Pada 12 September 2025 baru-baru ni, Dania dah dapat keputusan peperiksaan semester 2, 2024/2025 Bacelor Sains Haiwan Dengan Kepujian. Inilah keputusan Dania....GPA Dania berjaya mendapat 3.735 dan CGPA pula 3.813. GPA ni, Dania tak berjaya mendapat anugerah dekan. Anugerah dekan di UPM kena mencapai GPA 3.75 dan ke atas. Tak apalah ya kena redha juga kan. Kena ikut universiti la apa yang ditetapkan. Kalau kat UPM tinggi juga bagi saya nak mencapai 3.75 tu. Dania kurang 0.015 je markah untuk melayakkan anugerah dekan. Apa pun ummi dan ayah bangga dengan anak ummi dan ayah ni. Nak capai 3.735 tu pun bukannya senang.
Anatomy and Physiology of Domestic Animals tu kena lukis2 sel haiwan juga tu. Quite tough gak. Animal Biochemistry pun sama. Ada Biology + Chemistry dalam subjek ni. Tak senang juga subjek ni. Dania kata surprise juga dengan Statistics for Animal Science boleh dapat A sebab ketidaktentuan soalan bagaimana yang akan keluar final exam.
Pada semester yang sama carry marks Bahasa Korea Dania 70/70. Ni first time carry marks Dania jadi perfect marks. Cuma mencari lagi 10 markah untuk mendapat A masa final exam. Alhamdulilah A yang Dania genggam untuk Bahasa Korea. Ada juga yang perlu disyukuri bila Dania juga dilantik menjadi Sekretariat Kelab Sains Haiwan untuk sesi 2025/2026. Dania juga ada menang digital poster kemerdekaan untuk Pelajar Luar Kampus. Hmmm hadiahnya tak dapat lagi 😅. Dah minta details lama dah tu....
Takpe Dania, jalan terus untuk semester baru. Next sem ni Dania akan ambil subjek Animal Genetics, Pasture Science, Animal Reproduction, Animal Behavior and Welfare, Animal Nutrition, Spoken Communication For the Workplace & Teh Tarik Book Chat (English). Kesemuanya 15 jam kredit. Subjek makin lama makin mencabar minda ni 😟. Dua subjek English ni tak ada jam kredit tapi kena lepas bagi tujuan graduasi. Kalau tak lepas kena mengulang which kita pun tak nak la kan.
Moga yang terbaik buat Dania dan anak-anak kita semua ya. Yakin boleh!!!
XOXO,
Ezna

Tehniah Dania. Usaha membawa hasil. Semoga terus cemerlang.
BalasPadamTerima kasih dan aamiin :)
PadamTahniah Dania!
BalasPadamTerima kasih Carneyz :)
PadamSemoga terus berjaya Dania! Memang agak tough course Dania ni. Dapat 3.7 tu memang dah power. Sikit sangat dah tu nak capai anugerah dekan. Takpe nanti usaha lagi.
BalasPadamTerima kasih Cie. Kita cuba lagi.....
PadamTahniah Dania! Seronok tengok pencapaian Dania. Bila tengok CGPA tu dah tinggi alhamdulillah. Keep it up Dania. Aunty sentiasa doakan Dania berjaya mencapai cita2.
BalasPadamAamiin....terima kasih PH....:)
PadamTahniah dania! Tinggi GPA tu 😁
BalasPadamUpm punya score dekan mmg tough sikit nampaknya
Nak capai anugerah dekan tu kena mencapai 3.75. Memang agak tough tapi berkat doa dan keazaman kita cuba lagi.... :)
Padamtahniah dania..smoga trus berjaya & cemerlang in next sem juga nanti
BalasPadamTerima kasih Amy. Aamiin untuk doanya.... :)
PadamCongrats daniaaaa 🎉🎉🎉. Apapun pencapaian nya, apalagi Dania dah berusaha sangat, inipun sangaaat bagus 👍👍. Sekarang fokus ke next semester. 😊
BalasPadamTahniah Dania.
BalasPadamSemoga terus cemerlang.
congrats dania! moga terus cemerlang utk sem ni..memang it's getting tougher...semua course pun mcm tu
BalasPadam