Baru-baru ni semakan penempatan IPTA UPU telah dibuka dan dari 109,866 yang memohon, 78,883 calon telah berjaya ditawarkan tempat. Terdapat 1,132 program pengajian Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan.
Kita kena ambil MUET dan siap ada keputusannya ya masa apply UPU dan jika keputusan MUET tidak dimasukkan dalam permohonan UPU, kemungkinan besar kita tak dapat tawaran.
Ada juga calon Diploma yang memohon kursus Ijazah yang tidak setara dengan bidang pengajian Diploma. Contohnya ada Diploma Seni Kulinari tapi memohon untuk Ijazah Sarjana Muda Senireka Fesyen dan Industri Kreatif. Tak melepasi syarat khas program contoh Matematik masa SPM perlu kredit tapi pelajar tak capai.
Kes 1 :
Ada seorang pelajar ni lepasan STPM yang mencapai PNGK 4.0 tetapi tidak mendapat tempat ke 4 tempat Universiti yang beliau pohon. Beliau hanya pohon 4 universiti sahaja dalam UPU. Markah kokurikulum beliau pula ialah 9.9 dan merit keseluruhan beliau ialah 99.9%. Beliau memohon untuk masuk ke Ijazah Perakaunan. Bila tak ada satu pun yang beliau dapat, lalu beliau jumpa seorang ahli politik.
Maka adalah sidang akhbar dari pihak UPU mengatakan pemilihan online UPU adalah melalui meritokrasi iaitu merit paling tinggi disusun kat atas sekali sehinggalah merit paling bawah. Memang tak ada campur tangan manusia. Semuanya sistem komputer yang buat.
Gigih saya tengok sidang media UPU ya. Meh la tengok Universiti pilihan pelajar ni (Beliau cuma isi 4 tempat sahaja walaupun ada 12 tempat yang boleh dipilih) :
Pilihan Pertama : Universiti Malaya
Pemohon yang layak : 2291 pemohon
Pemohon yang mencapai merit 100% : 1127 orang
Kedudukan student ni : 1129 dalam sistem UPU
Tempat ditawarkan : 85 pelajar sahaja tapi KPT tambah pelajar sebanyak 92 tempat. Jadi ada 92 tempat yang disediakan. Tengok la ranking student ni....memang beliau tak dapat la UM ni.
Pilihan kedua : Universiti Putra Malaysia
Pemohon yang layak : 4154 pemohon
Pemohon yang mencapai merit 100% : 1718 orang
Kedudukan student ni : 1724 dalam sistem UPU
UPM sediakan 100 tempat tapi tambah lagi jadi 104 tempat.
Pilihan ketiga : Universiti Utara Malaysia
Layak : 2595 pemohon
Pemohon yang mencapai merit 100% : 1282 orang
Kedudukan student ni : 1288 dalam sistem UPU
UUM sediakan 350 tempat.
Pilihan keempat : Universiti Teknologi Malaysia
Layak : 2292 pemohon
Pemohon yang mencapai merit 100% : 1060
Kedudukan student ni : 1062 dalam sistem UPU
UTM tawarkan 55 tempat dan akhirnya tawarkan 57 tempat.
Pihak UPU ada mengatakan yang pelajar STPM yang mendapat PNGK 4.0 akan diberikan tempat di IPTA. Pecahannya 71 pelajar aliran Sains dan 1184 pelajar aliran Sastera. Jumlah keseluruhan ialah 1255 orang pelajar. 1249 pelajar telahpun mendapat tawaran IPTA manakala UPU masih menghubungi 6 pelajar yang tercicir disebabkan masalah teknikal keputusan MUET yang dimuatnaik.
Akhirnya pelajar ni dapat juga tawaran di USM iaitu program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Dengan Kepujian (Strategi & Organisasi / Pemasaran / Kewangan / Operasi / Perniagaan Antarabangsa / Kewangan Islam / Analitik Perniagaan). Saya rasa boleh pilih nak major in apa. USM pula ialah salah satu Universiti penyelidikan di Malaysia.
Kes 2 :
Anak berminat untuk mengambil Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) tetapi mendapat penempatan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian). Anak memang tak berminat dengan program yang ditawarkan dan katanya hanya mengisi pilihan yang bawah tu pilihan yang tak diminati. Isi sekadar memenuhkan ruang 12 pilihan.
Kes 3 :
Anak mendapat kursus yang diidamkan tetapi Universiti pula bukan Universiti idaman. Anak pun tak berapa minat juga tapi kebarangkalian untuk mendaftar juga dengan Universiti yang beliau mendapat tawaran tu jika appeal untuk masuk universiti idaman tu tak tercapai. Universiti idaman pelajar ni ialah Universiti No. 1 dalam pilihan UPU. Uni ni sama dengan Uni adik-beradiknya.
Kes 4 :
Anak mendapat kursus yang diminati tetapi kampus yang ditawarkan jauh dari rumah dan anak ini juga kurang berminat. Maka akan cuba la tukar kampusnya lebih dekat sikit iaitu Puncak Alam berbanding Sg Petani.
Daripada kes2 yang dipaparkan di sini boleh dibuat kesimpulan yang :
1. Sangat sengit untuk mendapatkan program pengajian yang diminati. Tambahan pula seperti Perakaunan, Undang-Undang, Psikologi etc. Kalau berminat juga memang kena score terpaling tinggi.
2. Walaupun kita rasa kita ni dah cukup pandai mungkin ada orang yang lagi pandai pada kita kerana markah meritnya mungkin perfect iaitu 100%. Jadi, pilih la program yang kita lepas meritnya. Boleh rujuk di UPU. Akan dipaparkan merit pelajar yang mendapat program tersebut pada tahun sebelumnya untuk dijadikan panduan.
3. Pilihan program juga memainkan peranan. Jangan pilih program hanya untuk memenuhkan pilihan dalam UPU tu. Contohnya ginilah....nak pilih pasangan pun kena pilih yang betul-betul. Bukan tangkap muat ajer kan?. Samalah macam pilihan di UPU. Jika dapat pula pilihan program yang kita tangkap muat tu...tak minat pulak....bukan kita ke yang pilih?. Jadi, pilihlah pilihan yang kita betul2 minat.
4. Ada yang tak sanggup nak berpisah dengan anak jika dapat kampus yang jauh. Tapi...jika tak mendaftar adakah ada Plan B?. Atau terus decide tak akan sambung belajar. Sayang juga kan dengan tawaran yang kita dapat tu kan?. Lagi pun nak tingkatkan nilai dalam hidup kita ni kita kena tambah ilmu kan?.
5. Pemilihan subjek di peringkat SPM / STPM juga memainkan peranan untuk mendapat tempat. Contohnya jika aliran Sains SPM barulah boleh pohon Bacelor Sains Haiwan dengan Kepujian di UPM kerana syarat khasnya perlu ambik aliran sains. Pernah ada kawan Dania dari aliran sastera berminat nak ambik program ni tapi tak dapat sebab SPM beliau ambil aliran sastera.
6. Kadang apa yang ditawarkan tu kita tak minat tapi manusia ni cuma merancang, semua telah ditentukan oleh tuhan kan. Mana tahu pilihan tersebut membawa mudarat di kemudian hari dan pilihan yang kita dapat ni yang sebenarnya rezeki kita pada kemudian hari.
7. Semuanya berbalik kepada rezeki. Kita tak boleh pertikaikan kenapa orang tu dapat. PNGK kita lagi tinggi. Mungkin kokurikulum dia tinggi. Markah meritnya ialah 90% dari pelajaran dan 10% dari kokurikulum. Kena aktif juga untuk mendapatkan markah kokurikulum yang tinggi.
8. Perlu score di dalam SPM & Pra Universiti untuk mendapat tempat yang terbaik. Nak tak nak kata kuncinya di sini 'kena score'.
9. Mungkin boleh consider Universiti yang jauh dalam pemilihan Universiti. Contoh macam kawan Dania lepas SPM pilih Unimas (Universiti Malaysia Sarawak) untuk Asasinya sebab ada subjek yang beliau mendapat C iaitu Matematik Tambahan. Ya kawan Dania tu dapat asasi Unimas dan sekarang sedang belajar pengajian Bachelor of Science with Honours (Resource Chemistry). Anak cikgu Kimia kat sekolah Dania. Universiti yang jauh ni selalunya kurang sengit berbanding Universiti di Semenanjung.
10. Kemasukan ke Universiti Penyelidikan untuk program seperti Engineering atau Perubatan adalah sangat sengit. Universiti Penyelidikan seperti UM, UKM, UPM, UTM & USM. Jika result anak cukup makan, boleh cuba Universiti selain disebutkan kerana takut persaingan sengit dan tipis juga untuk slot in tu.
11. Jika dapat program yang diminati, lihat pada programnya bukan Universitinya. Akhirnya jika keluar tetaplah anda graduan kejuruteraan.....contohnya la.
12. Kalau ibu ayah mampu untuk menaja ke Universiti Swasta, silakan ke Universiti Swasta tapi jika ibu dan ayah tak boleh nak berikan ini...adakah kita akan terus melupakan tawaran belajar tu?. Setiap universiti ada prosedur nak menukar program pengajian. Ada yang kena tunggu 1 tahun (macam UPM), ada yang 1 sem je pun boleh minta bertukar program. Mungkin ini boleh dilakukan. Sekurang-kurangnya kita dah pun masuk Universiti cuma program je kena tukar. Pernah ya ada seorang kawan Dania ni minat Psikologi tapi dapat Sains Perniagaantani. Memang beliau masuk program ni dan buat sehabis baik. 3 sem beliau score untuk anugerah dekan.
13. Halatuju ke mana laluan kita semasa di Universiti kena bermula awal. Ini bagi memastikan program yang nak diambil masa Universiti nanti selari dengan apa yang kita ambil masa SPM. Keputusan SPM akan dinilai juga walaupun kita dah ada keputusan asasi ke, matrikulasi, diploma atau STPM. Kalau nak ambil Medic perlu ambil biologi masa SPM. Pernah ada soalan di dalam facebook. Jika saya ambil Sains Rumahtangga boleh ke saya ambil program Medic?. Alamak.....beliau tidak diberi penerangan di sekolah ke tu?. Ada perkataan Sains bukan tiket untuk anda nak ambik program Perubatan ya. 😮. Kena jelas halatujunya ya....
***Ini adalah pendapat peribadi saya berdasarkan pemerhatian di media sosial, pembacaan dan pengalaman yang diceritakan oleh teman saya.
XOXO,
Ezna
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.