Ni citer pada 14 September baru-baru ni. Lepas je Dania balik, pick up Dania kemudian terus ke tempat kenduri. Kenduri ni merupakan kenduri anak saudara kepada ketua kampung. Majlis diadakan di dewan MZ.
Memang sedang elok la balik kerja mestilah lapar kan. Tak balik rumah dulu la tukar baju bagai. Nanti nak keluar balik lambat. Jadi...ya pakai je baju kerja tu. Tapi....Dania dah cakap dengan ummi nanti orang salah sangka Dania caterer situ. Ok....kita tengok nanti 😅
Ni dalam pinggan saya makan goreng pisang dengan sambal kicap. Sedap uiii....
Tangan dok pegang goreng pisang....
1 family.
Tempat ni luas juga.
Ada nasi lemak juga. Hubby ambik nasi lemak.
Karipap dan donat.
Ini ketua kampung ya. Ada bubur pulut hitam jugak.
Goreng pisang yang sedap.
Round No. 2. Hehe. Rangup dan manis pisang ni. Cicah sambal kicap ni ngam sangat.
Tudia....caterer majlis perkahwinan sedang ambil ice cream untuk ummi dan Dania. Mula2 Dania kata rasa macam cotton candy. Bila makan yang purple ni ala rasa yam la pulak.
Pelaminnya.
Ni nak balik dah ni terjumpa dengan kawan sekolah agama saya. Firdawaty dan anak-anak.
Bila Dania makan kat meja memang ada caterer yang memandang la. Hehe. Kot terfikir kenapa pula dia duduk makan padehal waktu bekerja. Hello dia ni bukan caterer. Baru balik kerja Parkson. Warna pakaian yang kebetulan sama daaa....😆. Saya ada suruh Dania berdiri je kat tempat makan tu. Mesti orang akan tanya suruh refill ke apa. Hehe.
Cermin ni selalunya ada pada majlis perkahwinan sekarang ni. Boleh bawa balik rasanya.
Faris & Farisha
Goodie bag yang kami dapat merupakan shopping tote bag. Memang berguna sangat ni.
Lepas tu balik la.
Selamat Pengantin Baru buat Faris & Farisha.
Jadi, Dania kerja caterer pulak ke?. Tak lah....kami menghadiri majlis ni je. Kebetulan baju Dania sama dengan caterer. Saje ummi usik2 daaa....😅
XOXO,
Ezna
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.