memang nampak ajer lori E-Idaman ni.
Tahniah keduanya mendapat menantu No. 2. Cantiknya Nat baju you.
Selepas ummi ayah pengantin masuk, masuklah yang bermain saxophone ni. Ni bukan Kassim Selamat ni.
Zharfan (abang Faris No. 2) & pasangannya Wardah. Yang ummi dan Dania pernah terserempak mereka berdua di Sogo. Hehehe. Muka macam ada iras la bagi saya.
Sebelum keluar, harus la ambik gambar lagi.
Dengan gambar tokoh islam. Ada penerangan kat situ.
Terjumpa pula jiran kawasan kami Datin Paduka Che Asmah Ibrahim & suami kat majlis ni. Masing-masing tanya macam mana kenal?. Datin Paduka Che Asmah ni dulunya Pengarah Jabatan Alam Sekitar dan kenal baik dengan CEO E-Idaman ni. Saya pula kenal baik dengan isterinya disebabkan anak kami pernah bersekolah sama masa sekolah rendah.
Hubby Datin Paduka siap tunggu hubby selesai berwefie sebab nak ajak bergambar sekali.
Gambar dari phone saya yang hmmmm so gelap.
Ni kat area luar dewan ni.
Bergambar berdua dan....alaaaaa kenapa hubby tengok atas pulak. Nak tengok siling la tu.
Barulah tengok kamera.
Kerusi yang tinggi diperbuat daripada kayu.
Gambar Dania sebelah meja makan. Boleh nampak dekorasi zaman kegemilangan Islam kat sini. Persis Istana Alhambra kan bentuk binaan kat sini.
Dania sempat bercakap dengan Kak Nawrah sebelum balik.
Lepas tu cari tangga kat sini sebab nak recreate moment masa datang kenduri kat sini tahun 2020. Dah jumpa haruslah bergambar kat tangga ni. Lepas tu masa bergambar ada seorang ni ajak untuk ke atas. Boleh ke cafe dan surau berdekatan sini kalau nak tengok senibina kat sini. Kami tolak sebab nak balik dah. Beliau kata beliau mengajar kat sini. Ohhh lecturer la agaknya. Dania last minute kena masuk kerja jam 2 petang. Patutnya jam 6 petang. Tapi....sempat lagi slot nak ambik gambar sini, Hehe.
Nak recreate memory masa tahun 2020. Ada attend wedding anak saudara saya (ayahnya sepupu saya). Dania masa ni berumur 16 tahun. Budak sekolah menengah.
Lepas ni kami beransur la menuju ke Putrajaya.....
Tahniah Nat & Hubby dah terima menantu No. 2 dah. Moga berbahagia sehingga ke akhirnya....
XOXO,
Ezna
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.