Selepas redeem MYSara kat AEON Big, saya letak semua barang-barang dan menuju ke tempat Dania. Sebelum balik, jenguk kejap la.
Nampak Dania tertunduk dan sibuk tengok kotak kasut kat rak. Ni gambar candid sebab Dania tak perasan ummi.
Ni rak kedua pulak ni. Rajin betul nak susun kotak.
Ni tengah nak mencari code kasut ke apa ni? Sebab Dania cerita, rakan sekerja yang bercuti kat Thailand whatsapp suruh cari kod kasut sebab kasut kat IOI City Mall tanya. Katanya ada customer tengah menunggu. Hai la....bercuti pun ada orang cari ya....
Ok lah Dania...ummi balik dulu sebab ada barang-barang basah ummi beli nak kena masuk dalam peti ais jugak.
Dah check Dania, dengan tenang baru boleh balik. Hehe
XOXO,
Ezna
Tgk sport shoes dkt rak depan tu mcm menarik je =D
BalasPadamYa ada design gitu jugak. Ni kat brand Swiss Polo.
Padam